MISTERI GADIS BERBAJU MERAH MENGHANTUI ANDA MENERUSI FILEM SERAM TAIWAN THE TAG-ALONG 2


Siapa penggemar filem seram? Jika anda sering disogokkan dengan kisah seram cara Hollywood, kini saya sarankan anda beralih kepada satu filem mistik seram dari Taiwan. Filem yang saya maksudkan adalah filem The Tag-Along 2 arahan Chen Wei-Hao. Kenapa anda harus menonton filem ini? Teruskan membaca bingkisan ini. Filem The Tag-Along 2 merupakan sekuel kepada filem The Tag-Along yang ditayangkan pada 2015 dan pernah dinobatkan sebagai filem seram paling berjaya di Taiwan. Sebagai rekod, filem The Tag-Along pernah ditayangkan di Bucheon International Fantastic Film Festival dan pernah menerima 4 pencalonan di 53rd Golden Horse Awards.

Hasil kejayaan demi kejayaan dicapai serta mencapai kutipan Box-Office, pengarah filem Cheng Wei-hao tidak teragak-agak untuk meneruskan legasi filem ini dengan menghasilkan sambungan dan kini, Filem The Tag-Along 2 sedia merasuki penonton. Filem ini merupakan sebuah kisah benar yang berlaku di Bandar Taiwan dimana kisah legenda gadis kecil berbaju merah pernah menghantui masyarakat sejak 20 tahun dahulu. Kes orang hilang secara misteri menjadi bualan hangat dan pada filem terbaru The Tag-Along 2 ini, penonton akan mengetahui siapakah sebenarnya gadis berbaju merah itu serta apa kaitanya dengan kes orang hilang secara misteri.





Secara peribadi, saya suka jalan cerita filem ini. Kisah gadis berbaju merah yang cukup misteri. Penonton akan ternyata-tanya siapa gerangan gadis ini dan untuk mengetahuinya penonton harus fokus sehingga ke hujung filem. Filem ini mengundang debaran dari satu plot ke satu plot yang lain. Cukup cantik graf debaran dalam filem ini. Ini yang saya rasa sebagai penggemar filem seram tegar. Setiap watak dalam filem The Tag-Along 2 saling menyokong kuat kepada perjalanan filem. Pelakon-pelakon berjaya membawa emosi pada tempatnya. Sistem bunyi dan sinematorafi cukup cantik untuk filem genre seram. Senang kata kesan bunyi tidak membingitkan telinga seperti yang pernah saya alami ketika menonton beberapa filem seram dari Hollywood.

Setiap kelebihan pasti ada kekurangan bukan? Filem ini akan lebih baik jika kesan khas yang digunakan lebih real terutamanya pada babak-babak akhir. Ia harus lebih kemas supaya penonton akan terasa ALIVE tatkala menonton filem ini. Namun jangan salah faham ya. Kesan khas ini tidak mencacatkan keseluruhan perjalanan filem ini. Cuma pada hemat saya, kualiti kesan khas yang lebih real mampu memberi impak berganda kepada reaksi penonton. Kredit kepada babak ketika pelakon Hsu Wei-ning melahap ulat-ulat dan bila beliau dirasuk. That was so real!









Secara keseluruhan, ini adalah sebuah filem seram yang tidak harus anda lepaskan. Lari dari stereotaip filem seram Malaysia dan Hollywood, cukup berbeza dan mampu memberi persepsi baru kepada penggemar filem seram. Saya tak pandai bagi bintang cuma apa yang boleh saya katakan filem membuatkan saya fokus secara total ketika menonton. Minda saya berjalan seiring dengan babak demi babak kerana perasan ingin tahu membara-bara. Siapa gadis berbaju merah itu? Saksikan di pawagam tanahair sekarang!





SIPNOSIS
Shu-fen (Rainie Yang) berkerja sebagai seorang pekerja sosial. Akibat kerja beliau yang tidak tentu masa, secara tidak langsung Shu Fen telah mengabaikan anak perempuannya yang berusia 15 tahun, Ya-ting (Ruby Chan). Selepas mengetahui anak perempuannya hamil, dia meminta anaknya untuk melakukan pengguguran namun anaknya membantah.

Pada suatu hari, Ya Ting hilang dan Lin Mei-hua (Francesca Kao) serta Lin Chun-kai sebagai Master Tiger (Wu Nien-hsuan) percaya bahawa Ya Ting telah diambil oleh roh jahat di pergunungan. Shu Fen memulakan pencarian anaknya di gunung bersama dengan Cun-kai. Semasa pencarian, Cun-kai menjumpai Yi-chun (Hsu Wei-ning) yang tidak sedarkan diri di sebuah hospital terbengkalai yang terletak di pergunungan itu. Semasa pencarian anak perempuannya, Shu Fen membiarkan Yi-Chun menetap dengannya sambil beliau mencari butir-butir yang lebih aneh lagi berkaitan dengan gadis pakaian merah kecil itu. Ketiga-tiga mereka memutuskan untuk pergi ke gunung bersama-sama tetapi menghadapi ancaman kuasa ghaib yang luar biasa, bolehkah Shu-fen mencari anak perempuannya? Dan bolehkah semuanya kembali bersama?

PENGARAH: Cheng Wei-Hao

PARA PELAKON: River Huang, Hsu Wei-ning, Rainie Yang, Francesca Kao, Shao-hua Long dan ramai lagi

Layari Laman Facebook https://www.facebook.com/RamEntertainmentMovie/ untuk informasi lanjut. TERIMA KASIH kepada pihak MyBuzz dan Shopee Malaysia atas undangan ke tayangan filem ini.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THETAGALONG2 #BUZZINGMALAYSIA #MYBUZZ #SHOPEEMY #SHOPEE 




0 Comments