KOLEKSI KEITH KEE SEMPENA TAHUN BARU CINA DITAMPILKAN MENERUSI KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

January 09, 2018 REEF OMAR 0 Comments

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

Negara Malaysia cukup terkenal dengan kepelbagaian bangsa dan budaya. Faktor ini menjadikan Malaysia meriah dengan pelbagai jenis perayaan. Bila tiba musim ini, antara yang mencuri perhatian saya adalah gaya fesyen yang ditampilkan. Anda boleh lihat macam-macam gaya dan stail dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Inilah waktu untuk melaram dan pasang badan sambil melawat sanak saudara dan sahabat handai bukan. Bila tiba musim perayaan, golongan pereka fesyen adalah yang paling sibuk menyiapkan koleksi terkini. Boleh dikatakan beberapa bulan sebelum hari raya tiba mereka ini sudah mula sibuk menyiapkan koleksi baru.

Bercakap tentang musim perayaan, diam tak diam Tahun Baru Cina bakal menjengah kalendar 2018. Pastinya masyarakat Cina sudah mulai sibuk mengatur perancangan dan membuat penyediaan bagi meraikan hari istimewa ini. Saya sendiri tidak sabar untuk meraikan sambutan Hari Raya Cina ini kerana inilah masanya saya boleh merasa pelbagai juadah khas sambil melawat teman-teman rapat berbangsa Cina. Sambutan perayaan ini tidak lengkap rasanya tanpa busana tradisi Cheongsam bukan?

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION






Baru-baru ini saya sempat menghadiri pertunjukan fesyen oleh pereka Keith Kee di Bangsar. Beliau telah mempamerkan koleksi terkini sempena Tahun Baru Cina yang diberi nama KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION. Bagi anda yang tidak mengenali Keith Kee, beliau sememang cukup terkenal dengan rekaan busana yang mengetengahkan elemen cheongsam. Kali ini, pemenang anugerah Mercedez-Benz Stylo Asia Fashion Festival Fashion Oscar 2017 masih menampilkan elemen tradisi ini namun istimewanya koleksi terbaru ini, setiap busana datang dengan pelbagai helaian dalam satu bagi membolehkan si pemakai suai padan mengikut kesesuaian. Pemilihan warna pastel yang nampak segar dan anggun menaikkan seri si pemakai pada hari perayaan. Kata beliau untuk koleksi Keith Kee S/S Collection 2018 ini, beliau terinspirasi oleh beburung dan bunga seperi mawar dan peony kerana baginya ia melambangkan keindahan namun gaya moden masih diterapkan agar lebih releven dengan peredaran masa.

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

Bertemakan ODE TO SPRING, anda boleh lihat perincian setiap busana yang direka. Pelbagai bentuk sulaman menjelaskan maksud tersendiri. Antaranya motip burung pekaka yang menjadi simbol bekalan makanan yang tidak putus, oriole simbol kepada kegembiraan dan muzik, burung murai sebagai pembawa berita gembira dan itik mandarin yang membawa maksud perkahwinan yang berkekalan. Terdapat juga beberapa sulaman motip rama-rama, pepatung dan lebah yang semuanya buatan tangan.

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION




Pada pertunjukan khas ini beliau telah membawakan 50 persalinan termasuk 10 Haute Couture. Antara selebriti yang hadir pada malam itu adalah Amber Chia, Chris Tong, Desmond Tey dan ramai lagi. Pertunjukan Keith Kee S/S 2018 Collection ini dibawakan oleh Aspen Group dan ditaja oleh F&N, Runway Productions, A Cut Above, Backstage Make-Up, Lee Jardin Jewellery dan 2-Minute Cocktails.

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION

KEITH KEE S/S 2018 COLLECTION









LOKASI KEITH KEE COUTURE

215, JALAN MAAROF, 
59200 BANGSAR, 
KUALA LUMPUR.

TELEFON: 03-22020215


ATAU


77, FIRST FLOOR, 
LORONG SELAMAT, 
10050 PULAU PINANG.

TELEFON: 04-2271990


LAMAN WEB RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KEITHKEE #KEITHKEECOUTURE #KEITHKEESSCOLLECTION2018

0 comments:

Powered by Blogger.