HOTEL MAYA KUALA LUMPUR PERKENAL SAJIAN DAN PROMOSI BARU DI NORMA BAHARU!






Semua sedia maklum, negara kita sedang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan dan yang terkini fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Walaupun kita masih belum bebas daripada pandemik Covid-19 tapi kerajaan sudah membenarkan banyak sektor perniagaan beroperasi kembali tetapi dengan syarat wajib mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Antara industri yang sudah mula membuka pintu kepada umum adalah industri perhotelan. Masing-masing kembali rancak mempromosikan produk mereka seperti penginapan dan restoran. Antaranya adalah Hotel Maya Kuala Lumpur. Walaupun bilik hotel disini masih belum dibuka untuk tempahan penginapan, anda masih boleh berkunjung ke Hotel Maya Kuala Lumpur untuk menjamu selera kerana rangkaian restoran di dalam hotel ini sudah mula dibuka.








Sempena dengan pembukaan semula restoran di dalam Hotel Maya Kuala Lumpur sejak 10 Jun 2020, pihak hotel telah membuat sedikit rombakan menu dengan memperkenalkan beberapa menu baru untuk kesemua restoran dibawah kendalian mereka iaitu Still Waters, Maya Brasserie dan Ramah Tamah. Menariknya, anda bukan sahaja akan terpesona dengan rasa menu-menu yang ditawarkan, malah anda berpeluang untuk menjamu selera di sini dengan gaya norma baharu. Menerusi pendekatan baru ini, anda bukan sahaja dapat menikmati pelbagai variasi juadah dari dalam dan luar negara malah anda juga masih dapat menjaga penjarakan sosial dan seterusnya membantu memutuskan raintaian Covid-19.







Satu perkara menarik untuk dikongsi disini adalah pihak Hotel Maya Kuala Lumpur telah menyeragamkan menu di kesemua restoran di dalam hotel ini. Ini bermakna sekiranya anda menjamu selera di Still Waters, anda masih boleh memesan makanan yang dijual di Ramah Tamah.

Variasi juadah yang terdapat di Hotel Maya Kuala Lumpur merangkumi set menu, sajian kegemaran rakyat Malaysia, makanan barat dan Jepun. Set menu yang ditawarkan disini terdiri daripada kombinasi masakan Cina dan Jepun dimana ia terbahagi kepada Set Menu Ixora, Set Menu Hibiscus dan Set Menu Rafflesia dan setiap set mempunyai perbezaan bilangan menu dan sesuai untuk 2 orang makan.










Antara menu yang terdapat dalam pilihan set menu ini adalah seperti Japanese Breaded Tiger Prawns, Stewed Australian Ribeye with Miso Paste, Braised Hot & Sour Szechuan Soup, Braised Duck with Ginger and fresh Shitake Mushroom. Selain itu, pilihan menu pencuci mulut adalah seperti Chilled Sea Coconut with Longan and Lemon Syrup, Double Boiled Dried Pear with Chrysanthemum, Sea Bird’s Nest dan White Fungus and Dried Longan.

SET MENU IXORA – RM 60/2 ORANG (RM 20 UNTUK TAMBAHAN SEORANG)

SET MENU HIBISCUS – RM 80/2 ORANG (RM30 UNTUK TAMBAHAN SEORANG)

SET MENU RAFFLESIA – RM 100/ 2 ORANG (RM40 UNTUK TAMBAHAN SEORANG)


Selain itu, anda juga boleh memesan menu ala-carte disini yang terdiri daripada pelbagai menu Malaysia antaranya Nasi Kerabu Ayam Goreng Berempah, Nasi Tomato Ayam Masak Merah, Olive Vegetable Fried Rice, Wok-Fried Shell-less Tiger Prawns with Butter, Golden Oat and Butter Squid with Salted Egg Yolk. Harga yang ditawarkan cukup berpatutan iaitu bermula daripada RM 18 dan makan di restoran hanya untuk weekdays sahaja (kecuali cuti umum) daripada jam 11 pagi hingga 8 malam (pesanan terakhir adalah jam 7 malam).









Anda juga boleh membuat pesanan bawa-pulang dan penghantaran ke rumah menerusi pautan hotelmayakl.beepit.com dimana penghantaran PERCUMA dengan pembelian minimum RM 60 untuk jarak radius 5KM dan RM 80 untuk jarak radius 10KM. Anda juga boleh menikmati pulangan tunai 10% untuk pembelian berikutnya. Bawa-pulang dan penghantaran ke rumah adalah setiap hari bermula dari jam 11 pagi sehingga 8 malam (pesanan akhir adalah pukul 7 malam).

Bagi anda yang mahu menikmati sarapan pagi di restoran Ramah Tamah, terdapat pelbagai pilihan menu Malaysia, sandwich, pastri dan kek. Anda boleh memesan set kombo dengan menu Nasi Lemak, Bihun Goreng, Kari Laksa Maya dan banyak lagi dengan harga cuma RM 7 termasuk pilihan minuman samada Kopi Kampung atau Teh Tarik. Anda juga boleh membuat sandwich sendiri mengikut selera anda. Harga yang ditawarkan adalah RM 13 untuk setiap sandwich. Pilihan menu sarapan pagi lain adalah Homemade Maya’s Waffle (RM 10) dengan variasi pilihan topping. Sarapan pagi hanya terdapat pada weekdays (kecuali cuti umum) daripada jam 7 pagi hingga 11 pagi.

Berita menarik untuk dikongsi! Pihak Hotel Maya Kuala Lumpur turut memperkenalkan program baucar tunai Maya Elite Privilege dimana pengunjung boleh membuat pra-pembelian baucar tunai samada RM 50 dan RM 100. Baucar ini boleh digunakan untuk menjamu selera, tempahan penginapan dan juga spa disini. Setiap pemilik baucar tunai ini layak menerima tambahan 30% diskaun dan pemindahan penuh sebagai hadiah. Tempoh sah baucar adalah 18 bulan daripada tarikh pembelian.

Anda rindukan Hotel Maya Kuala Lumpur, jadi apa tunggu lagi! Segera membuat pesanan atau dapatkan informasi lanjut dengan e-mel ke christy.woon@hotelmaya.com.my atau telefon 012-2849813 .Harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai. 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #HOTELMAYAKL


1 Comments

  1. wah nampak menyelerakan la semua makananya. hidangan nampak banyak

    ReplyDelete