PREMIER CLINIC - PAKAR KECANTIKAN WAJAH ANDA!

March 16, 2016 REEF OMAR 0 Comments

Salam REEFISM.

Cantik. Semua orang nak cantik. Cantik itu boleh datang dari pelbagai definisi dan intepretasi. Apa pun pengertian bagi diri individu, yang pasti semua mendambakan cantik dalam hidup ini.

Bercakap tentang cantik ini, saya percaya ramai di luar sana termasuk REEFISM sendiri sangat menitikberatkan akan kecantikan wajah masing-masing. Wajah kita kan 'saham' terbesar pada tubuh badan kita.

Pada 11/3/2016 (Jumaat), saya sempat mencuri masa melawat klinik Premier yang terletak di TTDI. Tujuan saya ke sini sebab saya memerlukan rawatan pada wajah saya yang lately ni sering terdedah kepada direct sunlight sehingga mengalami surnburn yang sangat teruk. Apa yang istimewanya Premier Clinic ni berbanding dengan klinik-klinik yang lain?

Premier Clinic ini merupakan one of Malaysia’s leading aesthetic clinics where they believe that all individuals are beautiful and aim to bring your inner beauty to the surface. They strive to provide advanced care in the field of aesthetic medicine, and to boost both the confidence and outlook of all patients. Whether you need a simple service or a long, complicated treatment, their team of full trained professionals will ensure you receive the best aesthetic care with their array of available services. Hebat bukan?

hadapan klinik di cawangan TTDI

kaunter klinik

interior klinik

ruang menunggu

macam-macam treatment di sini

antara produk yang dijual disini

Klinik ini bukan sahaja menyediakan rawatan untuk kulit wajah sahaja tetapi juga menyediakan rawatan kuruskan badan juga. Jadi korang kena check it out tentang klinik ini sebab ada pelbagai jenis treatment yang disediakan.

Ok. Temujanji saya pada pukul 10.30 pagi menemukan saya dengan Dr. Elaine Chong yang merupakan salah seorang doktor Aesthetic di sini. Serba sedikit informasi tentang Dr Elaine.

Dr Elaine Chong graduated with a Bachelor of Medicine Bachelor of Surgery (MBBS) degree from Malacca Manipal Medical University.

She did her Certificate and later on her Diploma in Aesthetic Medicine from the American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM).

Dr Elaine Chong is a life member of Society of Anti-Ageing, Aesthetic and Regenerative Medicine (AAAM) and Malaysia Medical Association (MMA). She is also a member of the Malaysia Society of Aesthetic Medicine (MSAM).


Dr. Elaine pun ada blog ok. Layari blog beliau di http://www.beauty-clinic.co/ untuk tips dan informasi tentang penjagaan kulit wajah anda.

sebelum treatment kita bergambar dengan Dr. Elaine

kusyuk mendengar soalan

banyak info saya dapat tentang penjagaan wajah dengan Dr. Elaine


Sebelum sebarang treament dibuat, Dr Elaine ada bertanyakan beberapa soalan berkenaan masalah kulit wajah saya. Beliau ada mencadangkan saya melakukan rawatan laser tetapi disebabkan saya sangat aktif dengan aktiviti luar maka beliau menyarankan saya melakukan Ultrasonic Facial Cleansing treatment. Apa itu Ultrasonic Facial Cleasing?

This high-tech facial uses a specialized ultrasonic/ultrasound machine that emits high-frequency waves. Ultrasonic treatments benefit a variety of skin types and can improve many common skin conditions. Your esthetician will customize your ultrasonic facial according to your skin type and skincare needs.

In a treatment, the ultrasonic machine’s high-frequency waves work to:

  • Exfoliate dead skin cells for clear and radiant skin without the redness and irritation that can sometimes result from Microdermabrasion or AHA peels.
  • Loosen and remove oil, dirt and sebum from the pores and hair follicles, resulting in less blackheads and breakouts. Ultrasonic frequency zaps bacteria and decongests the pores. The result? Clear, healthy skin with noticeably tighter pores.
  • Gently stimulates skin to encourage collagen and elastin production. With a series of treatments, fine lines and wrinkles are less noticeable and skin color, tone and texture becomes more even and uniform.
  • Stimulates blood flow and lymphatic drainage through the combination of ultrasound and electrical therapy. This nourishes the skin and gives it a youthful rosy glow.
  • Facilitates hydration and plumps the skin, thereby filling out fine lines and wrinkles.
  • Helps skincare products do their job by penetrating deeper into the skin. This is especially true for anti-aging and antioxidant serums, creams and masks. Unless an active product is pushed deep into the lower levels of the epidermis, it won’t have a lasting, anti-aging impact on the skin.
  • Safe for most people: The sonic waves emitted by the ultrasound machine aren’t harmful to your health. However, if you have an autoimmune disorder, a diagnosed heart disorder or cancer, it’s best to skip the ultrasonic treatment. Anyone living with a chronic health condition should check with his or her physician before proceeding with any aesthetic treatment.
The ultrasonic facial is gentle, non-invasive suitable for most skin types, from acne to rosacea and sun-damaged skin. Because the ultrasonic mechanism is so effective at cleaning clogged pores, painful extractions are unnecessary. Your skin will have that lit-from-within glow - making it the perfect treatment to indulge in before a big event. Once your skin is rejuvenated and healthy looking, maintain your results with monthly ultrasonic facials.

Rawatan ini tidak mengambil masa yang lama pun. Dalam 30 minit boleh selesai. Staff di sini sangat cekap dan juga sangat friendly.


wajah sebelum treatment


semasa treatment

tenyeh jangan tak tenyeh


Perubahan pada wajah?Mestilah saya berpuashati dengan hasilnya sebab kulit muka saya kembali lembap serta sel-sel kulit mati pun hilang. Tapi harus diingat! Setiap rawatan memerlukan penjagaan rapi. Antaranya elakkan terdedah kepada direct sunlight selama 7 hari, cuci muka dengan lembut, dan juga kena apply sunblock atau moisturiser cream yang mengandungi SPF 30++ ke atas.

wajah selepas treatment lebih lembap dan kesan sunburn semakin kurang

hasil wajah selepas treatment 


Harga rawatan? Pastinya berpatutan dan tidak membebankan. Malah pihak Premier Clinic ada menyediakan Pelan Pembayaran Flexi* untuk memastikan anda semua kekal cantik dan menawan.

Jadi REFFISM semua kena serbu ke Premier Clinic untuk mencuba rawatan yang disediakan. Malah jika anda sebut nama saya atau tunjukkan entri ini kepada staff mereka, anda akan mendapat diskaun 10% tau. Untung tau jadi REEFISM ni....hik3.... Jadi apa ditunggu lagi? Sila terjah lokasi klinik mereka di:



Cawangan Taman Tun Dr Ismail (TTDI)

No.31 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 WP Kuala Lumpur.
GPS coordinates: 3.139242, 101.628448


Clinic hours : Tuesday – Saturday, 10am – 7pm
Closed: Sunday / Monday / Public Holiday

Enquiry/ Appointment Booking Phone No.: +6012 -662 5552 (mobile number contactable 7 days a week from 8am to 10pm)

TTDI Branch Phone No.: +603 – 7732 5552
Fax No: +603-7732 8201
Customer Service Hotline: +60-12-662 5552


Cawangan Bangsar

40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 WP Kuala Lumpur.
GPS coordinates: 3.131138, 101.670436

Clinic hours : Mon 2 – 7pm. Tuesday – Saturday, 10am – 7pm.
Closed: Sunday / Public Holiday.

Enquiry/ Appointment Booking Phone No.: +6012 -662 5552 (mobile number contactable 7 days a week from 8am to 10pm)

Bangsar Branch Phone No.: +6012 -662 4278/ +60-3-2282 2263
Fax No: +603-2282 1120
Customer Service Hotline: +60-12-662 5552

Sebarang informasi lanjut mengenai klinik ini boleh je layari:
Nanti saya nak cuba pula rawatan laser di klinik ini. Ok REEFISM. Selamat mencantikkan diri tau bersama Premier Clinic!

Till the guys...daaaa..

*tertakluk kepada terma dan syarat.


0 comments:

ADAB KETIKA MENONTON WAYANG!

March 10, 2016 REEF OMAR 3 Comments


Sumber Google

Salam REEFISMMenonton wayang merupakan salah satu aktiviti santai yang digemari oleh ramai orang termasuklah saya dan saya percaya REEFISM pun sama. Setiap tahun banyak filem-filem baru baik dalam mahupun luar negeri membanjiri pawagam. Ditambah pula dengan fasiliti yang disediakan oleh pihak pawagam yang semakin improve dari segi servis serta kualiti audio visual membuatkan menonton wayang merupakan sesuatu yang seronok untuk dilakukan.

Namun apa yang membuatkan saya kecewa dan bengang adalah mentaliti dan sikap crowd ataupun penonton kita itu sendiri. Ya. Walaupun tidak semua tapi ibarat KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA.

Saya pernah banned diri dari menonton filem di pawagam disebabkan tidak tahan dengan sikap dan perilaku penonton tapi bila saya fikir semula kenapa saya perlu berkorban dari menikmati filem-filem hanya disebabkan oleh orang lain yang tidak beradab dan tidak tahu akan budaya menghormati orang lain.

Sumber Google

Anda pastinya pernah mengalami situasi dimana sedang kusyuk menonton filem tiba-tiba dengar jiran anda berbual dengan nada yang boleh kasi satu pawagam dengar serta bercerita setiap 5 saat seperti dia adalah pengarah dan penulis skrip. Ada juga situasi dimana kerusi anda ditendang dari belakang, bunyi makan popcorn seperti tidak pernah jumpa makan. Itu belum lagi situasi penonton masuk ke hall lambat dan mengganggu kosentrasi penonton lain. Itulah realiti yang berlaku dalam komuniti kita sekarang even sebenarnya isu ini telah lama berakar dalam masyarakat kita dari tahun 80 an lagi.

Malaysian! Tolonglah buang mentaliti jamban itu atau tinggalkan saja di rumah anda. Jangan bawa sikap dan perangai bodoh itu dalam public. Anda memalukan diri anda sendiri indirectly. Kesian bila orang menyumpah dan mencerca anda disebabkan perilaku anda. Anda pastinya tidak suka dan marah bila orang menegur sikap anda. Anda melenting bila orang viralkan sikap bengap anda di media sosial. Tapi anda sendiri yang menjadi punca kepada semua ini. Ingat, setiap cacian dan makian itu juga mampu menjadi doa untuk anda.

Jadi, sebelum hendak pergi menonton wayang pastikan anda tahu adab dan tatasusila yang betul.

Tak tahu atau tak pernah tahu atau tak pernah diajar? Nah! Saya ajar anda dan senaraikan. Sila baca!


  • 15 minit sebelum wayang bermula biasanya hall akan dibuka. Jadi sila datang dan masuk awal. Jangan bila dah start tayangan baru nak terhegeh-hegeh masuk. Buang segala air besar kecil siap-siap sebelum masuk hall.

  • Bila dah masuk dan lampu hall telah dimalapkan, silentkan handphone anda dan kalau boleh jangan main atau telefon masa menonton. Kalau urgent sangat sila keluar dari hall dan bercakap diluar. Then selesai baru masuk balik.

  • Bila dah duduk tu, jangan lah pula dok buat senaman regangan kaki sampai menendang kerusi didepan. Ia seperti menendang kepala orang. Cuba saya tendang kepala anda, apa reaksi anda?

  • Kalau makan popcorn ke atau minum air janganlah sampai mengeluarkan bunyi yang menunjukkan anda ni pelahap. Rileks! Sebab tak ada sesiapa pun nak pau popcorn atau air anda. Makan dengan tertib.

  • Kalau nak bawa anak-anak kecil tu boleh tapi pastikan anda sudah ajar anak anda tentang adab ketika menonton wayang. Orang lain juga membayar duit tiket seperti anda jadi mereka juga ada hak untuk menonton wayang dengan aman. Ini ada anak-anak kecil yang menangis la, merengek la. Bukan saya bersikap prejudis dan diskriminasi terhadap budak kecil. Saya juga ada anak buah dan sentiasa menjadi nanny mereka bila ketiadaan kakak dan abang ipar. I love kids. Tapi bagi saya kalau nak menonton wayang dengan membawa anak-anak kecil kurang sesuai sebab mereka akan cepat bosan dan bila bosan mereka akan mula merengek. Tambahan pula tayangan pada waktu malam. Time mereka masuk tidur tu. Boleh nak bawak tapi ajar mereka tentang adab ketika menonton. Trust me. Budak kecil cepat belajar dan faham. Banyak filem-filem animasi sekarang untuk kanak-kanak kan. Jadi pilih masa yang sesuai untuk bawa anak-anak anda. Tapi kalau anak masih baby tu tak perlu lah nak diusung menonton wayang. Kesian kat dia.

  • Semasa tayangan filem sedang berlangsung sila diam dan berikan sepenuh perhatian pada perjalanan cerita itu. Jangan menjadi seperti andalah penulis skrip ataupun director filem itu. Orang lain membayar tiket untuk mereka menilai sendiri filem itu. Mereka tidak memerlukan narrator lain bagi pihak mereka untuk memahami jalan cerita filem itu. Kalau nak menyembang dalam pawagam sila keluar sebab orang lain taknak dengar isi perbualan anda. Lebih baik jangan tengok filem di pawagam kalau nak menyembang. Pergi lepak dan sembang di kedai kopi atau di rumah!

  • Semasa menonton wayang juga tak perlulah nak buat wayang sekali ye. Tiket hanya dibeli untuk menonton wayang di layar lebar sahaja. Bukan untuk melihat aksi cerekarama anda. Bayangkan dalam duduk fokus layan movie tiba-tiba ada pula aksi dan sound effect lain kat tepi anda. Annoying kot! Nak bermadu kasih ke bermadu asmara ke atau bermadu tiga ke, please get a room!

  • Selesai tayangan, sila buang segala sampah sarap yang anda buat. Jangan tinggalkan di bawah atau atas kerusi. Walaupun pawagam itu ada mengupah pekerja tapi jadilah manusia yang berhemah. Ibarat selepas makan sila basuh pinggan sendiri. Pekerja disitu bukannya level kuli batak anda.

Tolonglah! Anda semua boleh jadi lebih baik dari ini. Wake up Malaysian! Wawasan 2020 lagi 4 tahun sahaja. Tolong belajar tentang adab dan respek orang disekeliling anda. Anda tidak dilahirkan menjadi bengap dan bangang. Be a better person tak kira dalam apa sahaja yang anda lakukan. Kalau nak cakap pasal adab ni memang tak abis. Jadi point disini adalah tentang respek. Kalau anda respek orang lain pasti mereka akan respek anda. Kalau adab menonton wayang pun anda fail apatah lagi adab-adab lain. Come On! Anda semua sudah besar dan berakal. Tak perlu nak tunggu orang suruh diam baru nak diam. Disekolah pun pernah diajar tentang adab. Even dalam agama pun ditekankan tentang adab. Praktikkan!

Sumber Google

Sorry ye sebab bahasa kali agak kasar dan deep. Mohon terasa bagi sesiapa yang berkenaan. Sila buang #mentalitijamban anda di rumah sendiri sebab di luar rumah semua orang deserve mendapatkan kehidupan sosial yang berkualiti. Saya percaya REEFISM semua budak baik dan AWESOME! Kan...kan...kan....hik3.....

Kalau anda hadapi situasi begini #balingpopcornsebaldi

P/S: Isu ini adalah berdasarkan pengalaman saya. 

Till then guys..daaaa......

#REEFISM #REEFISMTERRITORY

3 comments:

5 SEBAB ANDA KENA MAKAN DI MINISTRY OF FISH HEAD CURRY, MENARA GLOMAC

March 07, 2016 REEF OMAR 4 Comments

Tajuk pun dah dapat mengambarkan betapa meningkatnya hormon adrenalin saya bila pertama kali mencuba makan di restoran ini. MINISTRY OF FISH HEAD CURRY yang terletak di Menara Glomac, Jalan Damansara ini telah setahun beroperasi. Sebenarnya sudah lama teringin nak makan disini tapi masa betul-betul jeles dengan iols.

Jadi kesempatan yang ada ini saya dan rakan terus terjah untuk merasai apa yang hebat sangat restoran ini. Adakah segah namanya?

Pertama kali mencari lokasi restoran ini tidak susah cuma ia terlindung sikit. Lokasi dia betul-betul sebaris dengan Bank Rakyat dan 7 Eleven. Alamat nya ialah di A-12-G, Menara Glomac, Jalan Damansara, Bukit Kiara, 6000 Kuala Lumpur. Kedai ini beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam dan dibuka setiap hari kecuali Ahad.

main entrance

restoran ini sebelah bangunan Glo Damansara saja

ruang makan di luar

nak delivery order pun boleh via Foodpanda


Bila melangkah masuk saya amat terpesona dengan dekorasi yang bercirikan hipster cafe. Simple tapi ekslusif. Restoran ini ada 2 tingkat dimana tingkat atas hanya digunakan untuk private event. Anda boleh lepak samada di bahagian indoor atau outdoor.

hipster

2 tingkat

menanti makanan sampai

selesa

best deal

kami order ini

Plain Naan with Chicken Curry

Nasi Beriyani

ruang atas restoran

ruang solat juga disediakan

Masa kami nak order makan kami agak keliru nak order apa. Kemudian kami terus disapa oleh pengurus kedai tersebut lalu diterangkan tentang menu di restoran ini. Semestinya signature dish restoran ini adalah kari kepala ikan dimana kami diberitahu rempah ratus yang digunakan adalah diimport terus dari Pakistan.

Apa yang membuatkan restoran ini harus dikunjungi?


  1. Suasana kedainya yang cosy dan rekaan dalaman yang hipster.
  2. Menu dia yang pelbagai dan apa yang menarik tentang kedai ini adalah menu nya adalah gabungan resepi dari Pakistan serta Malaysia. Cara makanan dihidangkan juga sangat menarik seperti makan di hotel.
  3. Harga menu di sini sangat berpatutan. Saya ingatkan harga di sini mahal tapi ternyata tidak. Contohnya lunch set hanya bernilai RM12.90 termasuk desert dan minuman. 
  4. Layanan serta servis yang diberikan sangat baik. Saya sempat berbual dengan pengurus restoran ini saling berkongsi idea serta pandangan.
  5. Rasa makanan dia tidak mengecewakan. Dalam erti kata lain SEDAP! Mula-mula kami nak cuba kari kepala ikan tapi disebabkan portion nya agak banyak untuk 2 orang jadi kami sekadar mencuba set Nasi Beriyani dan set Kari Ayam bersama Roti Naan. I love the chicken curry. Daging ayam dia sangat lembut dan kari dia sangat berasa. Nasi Beriyani dia pun sedap. Ayam dia lembut dan tidak terlalu berempah. Just nice.
Saya sangat teruja untuk kembali ke sini lagi dan semestinya saya akan mencuba Kari Kepala Ikan nya. Terima kasih kepada cik Yasmin selaku pengurus restoran ini kerana layanan 5 bintang yang di berikan kepada kami. Beliau sangat friendly dan sudi menjawab setiap pertanyaan kami.


stail menu dia

beverages menu

banyak pilihan untuk breakfast


Jadi anda semua jangan lupa untuk datang ke restoran ini dan mencuba ya. Trust me. You guys will love it! Untuk reservation atau sebarang pertanyaan boleh call terus di 03-77339656 atau 019-2655508. Anda juga boleh layari Facebook restoran ini di www.facebook.com/mofcurry, atau Instagram mereka di www.instagram.com/ministry_of_fishhead atau boleh terus layari laman sesawang mereka iaitu www.mofrestaurant.com.

Till then guys....daaaaa.....



4 comments:

TRAVEL TO SURABAYA WITH JUST RM300!

March 03, 2016 REEF OMAR 17 Comments

Salam REEFISM.

Lama juga tak mengupdate blog ni. Lately ni busy sangat dengan pelbagai urusan. Sampai tak sempat nak mengarang entri. Saya harap semuanya baik-baik belaka. Ada yang merinduikah?????

Pada 27-29 Feb 2016 (3 hari), saya dan travel buddy sempat pulak menerjah ke salah satu destinasi popular di Indonesia iaitu Surabaya. Honestly saya tak pernah plan pun untuk ke sini. Bagaimana saya boleh pula managed untuk ke sini dengan berbekalkan bajet RM300? Serius....Saya hanya belanja RM300 sahaja termasuk tiket flight dan juga penginapan serta belanja di sana.






Semuanya bermula bila saya tengok point yang saya collect dari AirAsia Big semakin lama semakin susut sebab dah expired. Rasa rugi juga tak redeem point tu kan. Kebetulan pula AirAsia ada buat Final Call Promo untuk redeem point. Apa lagi...Saya terus terjah website AirAsia Big kalau-kalau boleh guna point yang berbaki 2037 points untuk redeem flight. Nasib saya baik sebab masa saya nak buat booking tu promo untuk ke Surabaya hanya 500 points untuk one way trip. Cukup untuk redeem 2 tiket pergi balik dan hanya perlu tambah RM102 seorang sahaja. So apa lagi...grab lah....

Untuk penginapan pula seperti biasa saya menggunakan Booking.com untuk survey hotel-hotel yang sesuai dengan bajet saya. Kalau pihak Booking.com tahu saya sangat loyal dengan web diorg mesti diorang amik saya jadi duta kan...kan...kan....

Saya memilih POP! Hotel Stasiun Kota yang terletak di Jl. Waspada. Kenapa pilih hotel ni?

  • hotel ni baru 3 bulan beroperasi jadi biasanya hotel baru ni fasiliti masih bagus. Biasalah tempat baru.
  • harga yang dia offer kena dengan bajet saya iaitu cuma 576 ribu Rupiah (RM180) untuk Double Room sepanjang 2 malam. Jadi saya dan travel buddy share bayar seorang RM90 sahaja.
  • hotel ini sediakan free breakfast jadi jimat duit makan.
  • dekat dengan Pasar Atom Mall dan ICT Surabaya Mall (jalan kaki 5 minit sahaja) 
  • ada free Wifi (wifi dia laju wei)
  • dekat dengan Tugu Pahlawan (jalan kaki 10 minit).
Memandangkan trip ini main redah aja jadi memang saya tak prepare langsung sebarang itinerary. Even supir pun tak amik sebab masa survey supir harganya agak mahal bagi saya.

Flight kami dari KLIA2 pukul 9.50 pagi dan tiba di Bandara Internasional Juanda Terminal 2 selepas 2 jam 30 minit penerbangan. Selesai urusan imigresen kami terus keluar mencari teksi. Actually ada option untuk ke kota Surabaya samada mau menaiki bas, teksi meter mahupun teksi berkupon. Nasihat saya, better amik bas kalau anda tak kejar masa atau amik ja teksi berkupon sebab harga dia dah tetap. Kami dapat 145 ribu Rupiah (RM46) dan kereta yang disediakan adalah Avanza. Kenapa tidak teksi bermeter? Sebab masa kami naik teksi meter ke airport total kena bayar adalah 210 ribu Rupiah tidak termasuk duit tol. Jadi amik sahaja teksi berkupon. Boleh muat 4 ke 5 orang lagi. Jimat.

Perjalanan dari airport ke hotel kami dalam 1 jam (masa ni trafik sederhana macet). Suprisingly trafik sepanjang kami disini tidak seteruk Bandung dan Jakarta. 

Hari pertama kami disini cuaca hujan sepanjang hari. Kami hanya keluar makan tengahari di Pasar Atom Mall sahaja. Selebihnya hanya lepak di bilik tidur dan tengok tv. Siaran TV di hotel ini banyak juga. Yang penting aircond dia sejuk giler dan katil dia sangat empuk.

sapa makan jadi gila...lalalalala

view dari bilik

katil dia sangat empuk sampai malas nak bangun

eco friendly hotel

comel beca

staff sini sangat friendly

deko yang simple tapi cantik

ruang lobi

Hari kedua kami bangun untuk breakfast dan kembali ke bilik sambung tidur. Memang trip kali ini nak rehat-rehat sahaja. Dalam pukul 9 pagi kami bangun pastu fikir boring pula duduk terperap dalam bilik. Kami siap-siap dan terus keluar. Tempat pertama kami pergi adalah Tugu Pahlawan. Dekat sahaja dengan hotel jadi kami jalan kaki sahaja. Tugu Pahlawan ni adalah monumen bagi memperingati jasa bekas perajurit semasa peperangan pada 10 Nov 1945.

baru lepas abis pasar pagi

Tugu Pahlawan

pilih yang mana?

lambang perjuangan

ala-ala di Rome gitu

sejarah mencipta masa kini

di sini juga ada museum tau

Tak lama lepas tu kami terus tahan teksi untuk ke House of Sampoerna. Disini terletaknya sejarah tentang jenama rokok yang sangat popular di Indonesia. Segala salasilah keluarga sampai lah ke cara pembuatan semua ada di sini. Dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi sampai 10 malam. Masuk percuma. Boleh layari web rasmi di http://houseofsampoerna.museum/e_home.htm.

klasik

basikal tua

potret

gambar keluarga pengasas Sampoerna agaknya

memang hipster

ayuh kita naik!

nice

nak beli apa ye

kilang lama proses rokok

operation hours

main entrance

ada cafe juga di sini

Langsung kami ke satu lagi attraction yang terdapat di Kota Surabaya iaitu Monumen Kapal Selam atau dikenali dengan nama Monkasel. Disini bukan sahaja ada kapal selam lama tapi juga tempat rekreasi serta kolam mandi untuk budak-budak bermandi-manda. Harga tiket untuk masuk ke Monkasel adalah 10 ribu Rupiah (RM3). Apa yang menarik sangat Monkasel ni?

sampai sudah

sempit sangat bila masuk dalam kapal selam ni

Suro (Ikan) dan Boya (Buaya)

Monumen Kapal Selam atau biasa disebut dengan Monkasel, terletak di tepi Sungai Mas, di pusat bandar Surabaya. Lebih tepatnya di sebelah Plaza Surabaya iaitu berada di Jalan Pemuda No 39. Monumen ini sebenarnya adalah kapal selam sebenar iaitu KRI Pasopati 410, salah satu armada Angkatan Laut Republik Indonesia buatan Kesatuan Soviet tahun 1952 dengan jenis Whiskey Class. Kapal ini pernah ikut berperan dalam Pertempuran Laut Aru mengenai Irian Barat dengan Belanda. Monumen Kapal Selam di rasmikan tarikh 27 Jun 1998, untuk memperingati keberanian para pahlawan Indonesia, kemudian kapal ini di bawa ke darat. Namun untuk membawa kapal selam ke tengah bandar Surabaya tidaklah mudah, kapal selam tersebut dipotong menjadi 16 bahagian dan selanjutnya dibawa ke kawasan Monumen Kapal Selam kemudian dipasang semula dan di jadikan tugu.

Kami tak lama pun di sini. Kami jalan kaki terus menuju ke Tunjungan Plaza untuk makan tengahari. Cuaca masa tu sangatlah panas. Sebab tu kami pilih untuk lepak di dalam mall sahaja. Tunjungan Plaza ini adalah antara mall mewah di sini.

panas giler time ni

happening disini

masih wujud ketidaktamadunan manusia sehingga kena letak sign ini

Selesai makan tengahari kami terus keluar menaiki teksi untuk ke Mirota Batik & Handicraft Centre. Katanya Mirota ni pusat cenderamata yang popular di Surabaya. Lokasi di Jl. Sulawesi. Kami tak membeli pun sebab fridge magnet dia tak banyak pilihan.

Kami terus keluar dan menapak untuk mencuba pastry yang katanya best in town. Nama kedai nya adalah Igor's Pastry di Jl. Biliton. Dekat aja dengan Mirota Batik dalam 10 minit jalan kaki. Kawan kami yang rekomen tempat ni. Pastry dia sedap jugak dan yang paling penting kedai ini mendapat sijil HACCP dari The Royal Institute of Public Health and Hygiene London dan Tuv Nord dari Germany. Kiranya kualiti pastri disini bertaraf antarabangsa tau. Berbekal pengalaman selama 15 tahun di Swiss, London, Jerman, dan Indonesia sebagai profesional di bidang F&B perhotelan, Innico Sjahandi atau yang biasa dipanggil Pak Igo, mendirikan Igor’s Pastry bersama dengan isterinya yang bernama Ratna. Korang kena cuba tau. Harga tak mahal pun. Kedai pastri ini ada 3 cawangan di Surabaya serta 1 cawangan di Bali dan Jakarta.

Kena cuba roti di sini tau

Dah kenyang makan pastri kami minta pihak kedai tolong call kan teksi untuk ke Surabaya Town Square atau dikenali sebagai SUTOS. Actually plan nak ke Taman Bungkul dan Kebun Binatang Surabaya sebab dekat saja dengan SUTOS ni. Tapi cuaca panas sangat. Jadi kami just lepak kat SUTOS saja. SUTOS ni macam The Curve Damansara je konsepnya.

Lepas lepak-lepak sambil tengok muslimah fashion show kat situ kami pun balik ke hotel sebab tak tahu nak kemana dah. Cuaca pun macam nak hujan je ditambah pulak disini pukul 530 petang dah start gelap. 

Dalam pukul 8 malam kami keluar ke Pasar Atom untuk dinner tapi malangnya mall dah tutup. Pelik juga. Awalnya diorang tutup. Singgah ke ICT Surabaya pun sama. Banyak kedai tutup. Sudahnya kami makan di KFC sahaja.

Hari terakhir kami just check out pukul 7 pagi dan breakfast. Pukul 7.30 pagi terus naik teksi ke airport. Flight kami pukul 10.30 pagi dan sampai KLIA dalam pukul 2 petang. Waktu di Surabaya lewat 1 jam dari waktu di Malaysia tau.

Nasihat saya kalau nak ke Surabaya, better pi explore luar bandar seperti di Malang dan juga Gunung Bromo sebab kota Surabaya nothing much to offer. 






Sebelum saya masuk tidur saya senaraikan kos saya sepanjang short trip di Surabaya ni. Ingat ye! Bajet ni saya dapat sebab saya tak shopping tau. Lagipun saya tak minat sangat shopping bila travel. Jadi kalau sapa kaki shopping bajet anda kena up lagi la kan.

  • Flight tiket AA= RM102 +1000 points AA Big redeemed (seorang)
  • Hotel - RM180/2= RM90 seorang
  • Teksi dari airport ke hotel = RM46/2=RM23 seorang
  • Teksi dari hotel ke airport = RM70/2 = RM35 seorang (termasuk tol)
  • Monkasel = RM3 seorang
  • Makan dan teksi( pengangkutan sepanjang disana) = RM53 seorang.

* Kos di atas saya tak masukkan tambang bas pergi balik KL Sentral-KLIA2 tau.

Ok....guyss...daaaaaa.......



17 comments:

Powered by Blogger.