KOLEKSI RAYA 2017 AFBYANUARFAIZAL - EKSPESI KEMBARA ANUARFAIZAL


Pada 24 Mei 2017, bertempat di University of Malaya Art Gallery, telah berlangsung acara fesyen koleksi raya 2017 oleh pereka fesyen tersohor, ANUARFAIZAL. Koleksi yang diberi nama #AFBYANUARFAIZAL adalah koleksi sempena Aidilfitri khasnya untuk lelaki yang dijadualkan berada di pasaran pada Mei 2017.
Koleksi eksklusif ini terdiri daripada Kurta dan seluar slim fit yang boleh dijadikan Baju Melayu apabila dipadankan dengan sampin instant ciptaan asli oleh ANUARFAIZAL semenjak tahun 2014 dan juga Jubbah pendek, yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Fabrik yang digunakan untuk koleksi ini adalah di import dan dilabel sebagai "AIR-FLEX". Ia adalah AIRY, sesuai untuk cuaca panas dan lembap di negara kita, FLEKSIBEL, satu saiz yang boleh pergi ke dua saiz lebih besar untuk mengurangkan isu saiz dan suaipadan dan mempunyai kedutan yang MINIMAL sesuai untuk lelaki yang moden yang sentiasa sibuk di mana sahaja.

Kemas dan minimum adalah elemen-elemen reka bentuk utama untuk koleksi raya 2017 ini. Butang sorok dan siluet yang bersih disediakan oleh ANUARFAIZAL untuk lelaki yang bergaya dan sesuai sebagai pakaian hari raya buat lelaki moden.
















ANUARFAIZAL DAN KONTROVERSI
Sentuhan moden kepada baju melayu yang konvensional oleh ANUARFAIZAL telah menciptakan kontroversi kerana orang ramai merasakan bahawa ANUARFAIZAL terlalu berfesyen dan tidak sensitif terhadap konsep Baju Melayu tradisional.
Reaksi tindak balas yang terhasil telah memacukan publisiti buat jenama ANUARFAIZAL sebagai pereka "kontroversi". Pendekatan jenama ANUARFAIZAL dan strategi pemasaran yang “direct” dan berkesan bermula dari saat digelar “kontroversi”. Nama beliau menjadi bualan di kalangan selebriti tempatan, menjadikan dirinya sebagai pereka peribadi dan juga sebagai pereka pilihan bagi bakal raja sehari; dengan memberi fokus khas kepada rekaan yang mewah, glamor dan elegan.

Telah berlangsung Pameran Seni dan Persembahan Fesyen oleh ANUARFAIZAL yang dinaung oleh Galeri Seni Universiti Malaya dan serta mendapat sokongan padu oleh kurator galeri, Puan Hazlin Anita yang tidak jemu memberi sokongan dan dorongan yang padu buat ANUARFAIZAL untuk mempamerkan hasil kerja yang terbaik buat semua yang hadir. Sebagai penyumbang dalam Gaya Hidup Malaysia, ANUARFAIZAL adalah ikon perniagaan yang boleh dipercayai dan bersedia untuk melangkah ke peringkat ntarabangsa. Sebagai pereka yang pertama di Malaysia mengadakan Pameran Seni & Fesyen selama sebulan di lokasi berprestij Universiti Malaya, ANUARFAIZAL sekali lagi menjenamakan dirinya berbeza daripada pereka fesyen yang lain dan bersedia untuk menakluk industri fesyen di Malaysia.

KEMBARA ANUARFAIZAL
Demi meneruskan tradisi kempen fesyen ANUARFAIZAL bermula di Bangkok, Thailand dan Acheh, Indonesia (2015) dan Jakarta (2016), pada tahun 2017 ini ANUARFAIZAL telah mengembara ke salah satu keajaiban 7 dunia kuno iaitu Angkor Wat di Kemboja.
Perjalanan ini mendapat dorongan dari THEKLSKYCLINIC dan dikemudikan oleh 3 pelakon muda Malaysia yang berbakat besar. Mereka adalah ARIFF AZIZ, NAFIEZ ZAIDI dan QAYYUM AMINULLAH.







ANUARFAIZAL merasa amat bertuah kerana telah diberi sokongan oleh KERAJAAN KEMBOJA kerana di dalam keadaan lazim, pergambaran fesyen adalah DILARANG di kawasan kuil. Untuk ini, ANUARFAIZAL merasa amat terharu berterima kasih atas peluang yang diberi.

Kempen ini lebih cenderung ke arah fotografi seni halus dan ia diterajui oleh STUDIO27KL dan filem fesyen yang mantap dan moden adalah produksi UNISEX PRODUCTION dan telah dirakam di 5 lokasi yang berbeza di Siem Reap, Kemboja dalam tempoh dua hari.




ANUARFAIZAL berharap usaha ini akan menetapkan tanda aras baru dalam industri fesyen terutama untuk pakaian lelaki yang moden untuk musim perayaan.

Layari media sosial ANUARFAIZAL untuk mendapatkan sebarang informasi lanjut.

FACEBOOK: www.facebook.com/anuarfaizalofficial
INSTAGRAM: www.instagram.com/anuarfaizalofficial

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AFBYANUARFAIZAL #KOLEKSIRAYA2017

0 Comments