MASAK WESTERN FOOD LEBIH SENANG DENGAN PRODUK READY-TO-COOK MIOS KITCHEN






Siapa yang tidak suka makan bukan? Nikmat Tuhan yang kita tidak boleh dustakan! Kalau di bandar besar seperti Kuala Lumpur ini namakan saja jenis restoran, semua tersedia untuk kita singgah dan menjamu selera baik menu tempatan dan antarabangsa.

Selain masakan tempatan, saya cukup menggemari menu masakan barat. Kalau disuruh masak masakan barat atau western food, memang dari awal lagi saya angkat bendera putih. Walaupun pada mata kasar, penyediaan masakan barat nampak mudah namun hakikatnya ia bukanlah seperti yang anda sangka. Masakan barat yang enak haruslah mempunyai lengkap ramuan dan menggunakan bahan-bahan asli supaya kualiti rasa tidak lari. Proses penyediaannya juga kadang-kala cukup rumit tidak seperti memasak lauk-pauk tempatan yang sekadar main campak dan agak-agak sahaja.

Jika dilihat dipasaran memang banyak produk Ready-To-Cook namun kebanyakkannya tidak menepati piawaian rasa. Banyak kali juga saya sudah terkena. Namun apabila terjumpa produk Ready-To-Cook daripada MIOS KITCHEN, ia merubah persepsi saya secara total.

Sebagai info, MIOS KITCHEN merupakan sebuah restoran yang cukup terkenal dengan menu masakan barat khususnya di kawasan Lembah Klang. Idea menghasilkan produk sedia dimasak ini tercetus setelah mereka mempunyai kajian berdasarkan permintaan menu yang paling laris di restoran mereka. Mios Kitchen juga harus berbangga menjadi pilihan JJCM dan penerima anugerah Grab Food Awards 2019.

Berbalik kepada produk Ready-To-Cook MIOS KITCHEN. Apa yang menarik minat saya untuk membeli adalah ianya memang cukup mudah dan cepat untuk dimasak. Semudah ABC! Selain itu, setiap jenis produk ini sudah lengkap bahan dan ramuan nya jadi anda tidak perlu perasa tambahan. Bahan-bahan yang digunakan adalah cukup premium. Contoh seperti Grilled Lamb Chop yang menggunakan Premium New Zealand Lamb Shoulder.

PEK INDIVIDU

CONTOH PEK FAMILI





Kemudian, setiap pek didatang dengan dua saiz iaitu samada untuk pek famili dan pek untuk individu. Produk Ready-To-Cook MIOS KITCHEN yang saya beli adalah Grilled Chicken Chop, Grilled Lamb Chop, Carbonora Sauce, Tomato Sauce, Chicken Chop Marinate dan juga Lamb Chop Marinate.

SENANG, TAK PERLU CAMPUR BAHAN-BAHAN LAIN






Memang saya tidak nafikan proses penyediaan produk Ready-To-Cook Mios Kitchen ini cukup mudah! Bayangkan untuk memasak Pasta Carbonara, saya hanya perlukan Pasta dan Sos Carbonara Mios Kitchen sahaja. Kalau nak tambah bahan tambahan seperti sosej atau hirisan tomato pun boleh juga. Masa penyediaan pun tidak memakan masa lama. Rebus pasta, kemudian toskan. Panaskan sos Carbonara Mios Kitchen dan masukkan pasta yang sudah dittos tadi. Siap!

HASIL PASTA CARBONARA MENGGUNAKAN CARBONARA SAUCE MIOS KITCHEN


Begitu juga dengan Grilled Chicken Chop dan Grilled Lamb Chop daripada Mios Kitchen. Anda hanya perlu panggang kan daging, kemudian panaskan sos lada hitam dan kentang lenyek yang tersedia dalam pek. Siap untuk dihidang!

PORTION GRILLED CHICKEN CHOP MIOS KITCHEN AGAK BESAR






Halal ke? Saya tahu pasti akan tertanya akan soalan ini. Jangan khuatir! Walaupun produk ini belum mendapat status Halal, ia adalah produk keluaran Muslim Bumiputera. Mahal tak produk Ready-To-Cook MIOS KICTHEN ini? Jika anda tanya saya, harga yang ditawarkan cukup berpatutan. Bayangkan harga untuk Grilled Chicken Chop yang lengkap dengan sos lada hitam dan kentang lenyek cuma berharga RM14 untuk pek individu. Kalau anda makan dikedai sahaja harganya mencecah lebih daripada itu.



Saya perlu memberi pujian kepada pihak MIOS KITCHEN kerana berjaya mencipta produk yang cukup mengagumkan! Produk Ready-To-Cook ini bukan sahaja enak, malah ia menggunakan bahan premium dan dijual pada harga yang cukup berpatutan. Ini memberi peluang kepada orang ramai dapat menikmati makanan barat yang berkualiti pada harga mesra poket. Pembungkusan yang simple dan tidak memerlukan ruang yang besar untuk penyimpanan. Setiap pek tersedia kod QR dimana anda boleh mengimbas untuk melihat video ringkas cara penyediaan produk Mios Kitchen ini. Paling penting adalah proses penyediaan yang mudah dan tidak memerlukan bahan tambahan menjadikan produk Ready-To-Cook MIOS KITCHEN In Your Kitchen sentiasa!


PAUTAN UNTUK MEMBUAT PESANAN: 

LAMAN SESAWANG: 

FACEBOOK: 

INSTAGRAM: 

TWITTER: 

EMAIL: 
hello@mioskitchen.com



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MIOSKITCHEN


3 Comments

  1. amboi dato
    masak sedap-sedap tak ajak kita berbuka sekali pun
    sob sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Dato'..Segan lah nak jemput Dato sebab kita ni hanya insan kerdil berbanding Dato yang hebat!

      Delete
  2. yer yer jer dato
    dato lagi hebat kut
    heheeh

    ReplyDelete