TAWARAN DISKAUN HEBAT SEAFOOD FEAST EAT ALL YOU CAN DI PULLMAN KLCC!






Saya pasti ada dikalangan anda yang merindui menu bufet di hotel. Semua sedia maklum dengan penularan wabak Covid-19 telah merencatkan banyak industri dan industri perhotelan tidak terkecuali terkena tempiasnya. Kini, sejak kerajaan mengumumkan kelonggaran untuk membuka kembali bisnes, sektor perhotelan kembali rancak mempromosikan produk mereka. Saya sendiri cukup gembira mendengar berita ini kerana sudah lama tidak merasai kelazatan menu hotel terutamanya di salah satu hotel kegemaran saya, Pullman KLCC.









Terbaru, saya sempat singgah di Sedap Restaurant untuk menikmati sajian bufet makan malam. Menariknya, Pullman KLCC menawarkan sajian bufet norma baharu iaitu Seafood Feast Eat All You Can dimana anda boleh menjamu selera tanpa had dengan variasi menu yang menarik. Nama pun seafood feast, sudah pasti hidangan makanan laut segar menjadi buruan utama. 









Untuk pengetahuan semua, Sedap Restaurant Pullman KLCC mengamalkan pematuhan SOP dalam pengendalian operasi mereka. Jadi bagi memastikan anda selesa dan dapat menikmati sajian lazat dengan aman, Pullman KLCC memperkenalkan konsep mesra normal baharu dimana anda hanya perlu memesan menu menggunakan borang khas yang disediakan. Kemudian serahkan kepada staf bertugas dan mereka anda hantarkan makanan ke meja anda. Jadi walaupun anda melakukan penjarakan fizikal, anda masih dapat menikmati sajian lazat seperti raja! 


Antara menu yang terdapat sepanjang promosi Seafood Feast Eat All You Can Pullman KLCC ini adalah Seafood On Ice dimana anda akan disajikan dengan pilihan hidupan laut paling segar. Ia merangkumi tiram segar dari USA, pelbagai jenis udang galah, ketam nipah (mud crabs), udang harimau, kupang dan scallop segar. 






Selain itu, anda juga akan terpesona dengan kelazatan menu makanan Jepun seperti Norwegian salmon sashimi dan tempura. Saya secara sejujur bukanlah peminat makanan Jepun berasaskan ikan Salmon tapi saya boleh makan berulang kali di Sedap Restaurant ini. Ini pastinya kerana mereka menggunakan ikan Salmon gred terbaik dalam penyajian menu ini. 








Selain itu, terdapat pelbagai menu pilihan dalam senarai Seafood Feast Eat All You Can Pullman KLCC antaranya dim sum, piza dan pasta, Mee Soto, Laksa Sarawak, Sate Malaysia, Yong Tau Foo, Kari Kepala Ikan, Puttu Mayam, Nasi Mandy, Nasi Briyani, Grilled Australian Lamb Chop, Grilled Australian Beef Flank Steak, Salted Egg Yolk Prawn dan banyak lagi. Jangan lupa akhiri makan malam anda dengan sajian pencuci mulut seperti Agar-Agar Melaka, Pisang Goreng, Mango atau Durian D24 Sticky Rice dan banyak lagi. 



















Pada saya, penawaran promosi Seafood Feast Eat All You Can Pullman KLCC cukup berbaloi kerana anda boleh makan seberapa banyak yang anda mahu pada satu harga sahaja. Tambahan pula, Pullman KLCC menawarkan potongan diskaun 30% dimana harga asal untuk seorang dewasa adalah RM 188 net tetapi untuk masa terhad, anda boleh nikmati promosi pada harga RM131.60 net sahaja. Bagi anda yang punya anak berusia enam hingga 11 tahun, potongan harga 50% diberikan manakala kanak-kanak berusia 0-5 tahun, PERCUMA! 






Seafood Feast Eat All You Can Sedap Restaurant Pullman KLCC berlangsung dari 17/07/2020 sehingga 26/09/2020. Promosi ini hanya pada setiap hari Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang sehingga 10 malam. Tempahan meja boleh dibuat menerusi Whatsapp di https://api.whatsapp.com/send?phone=60123035958 atau hubungi +603 2170 8888 atau emel ke restaurants@pullman-klcc.com . Layari laman sesawang dan media sosial rasmi Pullman KLCC untuk maklumat lanjut. 


LOKASI PULLMAN KUALA LUMPUR CITY CENTRE 
HOTEL & RESIDENCES (PULLMAN KLCC) 

4, JALAN CONLAY, 50450 KUALA LUMPUR 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PULLMANKLCC #FOOD

0 Comments