SPORTS HIJAB BY NURD KHUSUS UNTUK WANITA BERHIJAB YANG AKTIF

SPORTS HIJAB BY NURD KHUSUS UNTUK WANITA BERHIJAB YANG AKTIF

Sports Hijab by Nurd khusus untuk wanita berhjiab yang aktif. Aktiviti kecergasan merupakan salah satu gaya hidup penting masa kini. Akur bahawa senaman dan kecergasan merupakan rutin terbaik bagi kehidupan yang lebih sihat. Di sana sini pusat kecergasan tumbuh bak cendawan selepas hujan serta lambakan acara larian menjadi tanda ukur bahawa aktiviti ini menjadi keperluan dalam kalendar masyarakat kini.

Namun bagi golongan wanita berhijab, ia menjadi satu kekangan bagi mereka untuk menjalankan sebarang aktiviti sihat dek alasan tidak mempunyai persalinan yang sesuai. Malah tudung biasa bisa menjadi lencun dengan peluh dan memberi ketidakselesaan kepada si pemakai. Terima kasih kepada jenama lokal NURD kerana mereka baru sahaja mengeluarkan hijab khusus kepada wanita muslim bertudung untuk kekal aktif.

SPORTS HIJAB BY NURD KHUSUS UNTUK WANITA BERHIJAB YANG AKTIF





Nurd percaya bahawa tiada sekatan dalam bersukan termasuk bagi golongan wanita berhijab. Malah kini pelbagai aktiviti kecergasan seperti yoga, wall climbing, pilates, zumba andalah antara sukan yang menerima penyertaan daripada kumpulan ini. Malah terhasilkah NURD FREEDOM + (PLUS) bertujuan menawarkan pakain hijab prestasi wanita yang selesa dan pastinya bergaya kerana wanita dan gaya ibarat isi dan kuku. Jadi dengan adanya Nurd Freedom+ ini, namakan saja aktiviti sukan samada bola sepak, larian balapan malah mendaki menjadi lebih menyeronokkan kepada wanita berhijab kerana kualiti NURD Freedom+ menjanjikan keselesaan dengan kualiti fabrik sesuai untuk aktiviti lasak namun masih menjaga aurat.

SPORTS HIJAB BY NURD KHUSUS UNTUK WANITA BERHIJAB YANG AKTIF






Nurd Freedom + direka dengan lapisan fabrik NURD Ultra-Light Microfiber Mesh yang mampu memberi nafas kepada kepala kerana ia mempunyai lubang halus untuk peredaran udara. Kualiti fabrik mesh ini juga mudah regang, ringan dan lembut. Satu perkara penting yang anda harus tahu tentang Nurd Freedom + ini adalah ia menggunakan tekstil yang mudah menyerap peluh serta mudah kering. Jadi jika peluh membasahi kepala, ia tidak menjadi masalah kepada si pemakai. Selain itu, Nurd Freedom + ini akan statik di kepala apabila dipakai. Jadi pergerakan anda tidak akan menyebabkan hijab sukan ini berubah kedudukan.

SPORTS HIJAB BY NURD KHUSUS UNTUK WANITA BERHIJAB YANG AKTIF






Rekaan yang cukup minimal menjadikan Nurd Freedom + sesuai untuk sebarang aktiviti fizikal. Ukuran hijab ini yang menutupi sehingga paras dada memberi lebih keyakinan kepada wanita berhijab dalam bersukan. Jangan khuatir kerana Nurd Freedom + tetap memberi gaya elegen dan premium kepada anda.

5 PERKARA TENTANG NURD FREEDOM + (PLUS) YANG ANDA PERLU TAHU


READY-TO-WEAR


SPORTS HIJAB BY NURD KHUSUS UNTUK WANITA BERHIJAB YANG AKTIF

Anda hanya perlukan 3 saat sahaja untuk memakai Nurd Freedom + kerana ia tidak memerlukan sebarang pin, ikatan malah tidak perlu seterika. Hanya sarung pada kepala dan anda boleh terus bergerak aktif.


RINGAN


Penggunaan Ultra-Light Microfiber Mesh menjadikan Nurd Freedom + menjadikan hijab sukan ini ringan dan selesa untuk bergerak. Cukup sesuai dengan iklim tropika. Tidak lah anda mendapat sakit kepala nanti!


FUNGSI REFLEKSI CAHAYA


SPORTS HIJAB BY NURD KHUSUS UNTUK WANITA BERHIJAB YANG AKTIF


TULISAN pada fabrik Nurd Freedom + mempunyai refleksi cahaya sesuai untuk aktiviti sukan pada waktu malam. Mudah untuk anda diperhatikan!


CEPAT KERING


Selain kualiti fabrik Nurd Freedom + yang mudah serap peluh, ia juga mudah bernafas untuk membolehkan aliran udara mempercepatkan proses pengeringan. Tiada isu rambut bau hapak!


FABRIK TAHAN LAMA


SPORTS HIJAB BY NURD KHUSUS UNTUK WANITA BERHIJAB YANG AKTIF


Menggunakan 100% fabric polyester yang fleksibel dan tahan lama.


Kepada wanita berhijab diluar sana, tiada alasan untuk tidak menjalani aktiviti sukan kerana Nurd Freedom + adalah solusi anda. Ia didatangkan dengan 3 variasi warna iaitu Jet Black, Navy Blue dan Cool Grey, anda boleh mendapatkan produk hebat ini dengan melayari laman web atau media sosial SPORTS HIJAB by NURD. Kini semua boleh hidup sihat!

SPORTS HIJAB BY NURD KHUSUS UNTUK WANITA BERHIJAB YANG AKTIF
JET BLACK

COOL GREY

NAVY BLUE



LAMAN WEB RASMI
www.nurdofficial.com

LAMAN FACEBOOK RASMI
www.facebook.com/nurdmalaysia

LAMAN INSTAGRAM RASMI
www.instagram.com/nurdofficial

LAMAN TWITTER RASMI
www.twitter.com/nurdofficial

LAMAN YOUTUBE RASMI
www.youtube/c/nurdofficial


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #NURDOFFICIAL #NURDMOVEMENT #NURD #SPORTSHIJAB

0 Comments