KONSEP DAIRY TOOTH ICE HOUSE MENGIMBAU NOSTALGIA SELERA HONG KONG LAMA


Siapa disini penggemar milk tea? Anda tahu dimana boleh mendapatkan the best milk tea in town? Saya ada jawapannya. Teruskan membaca bingkisan ini. Bagi penggemar teh, anda pastinya pakar dalam menentukan tahap kelazatan sesebuah teh apabila dibancuh. Malah bila melihat pada warna air teh nya juga kita sudah boleh mengagak samada sedap atau tidak. Tidak begitu?

Baru-baru ini, saya sempat merasai milk tea yang dihasilkan oleh kafe DAIRY TOOTH ICE HOUSE di Sunway Pyramid. Kebetulan pada hari itu adalah pembukaan rasmi cawangan ketiga Dairy Tooth Ice House di Malaysia selepas Berjaya Times Square dan Jaya One. Lokasi kafe ini di Sunway Pyramid adalah di Tingkat Satu, Orange Atrium. Kemeriahannya jelas terasa. Pengunjung telah dihiburkan dengan tarian flash mob dengan penari siap berpakaian era 80-an. Nostalgia! Teringat zaman kegilaan menonton filem dan drama dari Hong Kong waktu kecil dahulu. Saya dimaklumkan bahawa kafe Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid berkonsepkan ala kiosk. Berbeza dengan 2 cawangan lain.





Bagi anda yang tidak tahu, Dairy Tooth Ice House merupakan sebuah kafe berkonsepkan stail Hong Kong dengan menyediakan seleksi light bites and beverages. It’s an authentic Hong Kong favorite drinks and snacks. Pihak Dairy Tooth Ice House ingin membawa pelanggan mengimbau nostalgia serta merasai suasana berada di era Hong Kong lama. Saya sendiri cukup teruja malah dapat merasakan aura itu melalui dekorasi kedai serta seleksi menu di sini. Pemilihan warna pada kedai Dairy Tooth Ice House berjaya menyuntik elemen klasik kepada suasana kedai ini. Good job!




  



Antara menu yang disediakan di Dairy Tooth Ice House adalah Milk Tea, waffle, egg puffs, roti bun dan banyak lagi. Saya berkesempatan merasai beberapa seleksi menu yang boleh saya katakan MUST-TRY apabila anda datang ke kafe ini. Pertamanya semestinya DT Signature HK Milk Tea. Ini adalah minuman yang harus anda cuba kerana kepekatan, kelikatan dan rasa teh susu ini terbaik. Saya diberitahu bahawa pihak Dairy Tooth menggunakan teh merah gred terbaik untuk minuman ini. Setiap penghasilan milk tea disini akan melalui proses penapisan beberapa kali bagi memastikan campuran air teh bersama susu sejat sebati. Tak suka teh? Jangan risau kerana pilihan minuman kopi disini juga tidak kurang hebatnya.



DT Original HK Egg Puffs juga harus dicuba disini. Walaupun luaran nampak rangup namun tatkala anda mengigitnya, ia cukup lembut untuk dikunyah. Malah aroma dari telur meningkatkan nafsu makan anda. Pilihan perasa coklat, seaweed, keju melengkapkan citarasa anda.





Seterusnya adalah Polo Bun. Apa yang menjadikan Polo Bun ini enak? Doh pada bun ini cukup lembut. Pada lapisan tengah disapu dengan mentega manakala pada bahagian atas bun ini dimeriahkan dengan ramuan istimewa menjadikan bun ini patut menjadi pilihan anda.





Saya juga sempat merasai Peanut Butter Waffle disini. Ternyata keranggupan diluar dan kelembutan di dalam waffle ini menjadikan ia cukup enak dimakan panas-panas! Semua menu snek disini disediakan terus selepas anda membuat pesanan. Jadi anda dapat menikmati egg puff, waffle, bun, french toast disini fresh dari dapur. Barulah nikmat sebenar bukan!







Memiliki lebih 1000 cawangan di 143 bandar di negara China membuktikan Dairy Tooth Ice House sememangnya menjadi kegemaran ramai. Jangan lupa untuk singgah ke cawangan kafe DAIRY TOOTH ICE HOUSE yang terletak di Aras 3 Berjaya Times Square, Jaya One (bersebelahan Cold Storage) dan juga Sunway Pyramid. Dairy Tooth, Sweet Tooth and Mouthful Bite!

FACEBOOK RASMI


INSTAGRAM RASMI 

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DAIRYTOOTHMALAYSIA #DAIRYTOOTHMY #HKMILKTEA




0 Comments