Apa yang membuatkan saya suka menikmati juadah di Khadijah’s Kitchen? Pertama sekali saya cukup akan suasana disini. Dekorasi restorannya cukup simple dengan terdapat banyak bingkai foto Dato’ Khaty diabadikan di setiap sudut restoran. Senang kata bila makan di sini terasa seperti makan di rumah. Selain itu, setiap menu disini memang tidak pernah mengecewakan saya. Dari Tauhu Telur, Cucur Ikan Bilis/Udang, Telur Masin Masak Lemak Cili Padi, Kari Kepala Ikan, Paru Masak Sambal, Bubur Kacang dan banyak lagi sememangnya kena dengan tekak saya.
TAUHU TELUR |
CUCUR UDANG |
DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI |
ASAM PEDAS |
SOTONG MASAK HITAM |
SAGU GULA MELAKA |
BUBUR PULUT HITAM |
Tahun ini, bufet Ramadhan di Khadijah’s Kitchen turut menyajikan kepada anda menu seperti Asam Pedas, Sotong Masak Hitam (highly recommended), Bendi Daun Kari, Sambal Udang Tempoyak/Petai, Kangkung Masak Belacan, Laksa Johor, Sup Tulang Kak Piah dan lebih 50 juadah untuk anda nikmati.
Tidak dilupakan pelbagai seleksi kuih muih melayu hasil air tangan Dato’ Khaty sendiri. Tahun ini, setiap pengunjung yang hadir juga akan disajikan dengan pilihan aiskrim daripada HEAVEN PREMIUM ICE CREAM sebagai pencuci mulut. Kedai aiskrim ini dimiliki oleh anak saudara Dato’ Khaty iaitu kak Yanti. Anda kena cuba aiskrim jenama ini kerana ia cukup enak dan berkualiti antarabangsa.
Jadi anda semua jangan lepaskan peluang sepanjang bulan Ramadhan ini untuk menikmati bufet Ramadhan di restoran Khadijah’s Kitchen PJ. Dengan harga RM65.90 sememangnya berbaloi dengan kesedapan masakan disini. Jangan terkejut tatkala anda sedang menjamu selera tiba-tiba anda disapa oleh Dato’ Khaty. Beliau sememangnya terkenal dengan keramahan dan cukup selesa untuk didekati.
LOKASI KHADIJAH’S KITCHEN PJ
NO.21, JALAN 11/2, JALAN BUKIT,
SEKSYEN 11,
46200 PETALING JAYA,
SELANGOR.
SEKSYEN 11,
46200 PETALING JAYA,
SELANGOR.
TEL:
03-79691079
016-2302621
012-6643360 (WHATSAPP)
LAMAN FACEBOOK:
www.facebook.com/khadijahskitchenofficial
www.facebook.com/khadijahskitchenofficial
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KHADIJAHSKITCHEN #BUFETRAMADHAN2017 #RAMADANBUFFET2017 #RAMADHAN2017
0 Comments