KONSERT DIMENSI LEGENDA RTM BUKTI ARTIS VETERAN MASIH UNGGUL DAN BERBISA

KONSERT DIMENSI LEGENDA RTM

Saya sejujurnya merupakan seorang peminat lagu malar segar (evergreen). Jika anda tanya saya tentang lagu terkini sememangnya saya kurang tahu. Barangkali saya banyak membesar dengan lagu-lagu dari tahun 60-an hingga 90-an. Bukan lagu-lagu baru tidak sedap didengar, tapi terus terang ‘jiwa’ pada lagu itu tidak sampai kepada saya. Jika ada pun lagu baru yang saya tahu, barangkali ia datang dari penyanyi yang saya anggap ‘true talent’.

Lagu-lagu lama ini sememangnya tetap releven didengar walaupun meniti tahun. Saya kagum serta tertanya juga apa formula lagu-lagu malar segar ini masih menjadi siulan walaupun ada yang telah berusia puluhan tahun. Bak kata pepatah, Tak Lekang Dek Panas, Tak Lapuk Dek Hujan”. Itulah frasa yang sesuai saya gelarkan kepada penghibur veteran di Malaysia.

Kesempatan menghadiri konsert mini Dimensi Legenda yang telah berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri baru-baru ini ibarat bulan jatuh ke riba. Sudah lama saya menantikan konsert sebegini akhirnya telah berjaya dilaksana oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM). Melihat kepada barisan artis yang terlibat dalam konsert ini memang mengujakan saya. Nama-nama besar seperti Uji Rashid, Ramlah Ram, Dato’ Khadijah Ibrahim atau mesra dengan panggilan Ibu, Francissca Peter dan ramai lagi pernah menjadi fenomena di zaman masing-masing. Menggamit nostalgia dan menyegarkan kembali irama malar segar.

KONSERT DIMENSI LEGENDA RTM
KOMPOSER S.ATAN DAN DATUK JEFFRYDIN TURUT HADIR

KONSERT DIMENSI LEGENDA RTM
TAHNIAH KEPADA PIHAK PRODUKSI

UJI RASHID CICO HARAHAP
UJI RASHID DAN CICO HARAHAP

KONSERT DIMENSI LEGENDA RTM
MASTURA (TENGAH) YANG TERKENAL DENGAN LAGU APO KONO EH JANG

Konsert Dimensi Legenda yang menghimpunkan barisan penghibur tersohor dari tahun 60-an hingga 90-an ini terbahagi kepada beberapa segmen iaitu Kasih Asmara, Mekar Sejambak, Gelora Cinta, Liku-Liku Kehidupan, Cinta Suci dan Nostalgia Abadi. Tepat jam 8.30 malam, konsert Dimensi Legenda yang disiarkan secara langsung di kaca TV menerusi siaran TV2 ini dibuka tirai dengan segmen Kasih Asmara oleh Fairuz Hussein dengan lagu hitsnya Sambaria. Kemudian Fauziah Dato’ Ahmad Daud mengambil alih dengan sedikit sedutan babak dari filem Ali Setan. Kak Ogy juga merupakan pengacara untuk konsert ini. Penyanyi A. Rahman Onn meneruskan kehangatan dengan dendangan lagu Cincin Emas/Peracun Kalbu. Kemudian penyanyi Rosemaria merampas pentas dengan seleksi lagu Kisah Masa Lalu dan Asmara. Segmen ini diakhiri dengan kemerduan suara Dato’ Andre Goh menerusi lagu Baju Hitam dan Joget Sayang Oh Sayang.

FAIRUZ HUSSEIN

FAIRUZ HUSSEIN

KONSERT DIMENSI LEGENDA RTM

FAUZIAH DATO' AHMAD DAUD

A. RAHMAN ONN

A. RAHMAN ONN

DATO' ANDRE GOH

ANDRE GOH

ROSEMARIA

ROSEMARIA





Segmen Mekar Sejambak menyusul dengan barisan lagu hebat seperti Semakin Hari Semakin Sayang (Uji Rashid) yang diubah susunan muziknya menjadi lebih moden. Beliau turut mengundang anaknya Cico Harahap bersama di atas pentas. Disusuli dengan lagu Kali Pertama (Fairuz Hussein), Sekadar di Pinggiran dan Ku Ke Udara Lagi (Francissca Peter).

UJI RASHID DAN CICO HARAHAP

UJI RASHID DAN CICO HARAHAP

FRANCISSCA PETER

FRANCISSCA PETER

Meneruskan acara konsert ini adalah segmen Gelora Cinta dengan menampilkan lagu Takdir dan Waktu serta Bayangan Gurauan (Rahmat Mega) dan Cintaku Hanyut di Lautan Sepi/Selamat Jalan Romeo (Ramlah Ram).

RAHMAT MEGA

RAHMAT MEGA

RAMLAH RAM

RAMLAH RAM

Segmen Liku-Liku Kehidupan mengimbau era 90-an dengan menampilkan kumpulan Nico yang kini dikenali dengan Nico G menerusi lagu hitsnya Gadisku dan Inilah Nasibku. Seterusnya Nora tampil dengan lagu Di Persimpangan Dilema/Desa Tercinta.

KUMPULAN NICO G

KUMPULAN NICO G

NORA

NORA

Segmen Cinta Suci membawa penonton merasai cinta sebenar menerusi persembahan Dato’ Nash (Pada Syurga Di Wajahmu dan Tiada Lagi Kidungmu). Segmen terakhir Nostalgia Abadi dikemudi oleh penyanyi hebat Dato’ Khadijah Ibrahim menerusi lagu Ku Sangka Siang Kiranya Malam dan Ku Gembira Di Sampingmu. Kesemua artis yang terlibat menutup konsert ini menerusi nyanyian beramai-ramai lagu Salam Mesra.

DATO' NASH

DATO' NASH

DATO' NASH

DATO' KHADIJAH IBRAHIM
 
DATO' KHADIJAH IBRAHIM

DATO' KHADIJAH IBRAHIM

DATO' KHADIJAH IBRAHIM, KAK OGY, RAMLAH RAM, NORA, FAIRUZ HUSSEIN, DATO, NASH, ANDRE GOH, A. RAHMAN ONN, ROSEMARIA, FRANCISSCA PETER, UJI RASHID





Secara peribadi, penganjuran konsert Dimensi Legenda ini berjaya memukau hadirin. Setiap barisan artis yang terlibat seperti melepas gian dengan masing-masing menunjukkan taringnya. Vokal setiap artis tidak perlu dipertikai. Masih mantap dan bertenaga. Saya agak terkesima kerana rata-rata masih mampu menyanyikan lagu bernada tinggi dengan baik. Dua jam tidak puas rasanya. Kredit harus diberikan juga kepada barisan pemuzik yang terlibat pada konsert ini. Tidak dilupa kepada Fauziah Dato’ Ahmad Daud aka Kak Ogy kerana berjaya mengemudi acara konsert ini dengan cemerlang.

Sekalung penghargaan kepada pihak RTM dan TV2 atas penganjuran konsert ini dan menyediakan platform untuk artis-artis legenda berkarya. Semoga lebih banyak pihak membuka mata dengan kehebatan penyanyi veteren dengan menganjurkan lebih banyak konsert sebegini pada masa depan. Pastinya otai masih berbisa!

LAMAN WEB RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DIMENSILEGENDA #RTM #RADIOTELEVISYENMALAYSIA

2 Comments

  1. GV pun suka lagu - lagu lama ini. Lagu lama ini ada jiwa dan feel yang lain macam bila kita dengar. Terbaik Mr Sharifuddin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu-lagu lama memang malar segar. Tak dimamah usia..

      Delete