KURASI MALAYSIA TAWAR FESYEN GAYA JEPUN, BUKA CAWANGAN MALAYSIA PERTAMA DI QUILL CITY MALL!






Sebut KURASi pasti ramai yang terpinga-pinga. Apa maksud KURASi? Kurasi adalah perkataan Jepun yang membawa maksud gaya hidup. Dalam erti kata lain, konsep yang cuba diterapkan oleh KURASi adalah untuk memberi pelanggan satu pengalaman menarik dalam gaya hidup dengan menawarkan produk yang menepati piawaian Jepun. Memang tidak dinafikan bahawa produk yang berkaitan dengan negara Jepun ini memang berkualiti. Saya sendiri memang suka dan yakin bila memberi produk piawaian negara matahari terbit ini.







Pada 21 September 2019, KURASi Malaysia iaitu Malaysia No. 1 Japan Fashion Live Mall baru sahaja membuka cawangan pertama di Malaysia iaitu di Quill City Mall Kuala Lumpur. Sebagai info, KURASi Malaysia dikendali oleh syarikat dibawah ONISI GROUP iaitu salah sebuah syarikat pemborong pakaian yang berkonsepkan Cash & Carry terbesar di Jepun dengan mempunyai lebih 25 ribu pelanggan dari dalam dan luar negara.

Saya berkesempatan untuk meninjau premis pertama KURASi Malaysia baru-baru ini. Premis Kurasi Malaysia agak besar dan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu KURASi Select, KURASi Oulet dan juga KURASi Gallery. Setiap bahagian dalam premis KURASi Malaysia menawarkan produk piawaian Jepun yang berbeza-beza. 







KURASI SELECT
KURASi Select menghimpunkan seleksi pakaian dengan stail terkini, lebih premium dan dimport terus dari Jepun. Banyak seleksi pilihan fesyen terkini daripada baju, beg, kasut dan aksesori fesyen yang pastinya dibuat dibawah piawaian kualiti Jepun.













KURASI OUTLET
KURASi Outlet pula menawarkan seleksi pakaian dan beberapa kelengkapan rumah dengan harga yang mampu milik tetapi kualiti masih menepati piawaian Jepun. Anda bukan sahaja boleh membeli produk fesyen di KURASi Outlet, malah anda boleh mendapatkan produk lain seperti tuala, beg, kasut dan lain-lain. 











KURASI GALLERY
Sudut KURASi Gallery yang terletak di hadapan kaunter pembayaran menawarkan produk yang memaparkan budaya Jepun seperti produk cendaramata dan juga produk bermusim.




Saya sempat mencuba beberapa persalinan daripada KURASi Malaysia. 

OOTD 1

OOTD 2

OOTD 3

OOTD 4

OOTD 5

Jadi memang berbaloi membeli di KURASi Malaysia. Anda tidak perlu terbang ke negara Jepun untuk membeli produk dengan kualiti terbaik kerana KURASi memang tawar produk sama seperti disana tapi pada harga yang lebih mampu milik. Sebagai tambahan, KURASi Malaysia boleh saya katakan premis mesra keluarga kerana mereka turut menyediakan ruangan untuk kanak-kanak bermain supaya para ibu bapa boleh menikmati pengalaman membeli-belah dengan lebih tenang.






Bersempena dengan pembukaan KURASi cawangan pertama Malaysia, pelbagai tawaran menarik menanti pengunjung. Antaranya:

21 – 30 Sept 2019
  • Diskaun 10% untuk semua produk (TIDAK TERMASUK SUPER VALUE BUY).
  • Edisi terhad kipas kertas KURASi (1500 pelanggan terawal) dengan hanya Like & Share FB KURASi MALAYSIA. 
  • Kipas tangan elektrik (kuasa bateri) untuk 300 pembeli terawal yang membeli RM 100 ke atas dalam satu resit. 


Pihak KURASi Malaysia turut menawarkan baucar tunai sehingga RM 50 ribu sempena pembukaan rasmi. Anda juga boleh memohon untuk menjadi ahli KURASi Malaysia untuk menikmati pelbagai ganjaran menarik. Secara peribadi, saya berpuas hati dengan produk yang dijual di KURASi Malaysia kerana kualitinya bagus, stail fesyen terkini dan harga yang ditawarkan mampu milik. Jadi jika anda ada kelapangan waktu, jangan lupa singgah di KURASi Malaysia yang terletak di aras 1 Quill City Mall Kuala Lumpur.


LOKASI KURASI MALAYSIA 
LOT 1-30A, ARAS 1, QUILL CITY MALL, 
1018, JALAN SULTAN ISMAIL, 
50250 KUALA LUMPUR. 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #JAPANFASHIONFRENZY #SAYANGIKURASI #MALAYSIAFASHIONLIVEMALL #STYLEJAPAN


0 Comments