11 TIPS ASAS PEMAKAIAN SUT YANG PATUT ANDA TAHU

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

Pemakaian sut mampu memberi penampilan berbeza kepada sang jejaka. Ia mencerminkan personaliti, meningkatkan imej serta memberi aura pesona berbeza kepada si pemakai. Kita biasa melihat selebriti lelaki menyusuri acara karpet merah majlis anugerah tampak segak dan tampan tatkala menyarungkan sut lengkap. Tampak maskulin bukan? Pemakaian sut ini melibatkan ketelitian. Ketelitian ini menjadikan anda tampak bergaya, terperinci dan berkeyakinan.

Secara asasnya, pemakaian sut digayakan samada untuk tujuan bisnes, kasual, evening dan black tie. Jadi anda harus tahu gaya sut yang sesuai untuk acara anda. Jika salah cara, pemakaian sut anda akan mencacatkan keseluruhan tata gaya anda. Ada banyak faktor yang harus anda ambil tahu sebelum menyarungkan sut di badan anda.


SUT YANG DIPAKAI MESTI MENGIKUT POTONGAN DAN UKURAN BADAN.

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

Ini merupakan etika paling utama dalam pemakaian sut kerana potongan yang ‘terletak’ menampakkan penampilan yang segar dan bergaya. Tidak mengapa untuk melabur lebih sedikit untuk sut yang ditempah demi mendapatkan penampilan yang ‘mewah’. Jika sut anda longgar, dikhuatiri orang sekeliling akan bilang anda memakai sut pinjam pula.


PEMAKAIAN UNDERSHIRT MENGELAKKAN SUT ANDA BASAH DARI PELUH.

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

Cuaca yang panas serta tekanan dalam persekitaran kerja bisa mengundang kepada peluh badan. Ini akan mencacatkan penampilan anda. Pemakaian undershirt atau baju dalam akan menghalang peluh dari membasahi kemeja dan sut anda.


POCKET SQUARE.

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

Pocket square menyempurnakan penampilan seseorang yang memakai sut. Pastikan warna dan corak kain tidak sepadan dengan tali leher.


TALI LEHER.

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

Tali leher merupakan pelengkap gaya kepada sut anda. Lebar tali leher haruslah sama dengan lebar ‘lapel’ pada kolar. Selain itu warna tali leher perlu lebih gelap daripada baju kemeja yang dipakai di dalam. Tali leher yang dipakai perlu dipendekkan sedikit dan tidak melepasi pinggang seluar.


STOKIN.

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

Pastikan stokin cukup panjang dan elakkan daripada mendedahkan bahagian kulit kaki ketika duduk.


TALI PINGGANG DAN KASUT. 

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

Tali pinggang haruslah cukup nipis dan perlu sepadan dengan warna kasut. Barulah nampak bergaya.


PASTIKAN TANGAN ANDA BOLEH DISELIT DIANTARA BAHAGIAN DADA PADA SUT YANG DIBUTANG.

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

Sut juga perlu kan ruang untuk bernafas. Pastikan ia mempunyai ruang sebesar satu genggam dalam jaket. Jika kurang, bermakna sut anda terlalu ketat dan sebaliknya.


PASTIKAN BUTANG SUT ANDA DIBUKA KETIKA ANDA DUDUK BAGI MENGELAKKAN SUT ANDA ROSAK.

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

Terdapat pilihan bilangan butang untuk sut anda samada satu, dua atau tiga butang bergantung kepada kehendak anda. Jadi pastikan juga butang paling bawah sentiasa dibuka ketika anda berdiri atau berjalan.


CUFF LENGAN KEMEJA HARUS DIDEDAHKAN SETENGAH INCI DARIPADA LENGAN SUT.

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut


JIKA ANDA MEMAKAI VEST, BUTANG PALING BAWAH PERLU SENTIASA DIBUKA UNTUK MEMBERI KESELESAAN BILA ANDA BERGERAK.

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut


JAKET SUT HARUS PANJANG SEHINGGA MENUTUPI ZIP SELUAR DAN PINGGUL.

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut





Elakkan daripada membeli sut yang sudah siap dijual di rak-rak butik kerana sut seharusnya mengikut potongan dan ukuran badan anda. Jadi pemilihan tailor atau tukang jahit yang berpengalaman amat penting bagi memastikan penampilan anda berada dalam kelas tersendiri. Antara butik pakaian yang menjadi pilihan adalah Montana Fashion Shop yang terletak di Sea Park, Petaling Jaya. Butik ini telah berada dalam industri penghasilan sut sejak tahun 1970-an lagi. Sememangnya pengalaman dan kepakaran Montana Fashion Shop tidak perlu disangkal lagi.

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

Menurut Encik Paul Chong daripada Montana Fashion Shop, pihaknya menawarkan perkhidmatan profesional dalam pembuatan sut bermula dari segi pemilihan kain, reka bentuk sehingga kepada butiran kecil seperti butang cuff atau bow tie. Walaupun setiap pelanggan punyai citarasa tersendiri, pihak Montana Fashion Shop sentiasa memberi khidmat nasihat dan pendapat kepada pelanggan untuk memiliki sut atau blazer yang terbaik buat diri mereka.

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut





Kebiasaannya tempahan sepasang suit mengambil masa 10 hari atau maksima 2 minggu. Proses pertama bermula daripada pelanggan datang membuat pemilihan fabrik dan rekaan sut diikuti dengan mengambil ukuran badan. Pemilihan fabrik berkualiti menjamin sut anda tahan lebih lama. Setelah ukuran diperolehi, pelanggan akan datang untuk kali kedua bagi mengesahkan ukuran atau jika ingin melakukan sebarang pengubahsuaian bagi memberi kemasan terakhir.

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut

Montana Fashion Shop juga berpengalaman dalam menjahit pelbagai jenis pakaian seperti baju melayu, kemeja, baju batik, seluar dan sebagainya. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menempah tali leher, bow tie atau cummerbund sebagai pelengkap gaya sut anda.

Jadi anda sudah punya idea untuk menempah sut anda? Ingat, gaya itu satu mutu keunggulan. Jadi pastikan anda memilih sut yang kena pada tubuh anda. Montana Fashion Shop bisa merubah gaya unggul maskulin sebenar. Selamat bergaya!

montana fashion shop sea park petaling jaya, tips pemakaian sut






LOKASI MONTANA FASHION SHOP

29, GROUND FLOOR, JALAN 21/1,
SEA PARK, 46300 PETALING JAYA, SELANGOR.


TELEFON
03-78751927
012-2538727 (MR PAUL) 

LAMAN WEB RASMI 




#REEFISM #REEFISMTERRITORY #FESYEN #TIPS #MONTANAFASHIONSHOP


2 Comments

  1. Menarik... boleh pergi tgk ni utk tempah baju otomen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Montana Fashion Shop memang pakar dalam jahitan baju.

      Delete