IFTAR SEINDAH RAMADHAN 2017 DI MENARA KUALA LUMPUR MENYAJIKAN BUFET RAMADHAN CITARASA MALAYSIA

IFTAR SEINDAH RAMADHAN 2017 DI MENARA KUALA LUMPUR MENYAJIKAN BUFET RAMADHAN CITARASA MALAYSIA

Bersempena dengan sambutan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelma tidak lama lagi, Menara Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan penuh keberkatan ini. Antaranya adalah mengadakan KL TOWER BUFET RAMADHAN yang bertemakan IFTAR SEINDAH RAMADHAN bermula 1 hingga 23 Jun 2017, jam 6.30pm hingga 10 malam bertempat di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.





bersama dengan barisan penaja sempena pertandingan memasak bubur lambuk


Anda bakal disajikan lebih daripada 40 jenis hidangan berkonsepkan Citarasa Malaysia yang disediakan oleh Uniq Catering Services. Antara keistimewaan yang dibawakan pada buffet Ramadhan tahun ini adalah hidangan Roasted Lamb yang akan dihidangkan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.

Pihak Menara Kuala Lumpur menawarkan harga istimewa RM99++ untuk dewasa dan RM69++ untuk kanak-kanak (kanak-kanak 1 tahun-3 tahun adalah percuma). Setiap pembelian akan disertakan dengan tiket percuma ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) Menara Kuala Lumpur.

Bagi menghargai dan menarik minat orang ramai untuk menikmati hidangan buffet Ramadhan di Menara Kuala Lumpur, anda akan mendapat satu buffet dewasa PERCUMA dengan pembelian sebanyak 10 orang dewasa. Pelanggan turut berpeluang untuk berkunjung ke Pelantar Terbuka (Sky Deck) dengan harga diskaun sebanyak 73% iaitu RM 20 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak.

Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Yayasan Restu akan mengadakan Pameran Rehlah Nabawiyyah: The Journey of Prophet Muhammad SAW sebagai pengisian bulan Ramadhan bermula 1 hingga 23 Jun 2017. Antara pengisian pameran ini adalah pameran replica beberapa bilah pedang Rasulullah, Al-Quran lama, Demonstrasi Khat Kaligrafi Islam dan banyak lagi. Yuran masuk dikenakan pada harga RM 5 sahaja.





IFTAR SEINDAH RAMADHAN 2017 DI MENARA KUALA LUMPUR MENYAJIKAN BUFET RAMADHAN CITARASA MALAYSIA

Lokasi:

Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur,
Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia



Telefon:

013-3983936 (Lynn)
013-3947241 (Haikal)
019-6781085 (Azlina)
013-2294471 (Felhan)


Harga:

Dewasa: RM99++
Kanak-kanak (4 -12 tahun): RM69++

Keluarga (2 Dewasa + 2 Kanak-kanak): RM280++ (kanak-kanak ketiga dan keatas dikenakan tambahan RM59++ seorang)

*Harga tidak termasuk GST







#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BUFETRAMADHAN2017 #MENARAKL

0 Comments