KEJOHANAN ISKANDAR PUTERI KAYAK CHALLENGE 2017

MALAYSIA TOURISM COUNCIL (MTC)

Saya berkesempatan untuk menyertai rombongan media di bawah Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) ke Bandaraya Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim baru-baru ini. Kunjungan saya ke negeri di selatan Malaysia ini adalah bagi menyaksikan acara pelumbaan kayak terbesar, Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 (IPKC 2017) yang telah berlangsung pada 18 November 2017. Untuk pengetahuan anda, Iskandar Puteri Kayak Challenge merupakan satu acara perlumbaan kayak sejauh 40 KM bermula dari Puteri Harbour dan berakhir di Kampong Sungai Melayu merentasi Selat Johor (dahulunya dikenali sebagai Selat Tebrau). Acara IPKC 2017 ini diadakan pada hari bersejarah sempena sambutan Pengisytiharan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri oleh DYMM Tuanku Sultan Johor Darul Takzim.

Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 telah dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) bersama Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dengan disokong dan dihoskan oleh Kerajaan Negeri Johor. Penganjuran pertama kali oleh pihak Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) bertujuan bagi mempromosi dan memperkasa sukan kayak sebagai produk pelancongan sukan di Puteri Harbour dan Pelancongan Eko di Kampong Sungai Melayu.

MALAYSIA TOURISM COUNCIL (MTC)

MALAYSIA TOURISM COUNCIL (MTC)

ISKANDAR PUTERI KAYAK CHALLENGE 2017 (IPKC 2017)

Majlis telah disempurnakan oleh Dato' Zulkurnain bin Hj. Kamisan, Exco Belia dan Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor mewakili Menteri Besar Johor. Perlumbaan IPKC 2017 ini bermula daru Puteri Harbour ke Jambatan Link Kedua dan berpatah balik menuju ke  Kampong Sungai Melayu. Ia melalui Jeti Feri ke Batam, Sg. Pendas, Chalet Terapung, Pusat Penternakan Kupang, kawasan Hutan Bakau Kampong Sungai Melayu dan Beting Lapan. Sebanyak 100 peserta dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam acara sukan berprestij ini. Sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan iaitu:

KATEGORI PELAJAR LELAKI
KATEGORI PELAJAR CAMPURAN
KATEGORI TERBUKA LELAKI
KATEGORI TERBUKA CAMPURAN
KATEGORI ANTARABANGSA CAMPURAN
KATEGORI AGENSI PELANCONGAN

Menerusi prasarana moden dan strategik di Puteri Harbour, acara sukan kayak ini mampu diketengahkan dan dianjurkan setiap tahun sehingga dikenali di peringkat global. Ditambah pula dengan lokasinya yang berdekatan dengan segi tiga emas iaitu Johor, Singapura dan Indonesia memberikan satu bonus kepada Puteri Harbour. Malah faktor sejarah lama diantara Johor, Riau dan Lingga menjadikan Iskandar Puteri dan Selat Johor satu pelancongan warisan.

MALAYSIA TOURISM COUNCIL MTC
KETIBAAN DATO' ZULKURNAIN BIN HJ KAMISAN

MALAYSIA TOURISM COUNCIL MTC

SESI PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

Menurut Encik Uzaidi Udanis selaku Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), tujuan acara ini diadakan adalah bagi mempromosikan 3 elemen utama iaitu menjadikan Puteri Harbour sebagai destinasi pelancongan sukan seperti kayak. Selain itu acara ini juga diharap dapat mengetengahkan Kampong Sungai Melayu sebagai pusat pelancongan eko kerana kampung yang berusia 120 tahun ini terletak dalam kawasan perlindungan bakau serta menjadikan Iskandar Puteri sebagai pusat pelancongan warisan yang cukup kaya dengan sejarah. Tambah beliau, sambutan yang di luar jangkaan terhadap acara IPKC 2017 diharap dapat menarik penyertaan dari luar negara di masa hadapan serta menjadikan acara suka kayak ini acara ikonik sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

MALAYSIA TOURISM COUNCIL MTC
ENCIK UZAIDI UDANIS, PRESIDEN MTC

Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 (IPKC 2017) turut mendapat kerjasama dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Majlis Sukan Negeri Johor (MSN), Iskandar Regional Development Authority (IRDA), UEM Sunrise, Tourism Johor, EduCity, Netherland Maritime Institute of Technology (NMIT), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Komuniti 1 Malaysia Kampong Sungai Melayu, Yayasan Penyayang MPJBT, Yayasan Warisan Johor, Malaysia Nature Society, Kelab Alami dan Ascott International. Selain itu, acara ini turut menerima kerjasama dari Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Polis Marin, Bomba dan Penyelamat, RELA, Jabatan Laut Negeri Johor, Jabatan Perhilitan dan Jabatan Kesihatan.

Pada sebelah petangnya, kami terus dibawa ke Kampong Sungai Melayu selaku lokasi terakhir perlumbaan IPKC 2017. Pada masa yang sama, Kampung Sungai Melayu turut mengadakan Festival Sukan Laut dimana pelbagai acara suka rakyat telah diadakan seperti Lumba Bot, Tangkap Itik, Tiang Licin, Pukul Bantal dan Kayuhan Dugong. Ia secara tidak langsung memperkenal dan mempromosikan Kampong Sungai Melayu yang kaya dengan pokok bakau ini sebagai destinasi Pelancongan Eko yang harus dikunjungi.

ISKANDAR PUTERI KAYAK CHALLENGE 2017 (IPKC 2017)

MALAYSIA TOURISM COUNCIL MTC

MALAYSIA TOURISM COUNCIL MTC

Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 diharap dapat menjadi satu acara sukan tahunan di Puteri Harbour dan menarik lebih ramai pelancong ke negeri Johor. Sesungguhnya Negeri Johor menyediakan pelbagai destinasi pelancongan menarik kepada pelancong dalam dan luar negara. Dengan kepesatan ekonomi dan pembangunan yang kian rancak, Johor Darul Takzim mampu melonjakkan namanya dalam industri pelancongan terkemuka di Malaysia dan dunia.

MALAYSIA TOURISM COUNCIL

LAMAN FACEBOOK RASMI MTC
www.facebook.com/nationaltourismcouncilmalaysia

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #IPKC2017 #MTCMEDIA #MTC #JOHOR #CUTICUTIMALAYSIA #DEKATJE #MALAYSIATRULYASIA

0 Comments