'PARCEL OF JOY' BY LAZADA MALAYSIA MADE MY DAY!

11:01 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 3 Comments



Hi REEFISM! Betapa terharunya saya apabila pihak LAZADA membuat kejutan dengan menghadiahkan saya sekotak hadiah. Betapa sayangnya LAZADA kepada supporters mereka. Siapa yang tak gembira bila menerima hadiah!

Mula-mula terima kotak yang dipanggil PARCEL OF JOY ini rasa macam gementar dan curious! Apa yang ada dalam kotak ini? Adakah sebuah rumah? Impossible la kan. Adakah sepasang kasut GUCCI? Impossible juga tapi saiz kotaknya tak ubah seperti kotak kasut. Bila buka sahaja kotak tersebut.......Jeng...jeng...jeng...

Rupa-rupanya ia mengandungi beberapa produk yang awesome! Di dalamnya mengandungi:

  1. Nescafe White Coffee Perasa Pandan
  2. MamyPoko Gentle Baby Wipes
  3. Patung Panda dari Foodpanda Malaysia
  4. Nestle Cerelac NutriPuffs Perasa Pisang & Strawberi beserta sebuah pouch bag
  5. Set Mini Penjagaan Rambut dari Loreal
  6. Nestle JUST MILK Full Cream Milk
  7. Manual Chopper by TEFAL
  8. MAGGI Royale Thai White Seafood Tomyam
  9. Seleksi lampin dari MamyPoko
Antara yang menarik perhatian saya adalah:


  • Nescafe White Coffee Perasa Pandan
    • Apa yang menariknya Nescafe White Coffee Perasa Pandan? Saya adalah seorang penggemar kopi tegar dan saya membesar dengan produk kopi keluaran Nescafe. Ini adalah pertama kali dalam hidup saya dengar kopi perasa pandan. Pelik kan? Bagaimana pula rasanya? Adakah logik dek akal? Pertama kali mencuba Nescafe White Coffe Perasa Pandan ini, yang terlintas di fikiran saya adalah WOW! Yes, hanya WOW! Tak pernah terfikir pun yang kombinasi kopi dan pandan mampu memberikan rasa dan aroma yang memukau. Anda bayangkan haruman pandan yang biasa digunakan pada masakan nasi lemak dan kuih muih melayu digunakan ke dalam kopi putih.

  • MamyPoko Gentle Baby Wipes
    • Baby wipes ini mampu memberi kelegaan pada kulit bayi anda. Lebih lembab, baunya yang harum dan memudahkan para ibu untuk menyesat kekotoran pada kulit bayi. Jangan risau kerana ia adalah irritation free product!

  • Nestle JUST MILK Full Cream Milk
    • Produk terbaru dari Nestle ini mengandungi Kalsium Asli dan Protein mudah diserap untuk kesihatan tulang, gigi yang kuat dan pertumbuhan otot. Susu yang diimport dari New Zealand dan Australia. Proses pengendalian yang teliti bagi memelihara kebaikan semulajadi pada susu ini

Untuk pengetahuan anda semua, produk-produk ini sebenarnya boleh didapati di laman sesawang LAZADA. Kini sungguh mudah untuk mendapatkan pelbagai jenis produk keluaran syarikat-syarikat ini. Semuanya di hujung jari sahaja. Tiada alasan penat atau malas untuk ke kedai runcit. Semuanya akan dihantar ke depan pintu rumah atau pejabat anda!










Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak NESCAFE, MamyPoko, Foodpanda, Nestle, Loreal dan Nestle atas hadiah istimewa ini. Sesungguhnya jasa baik anda akan dikenang hingga ke akhir hayat.



Untuk pengetahuan semua, LAZADA sedang mengadakan jualan online besar-besaran yang dipanggil ONLINE REVOLUTION dengan slogan BRANDS FOR ALL bermula 11.11.2016 sehingga 14.12.2016. Acara terbesar ini bakal berlangsung selama sebulan dengan menawarkan 1000 jenama dengan harga istimewa. Jangan terkejut bila anda akan menemui lebih daripada 500 ribu tawaran dari jenama tempatan dan antarabangsa termasuklah pelancaran barangan berjenama secara eksklusif. Para pengguna berpeluang menerima pelbagai tawaran istimewa dari pelbagai rakan pemasaran seperti AirAsia BIG, Digi, Maxis, Domino's Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa ONLINE REVOLUTION 2016.

setiap minggu ada pelbagai tawaran istimewa

Ayuh kita ramai-ramai memeriahkan ONLINE REVOLUTION 2016 ini. Pastinya anda mampu berjimat sambil membeli belah barangan kegemaran anda di LAZADA. Sila layari http://www.lazada.com.my/online-revolution/ untuk info lanjut. Cepat dapatkan barangan idaman anda pada harga durian runtuh. Inilah masanya kerana di LAZADA, it's BRANDS FOR ALL!








#LZDMYRevolution #REEFISM #REEFISMTERRITORY

3 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.