KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP) BERSAMA PETRON DAN RESORTS WORLD GENTING ANJUR KEMPEN KESELAMATAN DI PETROL KIOSK


Sudah menjadi kebiasaan apabila para penunggang motor singgah ke stesen minyak untuk mengisi tangki kenderaan masing-masing dan selesai mengisinya, mereka terus meluncur laju ke destinasi masing-masing dan rutin ini akan berulang saban waktu. Namun apa yang para pemandu di luar sana tidak sedar bahawa terdapat peraturan keselamatan yang harus dipatuhi ketika berada di stesen minyak. Percikan api, penggunaan telefon bimbit, ataupun sepuntung rokok yang hidup baranya boleh mengakibatkan kebakaran. Atas kesedaran sosial dalam menyampaikan mesej ini, pihak Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Sekuriti Negeri Pahang, Resorts World Genting dan juga peruncit minyak Petron bekerjasama untuk menjalankan Kempen Kesedaran Keselamatan Stesen Petroleum baru-baru ini.

Kempen yang diadakan di stesen Petron Genting Highlands, Pahang baru baru ini telah dihadiri oleh Dato Mark bin Ujin (Pengerusi Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna untuk Pahang), Afizan Azleen Abd Rahim (KPDNHEP Bahagian Ketua Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna untuk Pahang), Abdul Mbin Ahmad (KPDNHEP Ketua Cawangan Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna untuk Pahang), Khor Hai Peng (Naib Presiden Sekuriti untuk Resorts World Genting), Katherine Chew (Naib Presiden Komunikasi & Perhubungan Awam untuk Resorts World Genting), Sa’ado Sharif (Hubungan Kerajaan untuk Petron), Azizon binti Abdul Aziz (Wakil Pengurus Kawasan Petron) dan lebih dari 100 hadirin awam. Dato Mark bin Ujin dengan pertolongan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Genting Highlands merasmikan acara tersebut dengan menyalakan sebuah obor.






Ahli-ahli JBPM kemudiannya memberi taklimat kesedaran keselamatan petroleum serta menjalankan demonstrasi etika dan prosedur yang betul. Ini merupakan bahagian yang paling penting sekali, lebih-lebih lagi jika ada sebuah situasi api yang amat membahayakan. Mereka menjelaskan bahawa pihak awam tidak perlu takut untuk memadamkan api pada akarnya. Sebagai contoh, jika ada sesebuah kebakaran tercetus di silinder gas, ia boleh dihentikan hanya dengan meletakkan jari di mulut outlet gas tersebut dengan penuh berhati-hati untuk serta menghentikan aliran gas. Ahli-ahli JBPM juga menjalankan sebuah demonstrasi menggunakan lori bomba mereka, membuktikan kereta tidak akan meletup jika terbakar. Dua orang lelaki terlibat dalam lakonan kemalangan tersebut, mereka sedang mengisi minyak sambil merokok dan bercakap menggunakan telefon bimbit di sebuah stesen petrol pam dan kereta tersebut langsung terus terbakar dan dua orang lelaki tersebut terjatuh dan pengsan di atas lantai. Pasukan tersebut memberi respon dengan pantas di tempat kejadian untuk memadamkan api dan juga memberi bantuan dari segi perubatan untuk dua orang lelaki tersebut.





Kewaspadaan amat penting bagi memastikan keselamatan masing-masing terjaga. Produk-produk petroleum kesemuanya mudah terbakar, dan sebuah stesen petrol pam sudah pastinya akan menyimpan stok petroleum dalam amaun yang banyak di tangki bawah tanah, ditambah lagi dengan wap gas yang terjadi disebabkan evaporasi yang lebih mudah terbakar dari yang bentuk cecair terdapat juga benda lain yang amat mudah terbakar seperti minyak pelincir dan cecair gas petroleum (LPG). Kesemua stesen petrol pam di Malaysia diwajibkan oleh undang-undang untuk mempamirkan peraturan dan regulasi keselamatan di stesen, namun kedegilan ataupun sifat jahil pengguna tetap mewujudkan risiko terjadinya kemalangan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat turut menekankan kepentingan servis kenderaan secara berjadual, langkah-langkah keselamatan di atas jalan raya, dan juga peranan operator harta seperti Resorts World Genting dalam menjaga keadaan jalan raya. Acara ini amat penting untuk mengajar dan memaklumkan para pengunjung apabila sudah di kemuncak pada 6000 kaki, terdapat bilangan kenderaan yang amat banyak seperti bas, kereta, motorsikal dan kenderaan-kenderaan lain yang memberi kesan terhadap jalan raya. Sebagai info, pada tahun 2017 sahaja Resorts World Genting mencatatkan 24 juta pengunjung.

Menekankan kepenting acara tersebut, Dato Mark bin Ujin berkata “Acara ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna. Kesedaran dalam kalangan umum perlu ditingkatkan lebih lagi, ini adalah kerana sesetengah rakyat Malaysia cuai dan sering membiarkan enjin kereta hidup ketika mengepam petrol. Semasa demonstrasi tersebut hari ini, kita dapat saksikan apa yang berlaku jika kita tidak berhati-hati di persekitaran yang penuh dengan produk petroleum.”

Khor Hai Peng, Naib Presiden Sekuriti untuk Resorts World Genting menambah, “Selain dari memastikan para pengunjung kami dapat menikmati Resorts World Genting dengan sepenuhnya, ia merupakan komitmen kami juga untuk memastikan keselamatan para pengunjung dan juga pekerja kami terjamin. Melalui acara ini, saya berharap kesedaran betapa pentingnya keselamatan petroleum ini akan tersebar dalam kalangan pekerja dan pelanggan kami terutamanya ketika mengepam petrol. Saya harap mereka akan belajar hari ini bahawa setiap orang memainkan peranan. Keselamatan dalam kebakaran merupakan salah satu risiko yang tertinggi di sini dan kami amat bertuah untuk mempunyai pasukan Bomba dan Penyelamat yang teguh dengan 200 ahli boleh memberi respon jika terdapat apa-apa krisis. Kami berharap dengan bekerjasama dengan Petron, rakyat umum, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia akan lebih berwaspada tentang isu ini.

Pada majlis sama telah diadakan sesi kuiz bertajuk ‘Pengguna Bijak’ telah diadakan diiringi dengan hadiah cenderamata ditaja oleh Petron dan KPDNHEP. Kempen ini diharap dapat memberi kesedaran kepada para pengguna kenderaan yang mengisi minyak di stesen supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan agar tidak berlaku sebarang kecelakaan.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RESORTSWORLDGENTING

0 Comments