DATO’ SHEILA MAJID KEMBALI DENGAN BONEKA SELEPAS 13 TAHUN – KONSERT BERSKALA BESAR DI MALAYSIA MENJADI NYATA


Akhirnya penantian telah berakhir. Sesuatu yang tertunda sekian lama dan amat dinantikan oleh peminatnya secara khusus dan penggiat seni hiburan Nusantara amnya. Ratu Jazz Malaysia, Dato’ Sheila Majid kembali dengan BONEKA, bingkisan terbaru beliau.

Setelah 13 tahun sepi tanpa album studio penuh, kini BONEKA hadir dengan semangat baru untuk menjadikan 2017 sebagai tahun untuk menakluk khalayak. Sebagai rekod, album terakhir yang dirakam beliau sebelum ini berjudul Cinta Kita pada tahun 2004.

Dato’ Sheila Majid mengambil masa selama 3 tahun mengumpulkan material untuk album BONEKA. Hasil pertemuan beliau dengan komposer dan gitaris terkenal Indonesia, Tohpati pada tahun lepas berjaya membawa kepada penghasilan album ini sepenuhnya.



Dedah Dato’ Sheila Majid, pada asalnya beliau sekadar ingin memuatkan 5 buah sebelum Tohpati merubah segala perancangannya. “Saya teleh mengumpulkan material untuk album ini sela 3 tahun dan memikirkan untuk hanya memuatkan 5 buah lagu sahaja. Bagaimanapun, selepas bertemu Tohpati, jumlahnya menjadi lapan sebelum akhirnya kami berjaya memiliki 10 buah lagu untuk dimuatkan dalam album ini”.

Biarpun penghasilan album BONEKA memakan masa yang lama, namun proses merakamkan lagu hanya mengambil masa singkat dengan rakaman dilakukan di Indonesia dan Malaysia. Menyentuh mengenai pemilihan predikat BONEKA untuk album kelapan ini, ternyata ia tidak dipilih secara semborono. Sebaliknya, Boneka yang juga taruhan single beliau mempunyai signifikan tersendiri.

“Selama 32 tahun, saya meletakkan diri sebagai boneka tatkala berada di atas pentas untuk menghiburkan penonton denga imej penuh glamour dan selayaknya sebagai seorang penghibur. Namun hakikatnya, saya hanyalah individu yang low profile tetapi bekerja dalam ruangan pekerjaan high profile. Jadi apa yang dipersembahkan, ditonton oleh khalayak itu satu boneka” jelas Dato’ Sheila Majid.

Selain single Boneka yang telah lebih awal di lancarkan pada 17 Mac 2017, album penuh ini mempunyai 9 buah lagu lagi yang rata-rata menerima sentuhan Tohpati. Ini termasuk Melukis Dunia, Ku Nanti dan Haruskan Ku Pergi. Namun begitu, Dato’ Sheila Majid tidak pernah melupakan kehebatan komposer tempatan dimana beliau turut berkolaborasi dengan Azman Abu Hassan untuk lagu Kasih Abadi dan Omar K untuk lagu Kasih Kamu.





antara peminat setia DSM yang hadir

Menariknya album ini, buat pertama kali juga dalam sejarah pembikinan album Dato’ Sheila Majid adalah beliau turut memuatkan satu lagu Inggeris yang berjudul My All, hasil ciptaan Najwa Mahiaddin.

“Hal ini sebenarnya telah lama ingin dilakukan, termasuk menghasilkan album penuh berbahasa Inggeris namun saya tidak bertemu dengan karya yang menyentuh jiwa saya. Najwa telah menghasilkan dan menulis sebuah lagu Inggeris yang bagus, jadi saya berasa mengapa tidak dimuatkan dalam BONEKA” ujar Dato’ Sheila Majid.

Album BONEKA yang diedarkan oleh Universal Music Malaysia telah dilancarkan secara rasmi pada 7 April dan boleh didapati dalam bentuk fizikal mahupun secara digital.


KEMBALI MENGGEGARKAN STADIUM NEGARA
Majlis pelancaran album Boneka dikejutkan dengan pengumuman rasmi konsert solo Dato’ Sheila Majid di Malaysia yang bakal diadakan di Stadium Negara pada 5 OGOS 2017. Setelah menanti sekian lama untuk mengadakan konsert berskala besar di tanah air sendiri, akhirnya ia menjadi nyata. Konsert ini dianjurkan oleh IME Malaysia, diterbitkan oleh More Entertainment dan disokong oleh syarikat pengurusan artis Magada Entertainment.




‘Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017’ bakal menjanjikan persembahan vokal mempesona dengan gabungan sistem audio berkualiti tinggi, 100 para profesional dan ahli muzik terhebat dunia yang diterajui penerbit muzik tersohor, Mac Chew.

Dato’ Shiela Majid merupakan legenda muzik Malaysia dan masih aktif selepas 3 dekad. Lagu-lagunya yang malar segar seperti Sinaran, Warna, Legenda dan banyak lagi diminati tidak kira bangsa, umur dari dalam dan luar negara. Kali terakhir beliau mengadakan konsert solo di Malaysia adalah pada 2010 di Dewan Filharmonik Petronas.





Jangan lupa untuk menyaksikan sebuah konsert mega dari Dato’ Sheila Majid ini yang pasti menjanjikan malam yang istimewa yang tidak boleh dilepaskan!

Jualan tiket telah pun bermula sejak 14 April 2017 dan anda boleh dapatkannya dengan melayari laman sesawang www.ticketcharge.com.my . Sila hubungi 03-92228811 untuk pertanyaan lanjut!

Anda juga boleh ikuti perkembangan Dato’ Shiela Majid di:











LIRIK LAGU BONEKA

Kan ku biarkan kau menatap ku

Berkhayal tentangku

Tanpa batas waktu


Kan ku nyanyikan lagu untukmu

Menari untukmu,

Tersenyum untukmu


Asalkan kau beri 

seluruh jiwa dan hatimu

Untukku dan hanyalah kepadaku

Sampai waktumu terhenti


CHORUS
Rasuki aku dengan semua rasa cintamu

Aku bonekamu

Kan ku penuhi semua keinginannmu

Bicarakan semua rahasia di hatimu

Aku bonekamu

Kan ku terima semua perlakuanmu

Sesuka hatimu


Kan ku nyanyikan lagu untukmu

Menari untuk mu

Tersenyum untuk mu


Asalkan kau beri 

seluruh jiwa dan hatimu

Untuk ku dan hanyalah kepadaku

Sampai waktu mu terhenti

MUZIK: KEVIN CHIN
LIRIK: IRWAN SIMANJUNTAK






#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SHEILAMAJID #SHEILAMAJIDTHECONCERTKL2017

0 Comments