INTER CLUB FOOTBALL LEAGUE (ICFL) JALIN KERJASAMA DENGAN GR TRAVEL & TOURS SDN BHD, PELANCARAN LIGA SUPER ICFL 2020 SEMARAK PELANCONGAN SUKAN DI MALAYSIA!







Industri pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang dan mendatangkan keuntungan yang besar kepada negara. Malah dapat dilihat, industri ini telah berjaya meningkatakan sosio-ekonomi penduduk menerusi aktiviti penjualan dan juga perkhidmatan pelancongan. Tahukah anda bahawa pelancongan di Malaysia mempunyai pelbagai jenis pengkhususan seperti ekopelancongan, agropelancongan, pelancongan perubatan, pelancongan pendidikan dan banyak lagi. Namun pertama kali saya mendengar kewujudan pelancongan sukan walaupun hakikatnya pelancongan sukan sudah lama bertapak di Malaysia.

Kejayaan penganjurkan perlumbaan Le Tour de Langkawi pada tahun 1996 menjadi titik perubahan kepada tumpuan kerajaan terhadap pembangunan sektor pelancongan sukan di Malaysia. Sejak itu, Malaysia semakin rancak menjadi tuah rumah dalam pelbagai acara sukan bertaraf dunia antaranya Royal Langkawi International Regatta, Ironman Triathlon dan Formula 1 Grand Prix Malaysia. Penganjuran acara sebegini secara tidak langsung dapat memberi pulangan lumayan kepada pendapatan negara dan juga meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.

Bagi menyemarakkan pelancongan sukan di Malaysia dan seterusnya meningkatkan kembali industri pelancongan domestik yang terjejas teruk akibat Covid-19, pihak Inter Club Football League (ICFL) bersama dengan GR Travel & Tours Sdn Bhd telah memeterai kerjasama di satu majlis khas baru-baru ini.

Majlis menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman MaTiC dan telah disempurnakan oleh Dato’ Kamil Mokhtar selaku Presiden ICFL bersama Pengarah Urusan GR Travel & Tours Sdn Bhd, Puan Hajah Marlina Ramly. Hadir sama menyaksikan majlis ini adalah Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Dato’ Dr. Ammar bin Abdul Ghapar. Majlis juga diserikan dengan kemunculan beberapa selebriti tanahair dan juga bekas pemain kebangsaan.

YBHG. DATO' KAMIL MOKHTAR

PUAN HAJAH MARLINA RAMLY

YBHG. DATO' DR. AMMAR ABDUL GHAPAR

Menerusi memorandum persefahaman ini, ICFL terus mengatur strategi bagi memperkenalkan lagi jenamanya dalam penganjuran seminar pembangunan bola sepak dan liga bola sepak bawah 14 tahun di negara ini. Selepas kejayaan penganjuran liga pada tahun lalu, ICFL kini dalam fasa akhir untuk meneruskan liga tahun ini selepas mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).

GR Travel & Tours akan menjadi penaja utama Piala Super ICFL dengan kerjasama Tourism Malaysia melalui kempen Cuti-Cuti Malaysia dan ini diharap dapat merancakkan lagi penganjuran liga pada musim ini.









Selain itu, kerjasama ini juga turut melibatkan Kem Jaguh untuk pemain remaja bermula dari umur 10 hingga 17 tahun melibatkan lima sesi bermula 25 Julai 2020 di Encore Melaka. Sebagai info, Kem Jaguh anjuran ICFL ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pemain dalam aspek pemainan selain kepimpinan dan disiplin di luar serta di dalam padang bagi membentuk pemain berkaliber dan bertaraf profesional. Empat pra kelayakan akan dianjurkan melibatkan 16 pasukan setiap sesi, lapan pasukan teratas setiap kelayakan akan layak ke Piala Super ICFL yang dijadualkan bermula Oktober ini. Jadi setiap pasukan yang berminat untuk menyertai Piala Super ICFL ini diwajibkan untuk menyertai Kem Jaguh terlebih dahulu untuk melayakkan mereka menyertai pra kelayakan.

Bagi pihak GR Travel & Tours, kerjasama sebegini disambut baik kerana ia secara tidak langsung dapat memeriahkan sektor pelancongan domestik menerusi kunjungan ke destinasi menarik dalam negeri. Malah ia memberi peluang kepada penerokaan destinasi pelancongan baru dalam negara. Pihak GR Travel & Tours yang turut mempunyai rangkaian di Thailand dan Pakistan ini juga pernah ditawar untuk mengelolakan pertandingan bola sepak di antara Malaysia dan Pakistan. Jadi pastinya dengan kerjasama penganjuran Super IFCL ini ibarat pucuk dicita ulam mendatang.







Pihak Tourism Malaysia mengalu-alukan acara sebegini kerana ia secara tidak langsung dalam meningkatkan sektor pelancongan domestik. Malah pihaknya berharap agar dengan penganjuran acara pelancongan sukan ini seperti ini dapat diperluaskan ke seluruh negara.

Bagi anda yang ingin menyertai Kem Jaguh, anda boleh layari laman sesawang http://supericfl.my/ atau hubungi sekretariat ICFL di talian 03-92058474 (Azmeer) atau e-mel kepada info@supericfl.org untuk maklumat lanjut.




#REEFISM #REEFISMTERRITORY #CUTICUTIMALAYSIA #ICFLBOLABERAPI

0 Comments