RESPECT MY BODY BETTER, KATA DINA NADZIR – BERJAYA TURUN 6 KILO BERAT BADAN BERSAMA SSKLINIC !







Itu antara kata-kata Dina Nadzir sewaktu disoal kenapa mahu kurus. Katanya lagi, tahun 2020 beliau mahu membuka lembaran baru dengan azam untuk kurus. Sudah bosan dengan tubuh badan gempal sejak kecil, beliau ingin memberi warna baru dalam kehidupan agar lebih segar dengan penampilan baru. Beliau secara berseloroh sempat memberitahu yang kini beliau boleh menyilang kaki bila bergambar. Permulaan tahun baru Dina juga cukup positif dimana beliau turut menyambung pengajian dan bakal aktif dalam arena muzik. Katanya, beliau sudah menyiapkan single terbaru yang dijangka akan dilancarkan dalam tahun ini. Pada masa sama, karier Dina semakin versatil dengan kini menyandang tugas sebagai penyampai radio bersama Era FM.

DR. LENZO LING (KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SSKLINIC) BERSAMA DINA NADZIR





Pemenang naib juara program realiti Malaysian Idol musim pertama ini ditemui sewaktu majlis penghargaan media yang dianjurkan oleh klinik estetik dan pelangsingan badan terkemuka cawangan SSKlinic bertempat di pusat membeli-belah 3 Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini. Dina Nadzir yang juga merupakan duta SSKlinic telah mengikuti program pelangsingan signatur SSSlim bermula November 2019. Hasilnya, beliau berjaya menurunkan 6 kilo berat badan dalam masa 1 bulan. Kata beliau, penurunan berat badan yang dialami menjadikan beliau seperti ‘orang baru’ dan kini beliau sudah boleh memakai pakaian kegemaran. Jelas beliau lagi, menerusi program pelangsingan SSSlim di SSKlinic ini memberi ilmu kepadanya dimana untuk kurus bukan sekadar pengambilan makanan sihat tetapi bagaimana kita makan dalam jumlah yang betul. Sebagai info, berat terkini Dina adalah 106 kilogram dan beliau mensasarkan untuk memiliki berat badan dibawah 100 kilogram sepanjang program ini. 


Cukup teruja dan berbesar hati dipilih sebagai duta SSKlinic, Dina Nadzir akan membantu atas kapasitinya sebagai seorang selebriti dalam mempromosikan program pelangsingan SSSlim kepada orang ramai yang ingin tampil kurus dan berkeyakinan.

SSKLINIC TAWAR HASIL MAKSIMUM DALAM TEMPOH MINUMUM 










Sebagai salah satu peneraju dalam industri estetik dan pelangsingan di Malaysia khusus Lembah Klang, SSKlinic menawarkan variasi rawatan bagi mereka yang mencari solusi untuk tampil cantik dan kekal sihat secara total. Malah, setiap rawatan yang ditawarkan menggunakan mesin gred perubatan bertaraf dunia yang disahkan selamat serta melibatkan sekumpulan pakar perunding, ahli terapi dan pakar kecantikan bertauliah tinggi. 










RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT MEDIGLOW 



Selain rawatan berkualiti, pihak SSKlinic turut menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit jenama MEDIGlow dimana jenama ini telah dibangunkan sejak 2009 dan diformulasi oleh para doktor bertauliah, dijamin selamat dan telah diuji secara dermatologi. Ia memenuhi gred perubatan dan menggunakan ramuan terbaik dari pembekal terkemuka dunia seperti Switzerland, Perancis, Jepun, Korea dan Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja! Produk MEDIGlow sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur.


KEMPEN PAY AS YOU WISH 






SSKlinic turut menawarkan pakej khas menerusi kempen yang diberi nama Pay As You Wish dimana bagi pelanggan baru, anda layak menikmati rawatan percubaan pertama kali bernilai sehingga RM470 (tertakluk kepada terma & syarat) atau pada mana-mana amaun yang ingin dibayar. Promosi ini hanya layak bagi pemegang kad kredit sahaja.

Apa ditunggu lagi! Pastinya penawaran SSKlinic ini adalah berbaloi buat anda diluar yang mahu tampil cantik dan menawan. Kunjungi cawangan SSKlinic yang juga terdapat di Damansara Uptown, Cheras, Puchong dan USJ. Layari laman sesawang rasmi SSKlinic iaitu www.ssklinic.com atau laman media sosial rasmi bagi mendapatkan informasi lanjut serta hebahan tentang promosi terkini ditawarkan di SSKlinic. Ikuti tanda pagar #nakkurusnakcantik dan #dinasjourney untuk mengikuti perkembangan misi Dina untuk mengurangkan berat badan. 


LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SSKLINIC #SSKLINICXDINANADZIR

1 Comments

  1. Wow. Dina Nadzir nampak lain! Menarik juga pakej di SSKlinic ni.

    ReplyDelete