ASWARA MEMARTABATKAN KHAZANAH WARISAN KELANTAN MENERUSI MAIN PUTERI THE FORGOTTEN HERITAGE 2018

January 30, 2018 REEF OMAR 0 Comments

Aswara

Teater atau persembahan pentas merupakan salah satu cabang penggiat seni mengekspresikan cetusan ilham. Setiap pencinta seni ini mempunyai interpretasi berbeza dalam menyalurkan fahaman seni individu dan salah satu kaedah penyampaian adalah menerusi persembahan langsung kepada penonton. Namun saya dapati generasi millinea kini kurang berminat kepada seni persembahan pentas. Ini sesuatu yang agak merisaukan kerana jika seni ini tidak diwarisi dikhuatiri ia akan pupus ditelan zaman.

Salah satu badan yang aktif dalam memperjuangkan seni lakonan dan teater di Malaysia adalah Akademi Seni Budaya dan Warisan atau ASWARA. Saya berkesempatan menyaksikan sebuah lagi naskhah menarik yang dijayakan oleh Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya iaitu MAIN PUTERI THE FORGOTTEN HERITAGE. Persembahan ini merupakan sebuah projek penilaian tahun akhir bagi pelajar tahun 3 dan telah diadakan di Panggung Eksperimen baru-baru ini.

Kenapa saya teruja untuk menyaksikan pementasan ini? Tajuknya sendiri memberi seribu persoalan kepada saya. Kenapa Main Puteri? Kenapa warisan ini semakin dilupakan?

aswara

aswara

aswara





Pementasan Main Puteri ini telah dipertontonkan secara persembahan syarahan atau lecture performance. Ia bermaksud bentuk persembahan ini adalah 70% persembahan dan 30% syarahan. Jadi setiap penonton yang hadir akan lebih faham akan apa yang cuba disampaikan dalam pementasan ini. Syarahan telah disempurnakan oleh Encik Kamarul Baisah yang juga merupakan seorang pensyarah di Pusat Seni Tradisional (PuTRA), ASWARA. Beberapa tokoh Main Puteri turut terlibat dalam pementasan ini antaranya adalah Che Seman @ Che The, Ibrahim Senik (Pak Him) dan Pak Wahab.

Main Puteri merupakan sebuah upacara perubatan tradisional melayu yang diamalkan di negeri Kelantan. Upacara ini bertujuan untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan jiwa dan sukar dirawat menerusi perubatan moden. Contohnnya penyakit gila, terkena buatan orang, penyakit angina dan gangguan mahkluk halus. Malah upacara ini juga turut dijadikan sebagai hiburan bagi sebilangan masyarakat di negeri pantai timur ini.

Sebagai rekod, perubatan tradisional merupakan kaedah perubatan berstruktur tertua di dunia. Malah ahli arkeologi telah membuktikan bahawa ia telah wujud sejak 6000 tahun sebelum masihi. Bagi masyarakat Melayu di Malaysia, kaedah perubatan alternatif yang melibatkan ritual cukup sinonim bagi kaum ini. Kalau anda ke kampung-kampung, kaedah ini masih lagi digunapakai untuk mengubati penyakit. Bahasa mudahnya, Main Puteri merupakan sebuah upacara bagi memulihkan semangat dan jiwa pesakit.

Berbalik kepada Main Puteri. Ia juga turut dikenali dengan nama lain seperti Main Teri dan Main Peteri. Ia akan dikendalikan oleh seorang bomoh yang dikenali dengan nama Tok Pateri atau Tok Teri. Tok Teri ini akan dibantu oleh Tok Minduk. Upacara ini melibatkan beberapa alat muzik yang akan dimainkan oleh awak-awak atau dipanggil panjak. Alatan muzik yang digunakan adalah seperti rebab, gendang, serunai dan canang.

Pementasan Main Puteri ini disampaikan secara bersegmen iaitu bermula daripada segmen TUBIK CERITA, GHOYAK MARI, ANGIN TOHOR DAN PELAPIH.


TUBIK CERITA
Segmen ini akan menerangkan tentang isi kandungan serta pengenalan tentang apa itu Main Puteri. Segmen ini juga akan menyentuh tentang sejarah, fungsi dan jenis penyakit yang diubati menggunakan upacara ini.

aswara

aswara

aswara

aswara

aswara

aswara

aswara


aswara

aswara

aswara

aswara


GHOYAK MARI
Segmen ini membawa penonton kepada penerangan lanjut mengenai struktur Main Puteri iaitu bermula Baca Kenduri, Buka Panggung, Bertabik, Lupo dan Kejut Angin Pesakit.

aswara

aswara

aswara

aswara

aswara

aswara

aswara

aswara

aswara






ANGIN TOHOR
Segmen ini, penonton akan dibawa menyelami proses yang dilakukan dalam Main Puteri. Proses ini termasuklah Baca Kenduri, Bertabik, Bertabik Kejut Angin Tok Peteri, Kejut Angin Pesakit, Pesakit Melepaskan Angin dan Penutup.

aswara

aswara

aswara

aswara

aswara


PELAPIH
Segmen terakhir ini diisi dengan persembahan khas oleh para pelajar sekolah yang telah menyertai bengkel yang dianjurkan oleh pihak Aswara sebelum ini. Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Sekolah Menengah Kebangsaan Miharja dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane. Antara lagu yang dipersembahkan pada segmen ini adalah Lagu Bertabuh, Lagu Sedara dan Lagu Saa. Ternyata penglibatan para pelajar ini menarik perhatian kerana sekurangnya masih ada generasi muda yang berminat untuk mempelajari seni warisan lama.

aswara






Jika anda perasan, saya kerap mennyentuh tentang angina. Apa maksud angina dalam Main Puteri ini? Mengikut anggapan orang Melayu dulu, angin adalah antara 4 unsur yang wujud dalam diri manusia selain tanah, api dan air. Angin adalah anasir yang menentukan pembawakan seseorang individu dan kegemarannya.

aswara

aswara

Walaupun ada sebilangan mengganggap bahawa upacara Main Puteri ini adalah syirik, secara peribadi saya mengganggap bahawa ia hanya sekadar sebuah persembahan seni warisan. Saya cukup kagum dengan usaha pihak Aswara dalam mengembalikan kegemilangan seni warisan lama agar tidak lapuk dek zaman. Saya cukup terhibur malah saya belajar sesuatu menerusi pementasan Main Puteri ini. Saya belajar bahawa Malaysia cukup kaya dengan seni warisan lama. Semoga banyak lagi inisiatif yang boleh dilakukan bagi memartabatkan seni warisan negara supaya ia terus wujud seiring dengan peredaran masa.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MAINPUTERI2018 #ASWARA

0 comments:

Powered by Blogger.