PELANCARAN RASMI NEFFOS X9, C9A, C9 DAN C7A DENGAN SPESIFIKASI MENARIK PADA HARGA BAWAH RM1000


Dunia teknologi menyaksikan perkembangan pantas saban tahun. Ini termasukkan penghasilan pelbagai model baru telefon pintar dipasaran bagi memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat global. Saya harus akui bahawa dunia teknologi dan digital kini menjadi sebahagian dalam kehidupan. Kita banyak menggunakai teknologi dalam pelbagai medium bagi memudahkan urusan harian terutamanya telefon pintar.

Terkini, syarikat penyedia global pelbagai rangkaian produk teknologi TP-Link dan jenama telefon pintar dibawah naungannya, NEFFOS telah melancarkan 4 varian model untuk pasaran Malaysia. Majlis yang dinamakan 2018 Neffos Summer Launch ini menyaksikan kehadiran model X9, C9A, C9 dan C7A. Menariknya, kesemua model ini hadir dengan paparan FullView Display (kecuali model C7A), kapasiti bateri lebih besar, teknologi dual-band Wi-Fi terkini serta keupayaan fotografi oleh Arcsoft, peneraju global teknologi kecerdasan pengimejan. Lagi mengagumkan harga yang ditawarkan kurang daripada RM1000.









Hadir sama pada majlis yang bertemakan warna ungu ini adalah Jason Xu (Ketua Pegawai Eksekutif Neffos), Hugo Cai (Pengarah TP-Link Distribution Malaysia Sdn Bhd), Thomas Bai (Pengarah Jenama Neffos), Ellyna Eng Bte Abdullah (wakil Maxis Berhad), Robert Hu (Pengarah Jualan Neffos) dan Kerry Yang (Pengurus Produk Neffos).

Majlis juga diserikan dengan pratonton peranti pintar Neffos P1 yang mempunyai binaan dalaman projector dengan keupayaan resolusi HD dengan saiz skrin sehingga 200 inci serta pelancaran Deco M9 Plus, sebuah peranti penghala Wi-Fi berteknologi tinggi.



 

NEFFOS X9 

Dari segi spesifikasi, model Neffos X9 hadir dengan paparan FullView bersaiz 5.99 inci, resolusi HD+ 1440×720 dengan nisbah 18:9 yang menjadi kegilaan pengeluar peranti pintar kini. Malah, model ini turut mempunyai nisbah paparan kepada rangka sebanyak 86.4%. Selain itu, skrin sentuhnya dilengkapi dengan 2.5D Gorilla Glass dengan salutan AF. Malah ia turut didatangkan dengan mod Night Display bagi memudahkan pengguna melihat paparan pada waktu malam.







Ia dikuasakan dengan CPU empat teras MediaTek MTK6750 dan dilengkapkan dengan GPU dua teras Mali-T860. Sistem operasi Neffos X9 menggunakan Android 8.1 Oreo dengan antara muka NFUI 8.0 yang mampu mengoptima 78% lebih pantas daripada antara muka NFUI 2.0.

Neffos X9 tidak ketinggalan menggunakan trend dwi kamera dimana 13MP + 5MP f/2.0 pada kamera utama dan mempunyai sistem pemfokusan Phase Detect Autofocus (PDAF) yang menjanjikan hasilan gambar lebih tajam. Kamera hadapan pula mempunyai 8MP yang bukan sahaja berupaya menghasilkan gambar swafoto menarik, di turut disertakan bersama sistem nyah-kunci muka yang menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (Al Face Unlock) dimana ia mampu mengesan 106 titik muka secara dinamik supaya penyahkuncian lebih tepat dan selamat. Jika tidak mahu menggunakan fungsi ini, pilihan penggunaan cap jari turut disertakan di bahagian belakang. Kamera hadapan juga didatangkan dengan mod Al Beutify untuk hasilan swafoto menarik.

Model Neffos X9 menerima sokongan bateri bersaiz 3060mAH dengan sambungan USB-C dan pengecasan 5V2A. Neffos X9 hadir dengan 2 varian iaitu storan 32GB/RAM 3GB dan 64GB/RAM 4GB. Storan bagi kedua-dua varian peranti ini boleh dilanjutkan sehingga 128GB menggunakan kad microSD. Harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia adalah RM599 bagi storan 32GB manakala bagi storan 64GB pula ia dijual pada harga RM799.



NEFFOS C9 DAN C9A

Neffos C9 mempunyai kamera hadapan 8MP manakala Neffos C9A pula dilengkapkan dengan kamera hadapan 5MP. Kedua-dua varian ini mempunyai kemampuan Softlight Camera yang mampu memberi hasilan swafoto yang menarik. Kedua-dua model ini mempunyai 13MP untuk kamera utama dengan apertur rendah dan sistem auto fokus (PDAF).








Saiz paparan bagi C9 adalah 5.99 inci dan C9A pula bersaiz 5.45 inci dengan kedua-duanya mempunyai nisbah 18:9 dan resolusi HD+. Bateri bagi Neffos C9 adalah sebesar 3840mAh dan Neffos C9A pula 3020 mAh dan menjalankan sistem operasi Android 8.1 Oreo. Kedua-dua model ini hadir dengan storan 16GB/RAM 2GB (sokongan MicroSD sehingga 128GB).

Kedua-dua model ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Cloudy Grey dan Moonlight Silver. Harga yang ditawarkan bagi Neffos C9A adalah RM429 manakala Neffos C9 berharga RM479.



NEFFOS C7A

Model peranti ini merupakan antara pilihan terbaik bagi kategori peranti bajet. Namun spesifikasinya tidak boleh dipandang sepi. Neffos C7A bersaiz 5 inci dengan paparan HD (1280 × 720) dan 294 PPI.






Ia dikuasakan dengan CPU empat teras MediaTek MT6737 dengan menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo. Bagi kamera pula, Neffos C7A didatangkan dengan 2MP f/2.2 kamera hadapan dan 8MP f/2.2 untuk kamera belakang dan disokong auto fokus pantas serta serta LED Flash.

Neffos C7A hadir dengan storan 16GB/RAM 2GB (storan boleh dilanjutkan sehingga 64GB menerusi kad MicroSD). Harga yang ditawarkan adalah RM359 dengan satu pilihan warna iaitu kelabu.



Anda boleh mendapatkan kesemua model peranti pintar terbaru daripada Neffos bermula Ogos 2018 menerusi kedai fizikal atau menerusi portal jualan dalam talian yang mengambil bahagian. Anda juga boleh merujuk beberapa syarikat telekomunikasi tempatan terpilih yang turut menjual peranti pintar ini.


LAMAN RASMI NEFFOS MALAYSIA 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #NEFFOS #NEFFOSSUMMERLAUNCH #NEFFOSMALAYSIA

0 Comments