JOOX IDOL STATION MEMBAWAKAN SENSASI K-POP NU'EST DAN ONF LEBIH DEKAT DENGAN PEMINAT MEREKA DI SELURUH ASIA DENGAN PERSEMBAHAN EKSKLUSIF DAN SESI SEMBANG SECARA LANGSUNG!






Bintang sensasi Korea NU'EST dan ONF adalah dua kumpulan boyband K-pop yang paling hangat dan menawan di saat ini, mereka tidak pernah gagal untuk memberikan persembahan yang terbaik dan memukau di mana sahaja mereka berada! Apakah anda rindu untuk menyaksikan persembahan nyanyian dan tarian mereka dimana ia pastinya bakal memukau mata, telinga dan hati anda juga akan ikut menari mengikuti rentak muzik mereka? JOOX, platform penstriman yang paling berdedikasi di Asia, dengan bangganya membawakan mereka secara langsung kepada para peminat melalui IDOL STATION, program K-pop pertama yang dihasilkan oleh JOOX!

IDOL STATION adalah program impian para pencinta K-pop, kerana akan membawakan NU’EST dan ONF kepada para peminat K-Pop 'oppa'. Duduk dan nikmatilah 'oppa' kegemaran anda yang akan memancarkan daya tarikan luar biasa mereka dan memberikan anda hiburan hiburan yang tidak dapat dilupakan melalui persembahan eksklusif dan sesi sembang secara langsung bersama mereka dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin yang akan di siarkan secara ekslusif di Malaysia!

Bukan sahaja persembahan bertenaga mereka sahaja yang dapat menghiburkan anda seperti melalui segmen seperti sambutan hari jadi Baekho@Nu’est dan pertarungan tarian ONF, tetapi para idol kpop NU'EST dan ONF juga ingin mengetahui lebih mendalam tentang kecintaan anda kepada mereka dengan terlibat dalam sesi sembang secara langsung dan eksklusif bersama para peminat mereka di JOOX. Yang lebih menggembirakan ialah bagaimana anda dapat berinteraksi secara langsung dengan para idola anda dengan menunjukkan sokongan padu anda dan juga anda berkesempatan memberikan hadiah dan JOOX Coins kepada para idola anda!

NU'EST merupakan boy band Korea Selatan yang dibentuk pada tahun 2012. Kumpulan ini terdiri daripada lima ahli: JR, Aron, Baekho, Minhyun, dan Ren. Kim Jong-hyun, juga dikenali dengan nama pentasnya JR (Junior Royal), adalah sebagai ketua pasukan.






ONF, diucapkan sebagai On dan Off, adalah boy band Korea Selatan yang dibentuk pada tahun 2017. Kumpulan ini dianggotai oleh enam orang anggota: Hyojin, E-Tion, J-US, Wyatt, MK dan U. ONF terbahagi kepada dua pasukan. Pasukan ON dan pasukan OFF masing-masing mempunyai tiga ahli. Ketua pasukan ON adalah Hyojin dan ketua pasukan OFF adalah J-US.






Tidak cukup dengan program K-pop ini sahaja? Bersiaplah untuk bertemu dengan idola baru anda kerana Bang Si-Hyuk, pengasas Big Hit Entertainment dan BTS, mempersembahkan I-LAND, sebuah program blockbuster konsep baru! Lagu rasmi acara di nyanyikan oleh salah satu bintang paling popular Korea, IU dan telah di lancarkan pada 19 Jun, Jumaat yang lalu. Lebih 20 pelatih idola lelaki dari pelbagai negara akan bertanding untuk memenangi hati anda dalam pertunjukan hebat ini dengan jumlah kos produksi mencecah USD14 juta dan diadakan di studio terbesar dalam sejarah hiburan Korea. Program ini akan ditayangkan secara eksklusif di JOOX bermula pada akhir bulan Jun!

Daftarlah JOOX sekarang kerana JOOX akan terus membawa program program menarik secara langsung yang lebih menarik untuk peminat mereka!


#REEFISM #REEFISMTERRITORRY #JOOX #MUZIK #KPOP

0 Comments