3INA MAKEUP PRODUK KOSMETIK DARI EROPAH KINI DIBUKA DI SKYAVENUE RESORTS WORLD GENTING

11:43 am REEF OMAR 0 Comments

3INA MAKE UP, BEAUTY COSMETICS, RESORTS WORLD GENTING

Pelbagai jenama produk kosmetik dapat dilihat membanjiri pasaran baik jenama tempatan mahupun antarabangsa. Ini semua didorong oleh permintaan yang tinggi terutamanya bagi kaum hawa yang cukup sinonim dengan tatarias. Ibarat irama dan lagu. Wanita masakini sudah mula peka akan pentingnya ketrampilan yang menarik. Dek sebab itu menjadi satu kemestian bagi golongan ini untuk mengenakan solekan untuk tampil menawan seiring dengan busana yang digayakan.

Namun bukan semua produk kosmetik sesuai untuk semua golongan. Selain faktor harga yang mahal terutamanya jenama antarabangsa, kandungan didalam setiap produk ini tidak semuanya sesuai dengan kulit wajah kita.

Tidak seperti produk kosmetik dari Eropah 3INA MAKEUP (sebutannya Mee-Nah), ia sememangnya dicipta untuk keperluan bagi semua golongan. Bagi jenama ini, slogan REAL, HONEST BEAUTY membuktikan bahawa ia dicipta bagi memastikan semua golongan terus tampil lebih yakin menerusi solekan. Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah maksud disebalik nama jenama ini bukan? Jika anda ke Argentina, wanita cantik dipanggil dengan gelaran MINA.

Jenama 3INA MAKEUP telah dilancarkan pada 2016 oleh Eve dan Pablo Rivera dengan pembukaan premis pertamanya di Kota London, kini ia telah berkembang di lebih 19 buah negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Menariknya tentang jenama yang berasal dari Eropah ini, ia merupakan produk premium namun harga yang ditawarkan berpatutan. Malah kandungan setiap produk 3INA MAKEUP adalah bebas paraben dan tidak menggunakan sumber serta ujian keatas haiwan. Boleh saya katakana jenama antarabangsa pada harga tempatan. Bukan itu sahaja, terdapat 450 produk daripada enam kategori iaitu mata, bibir, wajah, penjagaan wajah, kuku dan peralatan solekan ditawarkan kepada penggemar solekan.

Mengambil inspirasi daripada pesona budaya Amerika Selatan, pihak 3INA MAKEUP menggunakan pendekatan berbeza dalam industri kecantikan. Kecantikan pastinya hak milik setiap insan bukan? Jika anda berkunjung ke setiap premis 3INA MAKEUP, anda akan lihat terpampang wajah-wajah wanita cantik menghiasi dinding dan percaya atau tidak mereka bukanlah model profesional. Pihak 3INA percaya bahawa kecantikan dan kosmetik adalah untuk semua dan kerana itu mereka mengambil orang biasa sebagai penghias poster jenama ini.

3INA dicipta untuk generasi masa kini mendekati solekan dengan cara yang segar, berani dan demokratik. 3INA bukan hanya sekadar produk solekan, ia adalah tentang mewujudkan pergerakan yang positif dan inklusif serta memberi inspirasi kepada keseronokan. Selaras dengan tanda pagar #3INAMOVEMENT, ia cuma menyampaikan mesej bahawa kecantikan adalah global dan tanpa sempadan. Tidak mengira warna kulit, 3INA cuba meraikan keperibadian, kepelbagaian dan menggalakkan ekspresi diri melalui solekan.

Saya sendiri telah mencabar diri untuk mencuba solekan daripada 3INA MAKEUP ketika kunjungan saya di salah sebuah premis yang baru dibuka di SkyAvenue, Resorts World Genting baru-baru ini. Saya ingin mengetahui apakah produk kosmetik ini benar-benar berbaloi. Saya telah meminta pihak 3INA MAKEUP untuk mengenakan solekan gaya gothic bagi kaum lelaki. Hasilnya memang mengagumkan. Malah saya jatuh cinta dengan setiap tekstur serta warna setiap produk yang dioleskan ke wajah saya. Tahan lama, tidak melekit serta hasil solekan tampak semulajadi.

Anda boleh berkunjung ke butik 3INA MAKEUP yang terletak di SkyAvenue, Resorts World Genting untuk mendapatkan produk kosmetik ini. 3INA MAKEUP turut terdapat di IOI City Mall, Putrajaya, Pavilion KL dan Sunway Pyramid.

BEAUTY WITHOUT EXPRESSION IS BORING – 3INA MAKEUP.

LOKASI 3INA MAKEUP SKYAVENUE
T2A-B, SKYAVENUE RESORTS WORLD GENTING

WAKTU OPERASI
10 PAGI - 10 MALAM

TELEFON: 03-61011025

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #3INAMOVEMENT #MADEINEUROPE #PARABENFREE #CRUELTYFREE

0 comments:

Powered by Blogger.