MALAYSIA BAHARU MENJADI INSPIRASI PEREKA FESYEN KEITH KEE UNTUK KOLEKSI ADI BUSANA MUSIM LURUH/SEJUK 2018

MALAYSIA BAHARU MENJADI INSPIRASI PEREKA FESYEN KEITH KEE UNTUK KOLEKSI ADI BUSANA MUSIM LURUH/SEJUK 2018

Pereka Keith Kee tidak memerlukan sebarang pengenalan. Hasil rekaan beliau sentiasa memberi warna dan dimensi baru dalam dunia fesyen tempatan. Ketelitian dalam menghasilkan setiap busana menjadikan beliau antara pereka adi busana atau haute couture yang menjadi sebutan ramai. Setiap rekaan beliau memberi gambaran kemewahan menerusi perician, kualiti kemasan dan rekaan luar biasa. Terkini, beliau hadir dengan koleksi adi busana sempena musim luruh/sejuk 2018.

MALAYSIA BAHARU MENJADI INSPIRASI PEREKA FESYEN KEITH KEE UNTUK KOLEKSI ADI BUSANA MUSIM LURUH/SEJUK 2018





Menariknya, hasil rekaan HAUTE COUTURE AUTUMN WINTER 2018 COLLECTION ini diinspirasikan daripada pembentukan Malaysia Baharu. Cetusan idea untuk menghasilkan koleksi adi busana terbaru ini refleksi kepada 3 peristiwa besar dalam kalendar Malaysia iaitu Hari Pilihanraya yang jatuh pada 9 Mei, Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Menurut Keith Kee, tahun ini adalah momen penting kerana buat pertama kalinya negara menyambut kemerdekaan ke 61 dengan pupuk pimpinan baru dibawah kerajaan Pakatan Harapan. Tambahan beliau, ramai dikalangan pelanggan beliau yang menempah busana khusus untuk acara keramaian ingin meraikan momen indah hasil pembentukan kerajaan baru. Katanya, jelas terpancar semangat baru dalam diri setelah kerajaan baru dibentuk. Jadi inilah masa terbaik meraikan dalam suasana gemilang dan meriah. Party mode is ON!





















Menampilkan 33 buah koleksi untuk musim luruh/sejuk kali ini, Keith Kee mencipta rekaan yang bersih, jelas namun berani seperti perjalanan politik yang seharusnya diaplikasi. Keith Kee yang cukup sinonim dengan embroidey, sequins, appliques, beadwork and embelled embellishments tampil berbeza dengan koleksi kali ini dengan perincian tertumpu kepada cut, drape and fold. Ada sebilangan rekaan menumpukan kepada geometrik dan seni deko dan selebihnya kepada flowy and delicate. Walaupun koleksi kali ini kurang dekorasi sarat, namun penggunakan French lace tetap memberi aura mewah dan punya kelas tersendiri.

Hadir sama di majlis ini adalah Datin Winnie Loo, Datuk Lewrie, Amber Chia, Lavin Siow, Benjamin Toong dan Kathrina Loo.



MALAYSIA BAHARU MENJADI INSPIRASI PEREKA FESYEN KEITH KEE UNTUK KOLEKSI ADI BUSANA MUSIM LURUH/SEJUK 2018





Layari laman web rasmi https://keithkee.com atau laman Facebook rasmi Keith Kee Couture untuk maklumat lanjut.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KEITHKEE #KEITHKEECOUTURE

0 Comments