PELANCARAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020 (VISIT MALAYSIA 2020) PERINGKAT NEGERI SELANGOR






Umum mengetahui bahawa Malaysia bakal menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2020. Kempen pelancongan ini pastinya bakal menarik ramai pelancong luar untuk menikmati kepelbagaian tarikan dalam Malaysia. Bagi merancakkan lagi sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020 ini, banyak aturcara dan program menarik telah disusun. Kempen ini mendapat sokongan padu dari pelbagai pihak termasuk di peringkat negeri.

Terkini, pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Selangor dengan kerjasama Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Tourism Selangor, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT) telah menganjurkan majlis pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020 peringkat Negeri Selangor. Majlis yang diadakan di Eastin Hotel Kuala Lumpur, Petaling Jaya ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bersama-sama dengan YB Datuk Abdul Rashid bin Asari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Selangor.

YB DATUK ABDUL RASHID ASARI





YB Datuk Abdul Rashid menerusi ucapan beliau berkata, Selangor telah menerima sebanyak 7.23 juta orang pelancong pada tahun 2019 dan pelancong dari negara Singapura mencatatkan bilangan pelancong luar paling ramai berkunjung ke negeri Selangor iaitu melebihi 300 ribu orang. Jelas beliau lagi, pelbagai aktiviti pelancongan untuk tahun 2020 telah dirangka bagi menyemarakkan lagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 antaranya Selangor Marathon, Selangor Cruise Festival, Selangor International Indigenous Arts Festival dan banyak lagi. Beliau menyeru khususnya warga Selangor bersama-sama menyokong dan membantu kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri dan negara Malaysia amnya.

YB TUAN MUHAMMAD BAKHTIAR WAN CHIK





YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik menerusi ucapan perasmian beliau mengucapkan sekalung tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor atas sokongan dan komitmen padu kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2020. Harapan beliau agar sokongan ini berterusan menerusi kerjasama jangkamasa panjang diantara kerajaan negeri menerusi Tourism Selangor bersama MOTAC dan Tourism Malaysia bagi memacu industri pelancongan negeri. Dengan sokongan dan kerjasama penuh dari pelbagai agensi, diharap sasaran negara untuk mencapai kehadiran seramai 30 juta pelancong luar dengan hasil pendapatan pelancongan sebanyak RM100 bilion dapat direalisasikan.

PENYERAHAN SIJIL KEPADA RAKAN STRATEGIK

PEMENANG PERTANDINGAN VIDEO PROMOSI KELAB PELANCONGAN PELAJAR (K3P) PERINGKAT NEGERI SELANGOR

ANTARA BARISAN TETAMU KEHORMAT YANG HADIR

PERSEMBAHAN TARIAN KEBUDAYAAN MENYERI MAJLIS





Pada majlis sama, telah diadakan upacara penyerahan sijil kepada 17 rakan strategik yang terdiri daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), persatuan pelancongan, hotel, syarikat swasta yang telah menyatakan komitmen kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2020. Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Video Promosi Kelab Pelancongan Pelajar (K3P) peringkat negeri Selangor.


 #REEFISM #REEFISMTERRITORY #TOURISMMALAYSIA #VM2020

0 Comments