BORNEO FASHION WEEK 2019 KEMBALI LAGI UNTUK TAHUN KE-3!






Borneo Fashion Week, acara fesyen berprestij dan terbesar di Sabah dan Sarawak kembali lagi untuk edisi tahun 2019. Juga dikenali dengan nama singkatan BFW 2019, acara ini bakal menghimpunkan ramai orang penting dalam industri fesyen termasuk kumpulan media dan pembeli fesyen. Borneo Fesyen Week yang merupakan cetusan idea Stephanie Alcantara ini diwujudkan bagi mempromosikan Sabah dan Sarawak sebagai hub fesyen terulung khususnya di rantau Asia Tenggara.

PENGASAS BFW, STEPHANIE ALCANTARA





Mengambil inspirasi Bold and Beautiful Heritage of Borneo, BFW 2019 yang sudah memasuki tahun ke-3 penganjurannya akan diadakan pada 4 hingga 6 Oktober 2019 bertempat di Oceanus Waterfront Kota Kinabalu. Pada tahun ini, BFW 2019 mengangkat tema Bringing Borneo to the World akan mengetengahkan koleksi fesyen daripada 19 pereka fesyen akan mempertaruhkan koleksi masing-masing pada acara yang akan berlangsung selama 3 hari. 











Senarai pereka fesyen terlibat dalam BFW 2019 adalah:
  1. Asen
  2. Acqua Bonita 
  3. Bidwin Molundim 
  4. Classique by Maya 
  5. De MI'Ya Pua 
  6. Indu Borneo 
  7. JK 
  8. Jonathan Yun Scuptural Jewelry 
  9. Number KMT Japan 
  10. Keith Sim 
  11. Latips Collections 
  12. Manoy Green Label 
  13. Nasha Prive 
  14. Roovaa Lijuan
  15. Rozie Khan Couture 
  16. Sabah Inst of Arts 
  17. Uvanes 
  18. Sharini Art 
  19. Ada Beads 

Pada malam kemuncak BFW 2019 nanti, sebanyak 6 anugerah akan diberikan iaitu BFW Emerging Borneo Designer of the Year 2019, BFW Designer of the Year 2019, BFW Designer in the Spotlight 2019, BFW Most Promising Designer 2019, BFW Model of the Year untuk kategori lelaki dan wanita. 









BFW 2019 turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan penajaan daripada beberapa syarikat besar antaranya Etihad Airways, Thalgo, K2 Life Water, Oceanus Waterfront dan The Daily Pod. Selain itu, BFW 2019 turut diserikan dengan penglibatan rakan jenama seperti BMW, JC Beauty, Kiehls, HRC Saloon @ Imago Kota Kinabalu (dandanan) dan Heineken (minuman) dan Karuna Web (teknologi). 

PEMILIK JENAMA ROOVAA LIJUAN (KIRI) BERSAMA SALAH SATU KOLEKSI BELIAU





Bagi sesiapa yang membeli tiket menyaksikan persembahan fesyen BFW 2019, anda berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke Paris dan Milan yang ditaja oleh syarikat penerbangan Etihad Airways. 

JADUAL DAN HARGA TIKET BFW 2019

BFW 2019 adalah platform ideal bagi penggiat fesyen khususnya memperkasakan industri ini dan membawa fesyen ke mata dunia. Harapan penganjur adalah BFW 2019 menjadi acara fesyen antarabangsa terkemuka dan seterusnya membawa nama Borneo sebagai pusat fesyen dunia. Layari www.borneofashionweek.com.my untuk pembelian tiket dan bagi mendapatkan informasi lanjut.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BFW2019 #BRINGINGBORNEOTOTHEWORLD

0 Comments