RAWATAN PORCELAIN DOLL DAN NANO FACIALS DI TOSCANA MEDI CLINIC PUBLIKA

August 16, 2018 REEF OMAR 0 Comments

aesthetic, klinik estetik, RAWATAN ESTETIK, rawatan wajah, SKIN TREATMENT, TOSCANA MEDI CLINIC,

Bila usia semakin meningkat, penjagaan wajah harus diberi perhatian lebih. Seperti saya yang hampir menganjak ke usia 40-an, penjagaan biasa tidak mencukupi. Sekurang-kurangnya sebulan sekali saya harus rujuk kepada klinik estetik bertauliah bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sesuai bagi mendapatkan kulit wajah yang sihat dan berseri. Harus diingat! Penjagaan wajah bukan hanya untuk kaum wanita sahaja. Kaum lelaki juga harus menjadikan amalan penjagaan wajah demi kesihatan dan penampilan lebih baik.

Antara klinik estetik terkenal di ibu kota yang menjadi kegemaran saya adalah Toscana Medi Clinic yang terletak di Publika. Mereka menawarkan pelbagai rawatan kecantikan tanpa pembedahan dengan harga yang cukup berpatutan. Malah mereka juga memberikan perkhidmatan premium kepada setiap pelanggan. Terasa seperti anak raja mendapat layanan di Toscana Med Clinic ini. KLIK SINI untuk membaca pengalaman saya menjalani rawatan Black Doll Laser di Toscana Medi Clinic sebelum ini.

aesthetic, klinik estetik, RAWATAN ESTETIK, rawatan wajah, SKIN TREATMENT, TOSCANA MEDI CLINIC,






Saya berkesempatan menjalani bukan satu tapi dua rawatan sekaligus di Toscana Medi Clinic baru-baru ini. Tumpuan kali ini lebih kepada kondisi kulit wajah saya yang kurang memuaskan kerana sering kali menjalani aktiviti luar sejak kebelakangan ini. Kulit yang kerap terdedah kepada cahaya matahari dan tidak mendapat rehat yang mencukupi menjadikan kulit wajah saya menjadi kusam dan tidak bermaya.

Bagi merawat dan mendapatkan kulit wajah yang sihat dan lebih berseri, saya telah disaran oleh pihak Toscana Medi Clinic menjalani rawatan PORCELAIN DOLL dan NANO FACIALS. Jangan khuatir kerana kedua-dua rawatan ini tidak memakan masa yang lama. Malah anda akan kagum melihat kesan segera selepas selesai rawatan.


PORCELAIN DOLL

Rawatan ini membantu anda mendapatkan kulit wajah berseri, meratakan tona warna kulit, meningkatkan penghasilan kolagen dan menyingkirkan sel kulit mati. Kaedah rawatan ini adalah dengan menggunakan vakum khas untuk membersihkan dan mengecilkan liang pori pada wajah. Apa yang saya suka dengan rawatan Porcelain Doll ini adalah saya boleh lihat perubahan yang dramatik pada kulit wajah saya. Malah dengan hanya sekali rawatan sahaja, saya boleh nampak tona dan tekstur kulit saya lebih sekata. Kepada anda yang ingin mendapatkan kulit yang segar dan berseri, Porcelain Dolls adalah rawatan yang harus anda cuba!

aesthetic, klinik estetik, RAWATAN ESTETIK, rawatan wajah, SKIN TREATMENT, TOSCANA MEDI CLINIC,
WAJAH DICUCUI DAHULU

aesthetic, klinik estetik, RAWATAN ESTETIK, rawatan wajah, SKIN TREATMENT, TOSCANA MEDI CLINIC,
PROSES MEMBUANG BLACKHEADS DAN WHITEHEADS

aesthetic, klinik estetik, RAWATAN ESTETIK, rawatan wajah, SKIN TREATMENT, TOSCANA MEDI CLINIC,
SEDUTAN KEKOTORAN PADA LIANG PORI






NANO FACIALS

Rawatan Nano Facials menggunakan teknologi nano ini juga dikenali dengan nama Micro-Needling. Walaupun ia menggunakan jarum, tetapi jangan risau kerana saiz jarum yang sangat halus tidak merosakkan wajah sama sekali. Rawatan ini dilakukan dengan membentuk lubang halus pada lapisan luar kulit wajah dan kemudiannya memberi laluan kepada serum untuk menyerap masuk ke dalam lapisan kulit dengan mudah dan lebih efektif. Rawatan Nano Facials ini merupakan satu sistem penghantaran nutrien pada lapisan dalam kulit untuk menjana penghasilan kolagen dan elastin.

aesthetic, klinik estetik, RAWATAN ESTETIK, rawatan wajah, SKIN TREATMENT, TOSCANA MEDI CLINIC,
SERUM DISAPUKAN DAHULU

aesthetic, klinik estetik, RAWATAN ESTETIK, rawatan wajah, SKIN TREATMENT, TOSCANA MEDI CLINIC,
PROSES MICRO-NEEDLING DILAKUKAN

aesthetic, klinik estetik, RAWATAN ESTETIK, rawatan wajah, SKIN TREATMENT, TOSCANA MEDI CLINIC,
MUKA DIREHATKAN SELEPAS RAWATAN SELESAI





Menariknya, anda akan dapat melihat perbezaan dan kesan segera selepas rawatan dimana wajah anda akan lebih berseri, anjal dan sihat. Barangkali ramai yang gerun mendengar perkataan jarum. Usah khuatir! Peralatan yang digunakan adalah dijamin selamat, tidak sakit dan tidak memudaratkan kulit wajah anda. Itulah kehebatan teknologi NANO.

aesthetic, klinik estetik, RAWATAN ESTETIK, rawatan wajah, SKIN TREATMENT, TOSCANA MEDI CLINIC,
LIHATLAH HASILNYA!

aesthetic, klinik estetik, RAWATAN ESTETIK, rawatan wajah, SKIN TREATMENT, TOSCANA MEDI CLINIC,
TERIMA KASIH TOSCANA MEDI CLINIC!





Hasil bagi kedua-dua rawatan ini cukup memuaskan saya. Wajah saya lebih berseri dan tidak kusam lagi. Malah seperti yang saya katakan, hasilnya boleh nampak dengan hanya sekali rawatan sahaja. Terima kasih Toscana Medi Clinic kerana menjadikan saya lebih yakin untuk berada di khalayak umum. Jadi apa anda tunggu lagi! Telefon atau terus ke Toscana Medi Clinic Publika untuk mencuba rawatan Porcelain Doll dan Nano Facials hari ini!


LOKASI TOSCANA MEDI CLINIC 

NO. 1 & 2, BLOK D5 - G4, 
SOLARIS DUTAMAS (PUBLIKA) 
NO. 1, JALAN DUTAMAS 1, 
50480 KUALA LUMPUR. 

WAKTU OPERASI: 
SELASA - SABTU 
(10 PAGI – 7 MALAM) 

AHAD - ISNIN 
(TEMUJANJI SAHAJA) 

TELEFON: 
03-61438866 
03-61431105 

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TOSCANAMEDICLINIC #PORCELAINDOLL #NANOFACIALS

0 comments:

Powered by Blogger.