PIZZA HUT MALAYSIA HADIR DENGAN PIZA MADU PADU SEMPENA RAMADAN 2018


Pizza Hut Malaysia tidak pernah sunyi dengan menu baru setiap kali tiba musim perayaan. Bagi meraikan bulan Ramadan 2018, pihak Pizza Hut Malaysia hadir dengan pizza terbaru, Piza Madu Padu. Inovasi hidangan istimewa ini cerminan semangat perpaduan dari segenap lapisan masyarakat di Malaysia untuk terus bersama-sama mengeratkan silaturahim sempena musim perayaan ini.

Istimewanya Piza Madu Padu ini adalah ia penuh dengan inti ayam, kiub keju enak dan satu penambahan unik iaitu jaluran sos madu istimewa dan kepingan tortilla rangup. Kesemua ramuan ini dipilih dengan teliti sebagai kesinambungan rasa harmoni dan padu yang pastinya akan menggiurkan selera setiap rakyat Malaysia.







Pizza Hut cuba menyemarakkan kemanisan dalam hubungan sesama keluarga dan sahabat handai menerusi penggunaan sos madu ini. Selaras dengan misi Pizza Hut sendiri iaitu pihaknya bukan sahaja mementingkan tarikan makanan yang hebat malah turut menitikberatkan pengalaman makan bersama yang indah bersama yang tersayang.

Piza Madu Padu didatangkan dalam dua hidangan kombo di restoran iaitu MADU PADU SPECIAL berharga RM52.70 (hidangan 2-3 orang) dan MADU PADU SPECIAL berharga RM94.50 (hidangan 4-5 orang). Setiap hidangan kombo ini disertakan bersama pilihan pembuka selera, garlic bread/tortilla ayam BBQ atau sup cendawan, puding tembikai susu dan minuman.

Pizza Hut Malaysa turut menawarkan 4 kombo bagi penghantaran atau bawa-pulang iaitu MADU PADU BIG BOX (RM63.00), MADU PADU COMBO 1 (RM38.90), MADU PADU COMBO 2 (RM57.90), MADU PADU DOUBLE BOX (RM38.00).

MADU PADU COMBO 1

MADU PADU COMBO 2

MADU PADU BIG BOX KONGSI KASIH





Sempena dengan bulan Ramadan yang penuh berkat ini, pihak Pizza Hut Malaysia turut menawarkan MADU PADU DOUBLE BOX CSR pada harga RM38.50 dimana 50 sen daripada setiap jualan kombo ini akan disalurkan kepada kempen HUT TO HEART. Hasil kutipan ini akan digunakan untuk membantu pesakit kanser menjalani rawatan yang diperlukan dengan harapan ia dapat mengurangkan kes kanser di Malaysia seterusnya memperkasakan kehidupan lebih sihat dalam masyarakat.

MADU PADU DOUBLE BOX






Piza edisi terhad ini boleh didapati di cawangan terpilih dalam Malaysia sekarang hingga 14 Julai 2018 melalui makan di restoran, penghantaran dan servis bawa-pulang. Harga mungkin berbeza mengikut lokasi.

Layari www.pizzahut.com.my atau media sosial rasmi Pizza Hut Malaysia (Facebook/Instagram/Twitter) untuk mendapatkan informasi lanjut. Jangan lupa untuk muat turun aplikasi Pizza Hut Malaysia di telefon pintar anda. Ramadan semanis madu!

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PIZZAHUTMALAYSIA #MADUPADU

0 Comments