MEE SOTO KEDAH, KELANTAN BEEF NOODLE ANTARA MENU SEDAP DI KAFE ANSON KOPI & PATISSERIE KUALA LUMPUR

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

Hey Foodie! Satu lagi kafe menarik di Lembah Klang yang wajib anda cuba iaitu Kafe Anson Kopi Patisserie. Apa yang menarik sangat sehinggakan saya berani mati mengsyorkan anda berkunjung ke kafe ini? Teruskan membaca bingkisan ini. Semua sedia maklum bahawa di Lembah Klang ini, bisnes kedai makanan bersepah disana sini. Namakan sahaja jenis menu yang tekak anda mahu, semuanya tersedia buat anda. 

Namun persoalan utama bila makan di restoran dan kafe adalah berbaloi kah untuk makan disitu? Berbaloi merujuk kepada samada ianya enak dan menepati piawaian rasa dan harga yang ditawarkan sesuai dengan kualiti servis/harga. Jika anda mencari jawapan kepada persoalan diatas, Kafe Anson Kopi & Patisserie ada jawapannya.

Kafe Anson Kopi & Patisserie ini terletak di bangunan kediaman Petalz Residences Jalan Klang Lama. Kafe ini mengetengahkan menu pelbagai dimana anda boleh menikmati samada makanan lokal mahupun antarabangsa. Saya sempat berkunjung ke kafe Anson Kopi & Patisserie baru-baru ini untuk mencuba sendiri samada enak atau pun sebaliknya.

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

Memandangkan lokasi kafe ini tidak jauh dengan rumah saya, jadi tidak menjadi masalah buat saya untuk mencari kedudukan kafe Anson ini. Namun jika anda tidak mahir dengan kawasan Jalan Klang Lama, sila rujuk aplikasi navigasi untuk mengesan lokasi tepat Kafe Anson ini. Saya percaya mungkin akan ada yang ragu-ragu untuk parkir kenderaan anda memandangkan kafe ini berkongsi tempat dengan kediaman Petalz Residences. Jangan risau! Ikut sahaja papan tanda parkir dan maklumkan pada pengawal keselamatan bertugas anda mahu makan di kafe ini.

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,





Saat membuka pintu kafe ini, saya terpesona dengan susun atur dan hiasan dalam kafe ini. Terdapat hiasan berupa dua pokok yang memberi suasana ‘hijau’ kepada kafe ini. Pada pengamatan saya, hiasan yang cukup simple namun tetap memberi aura dan kelas tersendiri. Saya dimaklumkan bahawa hiasan dalaman kafe Anson ini pernah menerima pengiktirafan sebagai hiasan kafe terbaik.

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,





Kunjungan saya ke kafe Anson ini bukanlah seorang diri namun bersama sekumpulan teman rapat. Jadi dapatlah saya mencuba variasi menu yang ditawarkan di kafe ini. Antara menu yang kami pesan adalah BRAISED DARK SOY CHICKEN RICE, NASI LEMAK SOTONG, BAKED CHICKEN (TOMYAM CHICKEN dan SARAWAK BAKED CHICKEN), KEDAH MEE SOTO, ANSON SIGNATURE FRIED RICE, TOMYAM MEE RAJA, KELANTAN BEEF NOODLE, CURRY LAKSA, HOT POT YEE MEE. Manakala bagi pencuci mulut, kami memilih untuk mencuba Ais Kacang dan Cendol. 

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,
CENDOL

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,
AIS KACANG



BRAISED DARK SOY CHICKEN RICE 

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

Boleh saya katakan menu ini sedap dan menepati piawaian Nasi Ayam. Ayamnya yang dimasak bersama kicap soya pekat pula lembut dan juicy. Pelengkap Nasi Ayam ini adalah telur rebus herba, tauhu, sayuran dan kuah sup.


NASI LEMAK SOTONG 

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

Nasi cukup lemak santan, Sambal Sotong cukup rasa dan pedas serta hidangan ini lengkap dengan timun, ikan bilis, kekacang goreng dan telur rebus. Barulah menu rakyat Malaysia!


TOMYAM BAKED CHICKEN 

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

Menu ini agak unik pada saya. Ayam goreng dengan salutan paste tomyam dihidang bersama salad, telur separuh masak serta mayonis sebagai pelengkap. Nice taste!


SARAWAK BAKED CHICKEN 

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

Sama seperti Tomyam Baked Chicken, cuma ia disaluti dengan paste yang diberbuat daripada lada hitam dari Sarawak.


KEDAH MEE SOTO 

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

Ini antara my personal favourite! Kuah supnya cukup rempah ratus dimakan bersama bihun dan nasi impit yang lembut memang terangkat! Wajib makan bersama cili hitam, barulah lengkap rasa mee soto.


ANSON SIGNATURE FRIED RICE 

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

Must try! Nasi goreng istimewa ini dihidang bersama dengan ketul ayam, papadam, telur mata kerbay dan sayuran.


TOMYAM MEE RAJA 

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

Ini kali pertama saya ketemu menu ini. Dimasak sempurna dengan perencah tomyam.


KELANTAN BEEF NOODLE 

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

Satu lagi kegemaran peribadi saya adalah menu ini. Sedapnya sehingga saya menghidup kuah nya hingga ke titis terakhir. Kuah supnya cukup rempah dan ada sedikit rasa manis.


CURRY LAKSA

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

Tengok gambar sahaj kita boleh tahu keenakkannya. Curry Laksa ini cukup lemak santan dan rasa karinya. Mereka menggunakan santan asli yang diperah untuk mengekalkan rasa asli kari laksa ini.


HOT POT YEE MEE 

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

Siapa yang tidak suka Yee Mee. Biasa dimasak secara sizzling, namun cara masak berkuah sup sebegini tetap terangkat.


FISH BALL CURRY

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

Seperti juga kari laksa, kuah kari menu ini cukup enak! Cukup rasa dan lemak santannya.


Minuman disini juga tidak kurang hebatnya. Terdapat pelbagai minuman baik sejuk mahupun yang panas mengikut selera masing-masing. Cadangan saya, anda haruslah mencuba minuman yang sukar ditemui di tempat lain seperti Hazelnut Soya, Coconut Coffee, Coconut Soya, Soya Coffee, Hazelnut Coffee dan Wild Oat Milk. Lain macam rasanya namun sedap. Pandai pihak kafe bereksperimen kerana ianya menjadi!

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,






Secara keseluruhannya, kesemua menu yang saya cuba menepati piawaian dari segi kualiti rasa dan servis. Sememangnya setiap menu khususnya menu lokal benar-benar memberi kualiti rasa asli. Kegemaran saya sudah pasti nya menu Mee Soto Kedah dan Kelantan Beef Noodle kerana rasa supnya seperti masakan ibu saya sendiri. Cukup rempah ratus dan cukup rasa. Tidak semua kafe moden dapat menyajikan rasa asli masakan tempatan tetapi kafe Anson ini berjaya mengubah persepsi ini. Tahniah dan good job guys! Jadi, anda semua WAJIB datang ke kafe Anson Kopi & Patisserie ini untuk merasai sendiri kelazatan dan keenakkan menu disini. Yang penting, saya tidak propa ya! 

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KL, KAFE SEDAP DI KL, ANSON KOPI & PATISSERIE,

LOKASI KAFE ANSON KOPI & PATISSERIE 

G-07, PETAL RESIDENCES, 
RESIDENCY RIMBUNAN, 
NO.2, JALAN 1/132A, 
OFF JALAN KLANG LAMA, 
58000 KUALA LUMPUR.


WAKTU OPERASI: 
10 PAGI – 11.30 MALAM 
(ISNIN – AHAD)


TELEFON: 012-2999766 

-

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ANSONKOPIPATISSERIE

0 Comments