IKAN BAKAR SEMPORNA KINI DI METRO PRIMA KEPONG

IKAN BAKAR SEMPORNA, TEMPAT MAKAN SEDAP KL, GERAI IKAN BAKAR SEDAP KL,

Salah satu lokasi menarik untuk anda makan hidupan laut segar dan murah jika berkunjung ke negeri Sabah adalah di Semporna. Sebagai info, Semporna merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di pantai timur negeri Sabah. Ia menghadap Laut Sulawesi dan terkenal dengan beberapa pulau cantik antaranya Sipadan dan Mabul. Sewaktu kunjungan saya di Sabah, kebanyakan warga tempatan yang saya temui menyarankan saya untuk melawat Semporna kerana kata mereka Semporna cukup cantik dan makanan laut disana murah dan segar.

Kini, saya boleh rasai keenakkan dan kesegaran makanan laut dari Semporna tanpa perlu terbang ke sana. Ini kerana Gerai Ikan Bakar Semporna sudah dibuka di Metro Prima Kepong. Istimewanya, gerai ini menghidangkan seleksi makanan asli dari Semporna dan bahan-bahan yang digunakan adalah diimport terus dari sana. Gerai Ikan Bakar Semporna ini yang terletak di Pusat Niaga Metro Prima Kepong turut menyajikan menu seperti Latok, Gulai Pari (Sagol) dan beberapa jenis kerabu khas masakan ala Sabah.

IKAN BAKAR SEMPORNA, TEMPAT MAKAN SEDAP KL, GERAI IKAN BAKAR SEDAP KL,

Menurut pengusaha Gerai Ikan Bakar Semporna, Puan Fatimah Kadir atau mesra dengan panggilan Kak Fify, ikan yang dijual disini diambil dari Sabah dua kali sehari menerusi kargo udara. Manakala Latok pula diambil 2 kali seminggu terus dari Semporna. Beliau yang juga merupakan anak jati Semporna cuba membawakan selera masakan dari Semporna sejak 3 tahun lalu kerana akui bahawa agak sukar untuk mendapatkannya di semenanjung khususnya di Lembah Klang.

IKAN BAKAR SEMPORNA, TEMPAT MAKAN SEDAP KL, GERAI IKAN BAKAR SEDAP KL,
PEMILIK GERAI, PUAN FIFY

Sewaktu kunjungan saya ke Gerai Ikan Bakar Semporna ini, saya cukup terperanjat melihat bilangan pelanggan yang datang menjamu selera. Penuh sesak dan pelanggan yang datang bersilih ganti. Saya kira percaturan Puan Fify untuk membuka gerai ikan bakar ini ternyata berbaloi kerana ramai warga kota yang meminati masakan selera Semporna.

IKAN BALAWIS

Ikan Balawis adalah antara menu kegemaran saya disini kerana isi ikan Balawis ini cukup lemak dan manis.

IKAN BAKAR SEMPORNA, TEMPAT MAKAN SEDAP KL, GERAI IKAN BAKAR SEDAP KL,
IKAN BALAWIS KANAN SEKALI

IKAN UJI RASHID (IKAN MATA BESAR)

Ikan Mata Besar atau mendapat gelaran Uji rashid dek kerana matanya yang besar. Isi ikan ini agak padat.

IKAN BAKAR SEMPORNA, TEMPAT MAKAN SEDAP KL, GERAI IKAN BAKAR SEDAP KL,

IKAN AYAM

Ikan ini mempunyai tekstur kulit yang tebal. Saya sukakan rasa isi ikan ini seakan rasa isi ayam. Namanya diberi barangkali kerana rasanya.

IKAN BAKAR SEMPORNA, TEMPAT MAKAN SEDAP KL, GERAI IKAN BAKAR SEDAP KL,

KEPAK AYAM PANGGANG

One of my favourite! Kepak ayam dimasak dengan perapan khas juga dipanggang menggunakan dapur arang.

IKAN BAKAR SEMPORNA, TEMPAT MAKAN SEDAP KL, GERAI IKAN BAKAR SEDAP KL,

LATOK (ANGGUR LAUT)

Latok adalah sejenis rumpai laut yang menjadi makanan tradisional bagi suku kaum Bajau. Ini pertama kali yang mencuba Latok dan secara perribadi saya sukakan rasanya yang sedikit masin dan rangup bila dimakan. Saat anda kunyah seperti ada letupan kecil di dalam mulut. Lagi enak dimakan bersama sambal cicah.

IKAN BAKAR SEMPORNA, TEMPAT MAKAN SEDAP KL, GERAI IKAN BAKAR SEDAP KL,

AGAR-AGAR (KERABU KOLAGEN)

Kerabu ini diperbuat daripada bahan- bahan seperti hirisan mangga dan rumpat laut yang cukup popular di Sabah. Pertama kali makan, saya terus jatuh cinta!

IKAN BAKAR SEMPORNA, TEMPAT MAKAN SEDAP KL, GERAI IKAN BAKAR SEDAP KL,

KERABU IKAN (HINAVA)

Satu lagi my personal favourite! Kerabu yang dicampurkan dengan isi ikan segar. Saya meratah kerabu ini sehingga dua piring penuh!

IKAN BAKAR SEMPORNA, TEMPAT MAKAN SEDAP KL, GERAI IKAN BAKAR SEDAP KL,

SOTONG MASAK HITAM

Sotong yang dimasak berkuah dan menggunakan dakwat hitam pada kepala sotong untuk memberi warna dan rasa kepada menu ini.

IKAN BAKAR SEMPORNA, TEMPAT MAKAN SEDAP KL, GERAI IKAN BAKAR SEDAP KL,

GULAI PARI (SAGOL)

Juga dikenali dengan nama Sagol, gulai ini dimasak tanpa menggunakan santan. Sedap!

IKAN BAKAR SEMPORNA, TEMPAT MAKAN SEDAP KL, GERAI IKAN BAKAR SEDAP KL,

Jika anda sukakan makanan laut dan citarasa masakan Sabah khusus dari Semporna, anda harus datang dan mencuba sendiri di Gerai Ikan Bakar Semporna Metro Prima Kepong. Ikan yang dijual serta hidupan laut lain cukup segar. Malah menu lain seperti kerabu tidak mengecewakan saya. Kalau saya sendiri makan bertambah nasi maksudnya memang sedap masakan disini. Jom makan di Gerai Ikan Bakar Semporna, Original Semporna Bossku!

LOKASI GERAI IKAN BAKAR SEMPORNA 
METRO PRIMA KEPONG 

JALAN METRO 1, 
METRO PRIMA, 
52100 KUALA LUMPUR 
(PUSAT PENJAJA METRO PRIMA KEPONG)

-  

WAKTU OPERASI: 

4 PETANG -12 TENGAH MALAM 
SETIAP HARI 

(TUTUP HARI KHAMIS MINGGU KE-2 DAN KE-3) 

-

TELEFON: 011-26175977 

-

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #IKANBAKARSEMPORNA

0 Comments