KARISMA COSMETIC SASAR JUALAN RM 25 JUTA UNTUK 2018

February 07, 2018 REEF OMAR 2 Comments

KARISMA COSMETIC

Siapa kata produk kosmetik tempatan tidak boleh berjaya dalam arus bisnes lokal? Buktinya Karisma Cosmetic milik Puan Kartini Sulaiman telah berjaya melahirkan jutawan berjaya menerusi jenama ini. Paling utama adalah produk yang dihasilkan berkualiti dan memberi kepuasan kepada pengguna. Kita sedia maklum bahawa isu produk kosmetik tempatan kian menular di media sosial. Ramai yang mempunyai tanggapan bahawa semua produk kosmetik tempatan hanya indah khabar dari rupa. Namun pendekatan berbeza yang dilakukan oleh pihak Karisma Cosmetic berjaya menangkis persepsi tersebut. Keberkesanan produk menjadi tunjang kepada kejayaan jenama ini walaupun baru 3 tahun lahir dipasaran. Malah sehingga kini jenama ini telah melahirkan 800 orang stokis, 900 agen dan ribuan pesan hantar (dropship) dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

KARISMA COSMETIC
KAK BIE (DUA DARI KIRI) SEDANG MELAYAN SOALAN PIHAK MEDIA

Menurut Puan Kartini atau mesra dipanggil Kak Bie, tahun 2017 melakar kejayaan yang boleh dianggap membanggakan bagi produk Karisma Cosmetic kerana berjaya melepasi jualan yang disasarkan. Ini bukti bahawa pengguna diluar sana mempercayai keberkesanan rangkaian produk Karisma Cosmetic. Tambah beliau, hasil kerja keras seluruh warga Karisma Cosmetic menjadi pemangkin kepada beliau untuk terus berusaha membawa jenama ini di mana dunia. Saya harus akui bahawa testimoni positif tentang produk ini di media sosial menjadi antara kejayaan kepada Karisma Cosmetic. Tidak memerlukan selebriti sebagai duta atau menjadi penaja mana-mana acara berskala besar, pihak Karisma Cosmetic optimis dengan kualiti rangkaian produknya dan maklumbalas yang baik daripada pengguna menjadi pengukuh kepada jenama ini.

Bila ditanya kenapa mengusahakan produk kosmetik, Kak Bie menjelaskan bahawa semuanya bermula daripada masalah resdung yang di hadapi olehnya. Terinspirasi daripada produk yang berjaya merawat masalah beliau menjadikan produk Karisma Cosmetic satu realiti. Kini jenama ini telah mempunyai 16 buah produk termasuk produk best seller, RICH SERUM DOUBLE APPLE STEMCELL. Jenama ini tidak hanya menumpukan kepada produk untuk kaum wanita, namun turut menghasilkan set penjagaan kulit untuk lelaki. Kilang pembuatan produk Karisma Cosmetic yang terletak di Shah Alam merupakan kilang yang mendapat pensijilan GMP dan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Malah lebih membanggakan adalah pihak Karisma Cosmetic mempunyai sekumpulan ahli kimia bertauliah yang dilantik bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Satu majlis khas bagi meraikan stokis-stokis telah diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di ibukota. Acara yang diberi nama Annual Award Dinner Karisma Cosmetic diadakan bagi memberi penghargaan kepada para stokis yang cemelang untuk 2017 disamping dapat merapatkan ukhwah diantara warga kerja Karisma Cosmetic. Ini adalah julung kali jenama kosmetik tempatan mengadakan acara seumpama ini.

KARISMA COSMETIC

KARISMA COSMETIC

KARISMA COSMETIC

KARISMA COSMETIC

KARISMA COSMETIC

KARISMA COSMETIC

KARISMA COSMETIC

KARISMA COSMETIC

KARISMA COSMETIC

KARISMA COSMETIC

KARISMA COSMETIC

KARISMA COSMETIC


KARISMA COSMETIC

KARISMA COSMETIC


KARISMA COSMETIC

KARISMA COSMETIC

KARISMA COSMETIC





Malah pada malam gilang gemilang yang bertemakan hitam elegen dan emas ini, pihak Karisma Cosmetic turut menghadiahkan kepada stokis cemerlang dengan produk barang kemas serta pakej umrah kepada yang terpilih. Turut diadalakan sesi cabutan bertuah dan pakaian tercantik. Gamat suasana yang pasti!

Pada malam itu juga, pihak Karisma Cosmetic turut melancarkan dua produk terbaru iaitu KC Green Coffee Aura Ratu dan MPB Madu Tongkat Ali Kurma Plus. Majlis turut diserikan dengan kehadiran penyanyi Lan Solo, Ramlah Ram dan Hael Husaini. Acara gilang gemilang ini telah dikemudi dengan jayanya oleh bintang versatil Malaysia, Ifa Raziah.

KARISMA COSMETIC

KARISMA COSMETIC

KARISMA COSMETIC

KARISMA COSMETIC

KARISMA COSMETIC





Anda boleh mendapatkan informasi lanjut tentang produk Karisma Cosmetic dengan melayari laman Facebook rasmi di www.facebook.com/PastiiiiiChantikkSangatttt atau menerusi tanda pagar #KarismaCosmetic . Produk Karisma hanya boleh didapati menerusi stokis, agen dan pesanhantar sahaja.

#REEFISM #REEFIMSTERRITORY #KARISMACOSMETIC #ANNUALAWARDDINNERKC2018 #LOVEKC

2 comments:

  1. Terbaikkk.. Produk tempatan setanding produk antarabangsa. LeYa begitu teruja dan seronok bila bersama orang-orang berjaya

    ReplyDelete
  2. Apa komen karisma tentang kenyataan yang produk karisma mengandungi bahan bahaya?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.