AMAZING ADIBAH! MERAIKAN HAMPIR TIGA DEKAD DI PERSADA MUZIK MALAYSIA


Hebat! Mantap! Dinamik! Bersahaja! Santai! Mengagumkan! Itulah yang boleh saya katakan mengenai konsert INTO THE 3RD DECADE, A MINI CONCERT oleh penyanyi tersohor Adibah Noor baru-baru ini. Hi REEFISM! Saya berkesempatan menghadiri konsert istimewa empunya nama Adibah Noor binti Mohamed Omar pada 22 Oktober 2016 (SABTU). Konsert ini telah berlangsung selama 2 hari di Kuala Lumpur Performance Art Centre (KLPac) bermula 21 Oktober namun saya hanya berkesempatan hadir pada hari kedua.

lokasi kejadian


Ruang KLPac mula sesak dengan kehadiran peminat seawal 7 malam lagi. Konsert bermula tepat jam 8.30 malam.

our ticket! kami beli ye.. tidak disponsor!!

apa yang dibualkan oleh akak kaunter tiket tu

ruang lobi mulai sesak

sebelum majlis bermula

saya dan rakan-rakan

Hanya dengan satu persalinan dan tidak memerlukan set pentas berteknologi tinggi untuk memukau penonton. Sekadar bersandarkan vokal mantap beliau dengan diiringi 5 barisan pemuzik serta 4 orang penyanyi latar yang menggelarkan mereka sebagai kumpulan MELATIN.

kumpulan MELATIN






Konsert ini direalisasikan sebagai visual perjalanan karier beliau selama 22 tahun berada di dalam industri muzik tanahair dengan dendangan 22 buah lagu. Cukup simbolik! Segala suka duka, pahit getir sebagai anak seni di abadikan melalui konsert yang memakan masa hampir 3 jam tanpa henti.

Konsert diacarakan oleh Baki Zainal.

Pentas dibuka dengan dendangan lagu Flashdance...What A Feeling yang dipopularkan oleh Irene Cara. Lagu ini cukup bermakna bagi beliau kerana ianya pertama kali dinyanyikan semasa di karaoke.

Meneruskan imbauan nostalgia adalah susunan lagu yang pernah dinyanyikan beliau ketika menyertai pertandingan nyanyian Suara 90an Nescafe pada tahun 1994. Dendangan lagu Anggapanmu/I Will Always Love You, Dari Jauh/Have I Told You Lately dan lagu yang membawa kejayaan beliau menjuarai pertandingan tersebut iaitu Cinta Abadi/Goodbye ternyata memukau hadirin seluruh dewan.

Pertandingan Suara 90an Nescafe tahun1994 itu benar-benar membuka jalan kepada beliau untuk mempertaruhkan bakat dalam arena muzik tanahair. Dek kerana minat dan mendalam dalam bidang nyanyian menyebabkan beliau nekad untuk meninggalkan kerjaya sebagai guru Bahasa Inggeris ketika itu. Tidak sia-sia pengorbanan beliau dengan kejayaan membina nama sebagai artis versatil di Malaysia. Bukan sahaja pandai menyanyi, malah hebat di layar perak dan mengemudi majlis-majlis berprestij.

Baki Zainal

Baki menjemput tauke panggung ke pentas

memulakan konsert! Go Adibah Go!

Langsung majlis diteruskan dengan dendangan seleksi lagu-lagu kegemaran beliau serta lagu 'cari makan' yang sentiasa dinyanyikan di majlis-majlis.

Pada malam itu juga beliau berkongsi pentas bersama barisan penyanyi seperti Nizam Din untuk lagu Bahasa Rindu, Amir Jahari untuk lagu Sebutlah Namaku, Sam Innuendo untuk lagu Ke Sana Denganmu, Nassier Wahab untuk lagu Mainan Jiwa dan Dina Nadzir untuk lagu Malaysia Kau Ku Cinta. Saya sedia maklum akan kehadiran Atilia dan Misha Omar pada malam pertama konsert namun atas sebab-sebab tertentu mereka tidak dapat hadir pada hari ke-2.

sedap suara Nizam Din!

muzik segar dari kolaborasi Amir Jahari dan Adibah

with Sam Innuendo

bersama Dina Nadzir

Nassier Wahab pun ada

Kehadiran barisan penyanyi hebat ini juga adalah sebagai pemberitahuan berkenaan projek album terbaru beliau yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Album ketiga ini nanti merupakan satu album duet sepenuhnya dan kami yang hadir pada malam itu amat bertuah kerana menjadi yang pertama mendengar barisan lagu-lagu yang akan bakal dimuatkan dalam album tersebut.

Malam itu satu kejutan berlaku apabila muncul suara 'Anuar Zain' berduet dengan Adibah Noor menerusi lagu Andai Ada Ruang yang juga bakal dimuatkan dalam album itu nanti. Saya optimis bahawa lagu ini akan menjadi hits nanti!

Konsert ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Dato M. Nasir bersama isteri serta Salamiah Hassan.

Secara peribadi konsert ini berjaya menonjolkan sisi sebenar seorang penghibur dalam diri pelantun lagu Terlalu Istimewa ini. Ini terbukti sepanjang hampir 3 jam konsert berjalan, beliau telah menyanyi dengan penuh bertenaga tanpa henti. Ya! 22 lagu tanpa henti! Salute!

Finale time!!

sambil joget kita selfie!

suka akak sebelah tu!

rakan saya bersama Sam Innuendo

sesi autograph

so sweeeetttt

Dato M. Nasir dan Datin Marlia Musa pun ada


rakan-rakan saya tidak melepaskan peluang!

Dato M.Nasir tetap menjadi tumpuan

wajah happy rakan-rakan

Tidak seperti konsert-konsert penyanyi lain yang pernah saya hadiri, beliau tidak menghalang penonton untuk mengambil gambar serta merakam video sepanjang konsert itu berlangsung. Sangat sporting! Malah saya menjadi leka dan asyik dengan jenaka spontan beliau. Kadangkala aksi sendawa beliau tanpa berselindung menggamit seluruh dewan. Saya hanya menyedari konsert telah berakhir tatkala beliau mengajak hadirin bangun dan berjoget bersama beliau untuk lagu penutup, Joget Hati Senang. Truly Entertainer!



bertuahnya saya dapat selfie dengan diva ini!

OMG! Thanks akak!!

geng-geng supporters Adibah!

Doa dan harapan saya agar kak Adibah Noor terus diberi kesihatan yang baik dan terus berkarya kerana aura seni mu berjaya menambat hati pencinta muzik tanahair. All the best untuk album baru nanti. Anda adalah BINTANG!

Meow.........





0 Comments