MAJLIS IFTAR YB DATO’ ABDULLAH SANI BERSAMA SISWA KERIS MAS UKM BANGI RAI ANAK-ANAK RAUDAH


Saya sempat menghadiri majlis berbuka puasa yang telah dianjurkan oleh Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini. Majlis ini telah diadakan di Bilik Konvensyen, Kolej Keris Mas pada 6 Jun 2018. Majlis berbuka puasa ini cukup istimewa kerana ia diadakan bagi meraikan Anak-Anak Raudah seramai hampir 20 orang.

Majllis berbuka puasa ini turut menerima kunjungan tetamu kehormat iaitu YB Dato’ Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kapar sebagai tanda sokongan kepada majlis yang cukup bermakna ini. Turut hadir kepada majlis ini adalah YBhg Datuk Prof Madya Dr. Muhammad bin Husain, Pengetua Kolej Keris Mas UKM Bangi dan Pengarah Urusan KLKIM Food Industry Sdn Bhd, Encik Mohd Asraff Maidin Koty. 

YB DATO' ABDULLAH SANI, AHLI PARLIMEN KAPAR

YBHG DATUK PROF MADYA DR MUHAMMAD BERSAMA YB DATO' ABDULLAH SANI





Objektif utama Majlis Berbuka Puasa anjuran Siswa Kolej Keris Mas ini bagi meraikan dan merapatkan hubungan antara siswa Kolej Keris Mas dan Anak Anak Raudah serta memberi sedikit kegembiraan kepada tetamu khas ini sempena Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.










Majlis dimulakan dengan berbuka puasa diikuti dengan Solat Mahgrib secara berjemaah. Usai solat, majlis diteruskan dengan ucapan oleh YB Dato’ Abdullah Sani dan seterusnya sesi menjamu selera.

Pada majlis sama, pihak Kolej Keris Mas turut menyampaikan sumbangan berupa keperluan dapur kepada Anak-Anak Raudah ini serta pemberian duit raya sebagai suntikan kegembiraan kepada mereka. 












Majlis Berbuka Puasa anjuran Kolej Keris Mas ini dihadiri lebih 200 orang tetamu berlangsung dalam suasana cukup meriah. Majlis turut diserikan dengan kehadiran artis terkenal tanahair antaranya barisan peserta Bintang RTM 2018, Edearn, Adeline Tsen, Elvina Chua dan Shawn.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BERBUKAPUASA #KOLEJKERISMASUKM

0 Comments