PROJEK DATUM JELATEK OLEH DATUMCORP INTERNATIONAL KINI SUDAH 70% TERJUAL






Jika ada tinggal berhampiran dengan LRT Jelatek, sudah pasti anda mengenali projek yang sedang rancak dibangunkan ini. Datum Jelatek, sebuah projek pembangunan yang merangkumi residensi dan pusat komersial seluas 5.65 ekar ini bakal menjadi mercu tanda buat warga Ampang kelak. Projek yang dibangunkan oleh syarikat DatumCorp International, sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ini dikhabarkan sudah 65% siap dan 70% unit kediaman sudah dijual. Ini adalah satu rekod yang memberangsangkan memandangkan negara masih bergelut dengan isu lambakan projek perumahan tak terjual.









Projek yang menelan kos RM1.2 bilion ini apabila siap kelak bakal menawarkan 4 blok kediaman dengan nama Daneeya, Ayaana, Basheera, Careema merangkumi 712 unit residensi seluas 5.65 ekar bersama 319,000 kaki persegi (NLA) 4 tingkat pusat komersial . Menariknya, setiap blok ini akan dihubungkan dengan jejantas unik berbentuk cincin sepanjang 8.9 meter di aras 27, pertama seumpamanya di Malaysia. Pilihan kediaman disediakan di Datum Jelatek merangkumi 3 jenis unit sut studio lengkap dengan anggaran keluasan antara 557 kaki persegi hingga 1657 kaki persegi.















 
Datum Jelatek juga menawarkan kemudahan seperti pusat komersial, kawasan riadah seperti rock-climbing, synchronized fountain, mini putting green, perpustakaan, gimnasium dan banyak lagi. Kebanyakkan fasiliti akan disediakan aras 11 dan 27. Setiap unit kediaman juga disediakan ruang parkir serta ciri-ciri keselamatan yang sentiasa dikawal rapi. Sebagai info, Datum Jelatek telah menerima pelbagai anugerah antaranya Green Building Index (GBI) dan Asia Pasific Property Awards.













Pada pengamatan saya, lokasi Datum Jelatek ini cukup strategik memandangkan ianya berada berhampiran dengan KLCC, Pusat Perubatan Gleneadles dan Prince Court, pusat membeli belah dan juga dua buah sekolah antarabangsa. Lokasinya mudah diakses melalui Jalan Ampang, AKLEH, MRR2 dan Jalan Tun Razak.


Saya sempat menghadiri majlis menandatangi rakan perniagaan Datum Jelatek baru-baru ini dimana pada majlis ini menyaksikan pemeteraian perjanjian Jual Beli (SPA) diantara Pengarah MyAngkasa Az Zahra Sdn Bhd, En. Muhamad Shaharul Haji Mohamad Shariff dengan Pengerusi DatumCorp International, Hajah Norita Mohd Sidek, bagi pembelian 379 unit kediaman di Menara B dan C dibawah skim Rent to Own (RTO). Skim ini merupakan satu inisiatif yang mensasarkan kepada para penjawat awam yang berminat untuk memiliki kediaman sendiri. Bagi anda yang masih keliru, skim Rent to Own (RTO) ini berkonsepkan sewa milik dimana selepas menyewa selama 5 hingga 10 tahun, skim ini akan menawarkan kepada penyewa membeli kediaman tersebut pada harga yang ditetapkan kelak. Majlis turut dihadiri dan disaksikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Amirudin Shari, yang turut ditemani oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS baru yang dilantik, YBhg. Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain, dan Ketua Pegawai Eksekutif DatumCorp, En. Shytul Shahryn Mohamad Shaari.







Jika anda masih mencari-cari kediaman untuk dibeli, anda bolehlah menyintai peluang di Datum Jelatek ini. Anda boleh melayari laman sesawang rasmi Datuk Jelatek atau ikuti laman media sosial mereka bagi mendapatkan info mutakhir.


LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DATUMJELATEK #HARTANAH

0 Comments