KARA RESTAURANT & DESSERTS SUNWAY GIZA TAWAR SAJIAN DARI PERANCIS






Sudan muak dengan sajian menu tempatan? Mahu mencuba selalu yang berbeza dari kebiasaan? Terus membaca bingkisan ini. Kalau sebut pasal kedai makan sedap di Kuala Lumpur atau Selangor memang tak mampu nak disenaraikan atas kertas. Kebanjiran kafe dan restoran dengan variasi gaya masakan menjadikan diri ini kadangkala buntu untuk makan. Kalau tidak masakan lokal, makanan barat menjadi pilihan atau pun makanan Jepun atau Korea. Saya perlukan nikmat rasa masakan berbeza dari ini. Makanan Perancis? Sesuatu yang rare kerana jarang menjadikan masakan Perancis dalam senarai foodie place saya.

Maka, setelah melakukan carian di laman maya, akhirnya saya ketemu KARA Restaurant & Desserts yang terletak di Sunway Giza. Sebelum tiba, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap premis ini kerana kunjungan pertama kali tidak boleh menjadi ukuran kepada kualiti rasa menu. Jika di amati daripada maklum balas pelanggan terdahulu di laman Facebook rasmi restoran ini rata-rata memberi komen positif. Tidak mengapa, cuba sendiri baru puas hati kerana setiap dari kita selera berbeza-beza bukan!








Setibanya saya di ruang premis Kara Restaurant & Desserts yang berada di aras satu, hati mula teruja! Konsep hiasan dalaman cukup minimalis namun ambiance disini seperti berada di restoran di Eropah. Mereka tidak memerlukan set perabot mewah unutk mencipta ambiance Eropah itu. Kertas dinding berlatar belakang menara Eiffel bersama alunan muzik jazz bergema disetiap ruang premis, cukup menenangkan jiwa! Lantas terus duduk dan menanti buku menu untuk membuat pesanan. Oh ya! Mereka turut membuat sebuah bar kecil untuk anda menikmati minuman sambil berbual santai.











Pasti ramai yang tertanya-tanya disebalik makna Kara. Saya diberitahu bahawa perkataan Kara itu diambil daripada bahasa Itali iaitu ‘cara’ yang memberi maksud yang tersayang atau yang dicintai. Ia merujuk kepada anda selaku pelanggan Kara sendiri yang dihargai dengan harapan setiap kali menjamu selera disini, sentiasa berbunga rasa cinta. Cukup penjelasan tentang disebalik nama KARA.







Saya tidak keseorang ke Kara Restaurant & Desserts sebalikya ditemani oleh beberapa teman akrab. Jadi ini adalah masa sesuai untuk mencuba pelbagai jenis menu disini. Kami memesan beberapa menu berbeza. Memandangkan etika menikmati masakan barat bermula dengan menu pembuka selera dan diakhiri dengan pencuci mulut, jadi kami ikuti saya proses ini supaya feel makan seperti berada di Paris terasa. Jika anda mahu meneruskan dengan sajian utama, tidak mengapa! Cuma beri tempoh masa untuk makanan sampai ke meja anda kerana penyediaan masakan barat memerlukan ketelitian. Sebagai info, Kara Restaurant & Desserts Sunway Giza berstatus pork-free.

Antara menu yang kami pesan adalah Prawn Bisque, Chicken House Salad, Aglio Olio, Pasta Carbonara, Platter Godfather, Crack Brulee, Caramelized Banana Tartar (with Vanilla Icecream).



PRAWN BISQUE


Menu pembuka selera ini adalah menu signature di Kara. Sejenis sup berkrim yang diperbuat menggunakan udang harimau direbus selama 8 jam untuk menghasilkan kuah sup yang pekat dan enak!


FRENCH ONION SOUP



Tidak lengkap kalau makan di restoran masakan Perancis kalau tidak makan menu ini bukan! Di makan bersama keju baguette keju Mozzarella. Saya sukakan tekstur kuah sup nya yang tidak cair dan tidak pekat. Rasanya just nice!


CHICKEN HOUSE SALAD



Salad ala Perancis dengan bahan ramuan seperti pan-fried chicken, salad, tomato ceri, lada dan kepingan badam. Saya jarang menyukai salad tetapi salad ini cukup enak. Barangkali sos yang digunakan membagkitkan rasa.


PASTA AGLIO OLIO



Nama menu seperti sering didengar namun hakikatnya rasa pasta di Kara ini ternyata berbeza. Pasta dimasak bersama German chicken sausage, bawang putih, serbuk cili dan juga daun parsley melengkap rasa menu ini.


PASTA CARBONARA



Nama menu ini sudah biasa didengar namun kenapa di Kara ia wajib dipesan? Ini kerana rasanya cukup enak dengan cukup rasa krimnya dan perasa dan istimewanya ia dihidangan bersama kuning telur diatas. Sesuatu yang berbeza pada saya!


PLATTER GODFATHER



Platter ini adalah kombinasi ayam panggang, kepingan daging brisket, bebola daging, kentang goreng, kentang lenyek, tomato yang dipanggang, baguette, onion ring, jagung manis, salad dan dua jenis sos. Ia adalah hidangan untuk 6 ke 8 orang. Pilihan platter saiz lebih kecil mengikut bilangan juga terdapat disini seperti Han Solo, Jack & Rose dan Fantastic Four. Pasti anda ternyata-nyata kenapa nama filem diguna pakai? Saya kurang pasti bab itu, barangkali pencipta menu ini seorang kaki filem.


CRACK BRULEE



Ini satu lagi menu wajib-cuba di Kara! Pencuci mulut ini cukup rasa manis dan krim. Untuk makan, anda harus pecahkan dahulu 'sangkar' yang diperbuat daripada gula!


CARAMELIZED BANANA TARTAR (WITH VANILLA ICE CREAM)


Satu lagi menu pencuci mulut yang boleh anda cuba di Kara! Manisnya cukup, lemak krim daripada aiskrim vanilla menjadi pelengkap rasa.



Secara peribadi, kami berpuashati dengan pengalaman pertama kali makan di Kara Restaurant & Desserts Sunway Giza ini. Walaupun ia tidak beroperasi di dalam bangunan kolonial atau penggunakan perabot mewah, ia berjaya mencipta aura Eropah dengan cara tersendiri. Menu yang kami pesan kesemuanya menepati selera kami. Pada saya menu Platter yang disajikan cukup berbaloi jika anda datang dalam kumpulan kecil dan menu Crack Brulee is a-must jika anda menjamu selera disini. Jika ada kesempatan, saya pasti kembali ke Kara Restaurant & Desserts Sunway Giza lagi! 


LOKASI KARA RESTAURANT & DESSERTS SUNWAY GIZA 

A-5-1, SUNWAY GIZA 
2 JALAN PJU 5/14, 
KOTA DAMANSARA 
47810 PETALING JAYA 
SELANGOR. 
(SAMA BARIS DENGAN PUBLIC BANK)

-

TELEFON: 

03-7622 2868 
016-357 9213 

-

WAKTU OPERASI: 

1130 PAGI - 3 PETANG (MAKAN TENGAHARI) 

6 PETANG - 1030 MALAM (MAKAN MALAM) 

RABU – ISNIN (SELASA CUTI)

-

LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #FOOD #KARARESTAURANTDESSERTS

0 Comments