TIKET KONSERT AFGAN DEKADE LIVE IN KL 2018 BERHARGA RM1288 DAN RM288 HABIS TERJUAL!

AFGANSYAH REZA, KONSERT, KONSERT DEKADE LIVE IN KL 2018, AFGAN, MUZIK,

Setelah sekian lama beteka-teki akhirnya semuanya telah terjawab! Penyanyi terkenal dari Indonesia, Afgansyah Reza atau Afgan akhirnya mengumumkan akan mengadakan konsert khas buat peminat di Malaysia. Menariknya, konsert ini adalah bagi meraikan ulang tahun sedekad penglibatan beliau dalam industri muzik khususnya di Nusantara. 

Sejak pihak penganjur konsert ini, Nizra Production mengumumkan penjualan tiket dibuka sejak 21 September 2018, tiket berharga RM288 (Silver) dan RM1288 (Diamond VVIP) sudah habis dijual. Ini menjadi petanda bahawa peminat Afgan di Malaysia sememangnya menantikan persembahan berskala besar seperti ini.

Konsert DEKADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2018 yang bakal berlangsung di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre pada 3 November 2018 nanti merupakan hadiah istimewa Afgan buat peminat beliau yang tidak jemu-jemu menyokong kerjaya seni sehingga mampu bertahan selama 10 tahun sejak dari album pertama, Confession No.1 hingga ke album terbaru beliau, DEKADE. Pelantun lagu Terima Kasih Cinta ini menjanjikan satu pengalaman yang cukup intim bersama peminatnya sepanjang konsert ini berlangsung nanti.

Ketua Pegawai Operasi Nizra Production Sdn Bhd, Nik Iruwan Datuk Nik Izani berkata, pemilihan Afgan adalah cukup tepat kerana melihat kepada kecemerlangan Afgan sepanjang berada dalam industri muzik. Malah populariti Afgan di seluruh Nusantara tidak perlu dipertikaikan lagi. Selain itu, konsert DEKADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2018 ini turut mendapat penajaan daripada beberapa syarikat korporat seperti MAYBANK selaku penaja utama, TURKISH AIRLINES, HAMZA MOTORS dan E&O RESIDENCES KUALA LUMPUR, HOT FM, KOOL FM, REDBOX DAN TICKET CHARGE.

AFGANSYAH REZA, KONSERT, KONSERT DEKADE LIVE IN KL 2018, AFGAN, MUZIK,
KETUA PEGAWAI OPERASI NIZRA PRODUCTION SDN BHD, NIK IRUWAN DATUK NIK IZANI

AFGANSYAH REZA, KONSERT, KONSERT DEKADE LIVE IN KL 2018, AFGAN, MUZIK,
BERSAMA BARISAN PENAJA

AFGANSYAH REZA, KONSERT, KONSERT DEKADE LIVE IN KL 2018, AFGAN, MUZIK,
AFGAN IN THE HOUSE!





Selain itu, konsert DEKADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2018 juga bakal diserikan dengan penampilan khas kumpulan R&B terkemuka Malaysia, Ruffedge. Malah dikhabarkan mereka akan melakukan kejutan bersama-sama Afgan di konsert itu nanti. Pemilihan Ruffedge sebagai artis jemputan konsert ini adalah tepat memandangkan kedua-duanya memperjuangkan genre muzik yang sama. Ditambah pula dengan aura Ruffedge yang masih berbisa hingga kini walaupun telah lama menapak dalam industri seni tanahair. Buktinya tiket konsert khas mereka di KL Live baru-baru ini habis terjual dan mendapat maklum balas positif daripada peminat yang menyaksikan konsert tersebut.

AFGANSYAH REZA, KONSERT, KONSERT DEKADE LIVE IN KL 2018, AFGAN, MUZIK,
KOLABORASI PERTAMA KALI DI ANTARA AFGAN DAN KUMPULAN RUFFEDGE

AFGANSYAH REZA, KONSERT, KONSERT DEKADE LIVE IN KL 2018, AFGAN, MUZIK,
ALL THE BEST RUFFEDGE!






Sebagai info, Afgan telah memenangi lebih 50 buah anugerah termasuk Album Terbaik dan Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik. Beliau turut menjadi rebutan ramai penyanyi hebat untuk tujuan kolaborasi seperti Dato’ Sheila Majid, Dato’ Rossa, Raisa, SonaOne dan terkini Isyana Sarasvati dan Rendy Pandugo.

Tiket konsert berharga RM588 (Gold) dan RM888 (Platinum) masih boleh didapati menerusi laman sesawang TicketCharge di https://premier.ticketcharge.com.my dan Hotline 03-92228811. Berita baik buat pemegang kad Debit dan Kredit Maybank, anda layak menerima potongan harga sebanyak 10% menerusi pembelian atas talian untuk semua kategori tiket.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AFGANLIVEINKL #AFGANKONSERTDEKADE2018

0 Comments