JEJAKA KEKAL HARUM SEPANJANG MASA DENGAN DASHING ANYTIME EDT BERSAIZ POKET

DASHING ANYTIME EDT

Setiap lelaki moden mendambakan penampilan rapi dan menawan. Penampilan ini bukan sekadar berpakaian kemas dan bergaya malah bau pada badan juga turut diambil kira. Masalah bau badan mampu memberi gambaran negatif kepada diri anda. Ini secara tidak langsung boleh menjejaskan personaliti dan persepsi masyarakat. Jadi adalah penting kepada jejaka di luar sana untuk terus tampil harum dengan semburan wangian berulang kali.

Selain wajah tampan, pakaian segak, bau badan turut memainkan peranan dalam penampilan jejaka kerana ia adalah faktor tarikan utama. Jadi adalah penting bagi setiap jejaka untuk terus tampil harum sepanjang hari. Cuma apa yang menjadi isu adalah saiz botol pewangi yang agak besar dan tidak mesra poket menyusahkan lelaki untuk membawa botol wangian ketika diluar.

Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direkakhas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif kemana sahaja. 

Sebagai peneraju jenama penjagaan diri lelaki di Malaysia, DASHING yang dikenali sebagai jenama haruman setelah sekian lama cukup memahami keperluan utama seorang lelaki iaitu wangian yang membangkitkan jiwa maskulin sebenar dari dalam, tetapi pada masa yang sama mudah didekati. Kini dengan kehadiran DASHING Anytime EDT, ekspresi wangian maskulin kini tersedia sentiasa di dalam poket anda.

Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.





COOL
Haruman maskulin ini merupakan takrifan identiti dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.

ACTIVE
Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.



ULTIMATE KICK
Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.

HATTRICK
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.




Kini jejaka boleh tampil harum menawan sepanjang masa. Dijual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18 ml boleh didapati di seluruh rangkaian pasaraya dan farmasi di seluruh Malaysia. Layari www.dashing.com.my atau LAMAN FACEBOOK RASMI bagi mendapatkan informasi lanjut.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DASHING #ANYTIMEEDT #GAYAHIDUP

0 Comments