KUMPULAN FLOOR 88 PALING BANYAK DISTRIM DI JOOX MALAYSIA, BAKAL BERAKSI DI KONSERT ONLINE HIGH5JOOX SABTU INI!






Siapa sangka, kumpulan Floor 88 berjaya meletakkan mereka sebagai kumpulan muzik yang paling banyak distrim oleh pengguna JOOX di Malaysia. Bermula dengan debut lagu Zalikha pada tahun 2017, Floor 88 yang dianggotai oleh Achoi, Akram, Amir, Falique, Ayie Elham dan Eric Fuzi terus melakar sejarah tersendiri dalam industri muzik dengan pencalonan Artis Kolaborasi Duo / Berkumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Sebagai penghargaan, JOOX aplikasi penstriman muzik paling berdedikasi di Asia dengan lebih daripada 30 juta lagu di pustaka muzik dari seluruh dunia bakal menganjurkan konsert online bersama kumpulan yang paling banyak distrim oleh pengguna JOOX Malaysia. Rasai kehangatan dan ledakan penuh semangat pada hujung minggu dengan ‘Konsert Online High5 JOOX Gegaran Band' Floor 88, di mana kumpulan paling popular ini akan menghiburkan secara langsung! Penganjuran konsert ini merupakan salah satu acara sambutan ulang tahun ke-5 JOOX Malaysia yang juga sebahagian daripada kempen High5JOOX! Jadi, kepada peminat tegar Floor 88, jangan ketinggalan menyaksikan persembahan hebat dari kumpulan kegemaran anda dan pada masa sama merebut peluang keemasan untuk memenangi pas eksklusif  serta berinteraksi secara langsung dengan kumpulan Floor 88 secara online!

Tonton persembahan Floor 88 pada 8 Ogos, Sabtu, 9 malam, eksklusif di aplikasi JOOX dimana mereka akan membuktikan kepada Malaysia kenapa mereka adalah kumpulan terhangat masa kini yang mampu membuat peminat untuk mengikuti setiap rentak muzik yang mereka lantunkan. Bukan itu sahaja, peminat juga berkesempatan untuk beramah mesra dengan mereka melalui panggilan video! Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk bertemu secara online dengan Floor 88, jadi jangan lupa untuk melayari laman Facebook JOOX Malaysia / aplikasi JOOX untuk maklumat lebih lanjut! Sertai Floor 88 di konsert online ini dengan RSVP sekarang di https://bit.ly/JOOXRSVPGegaranBand !






Jika anda Ingin mengikuti perkembangan muzik di Malaysia dan di serata dunia, muat turun JOOX di telefon pintar anda melalui Apple App Store atau Google Play Store atau layari laman web JOOX. Lebih banyak muzik dan persembahan secara langsung oleh artis tempatan dan antarabangsa, serta pertunjukan dan program baru yang menarik, yang akan dibawa oleh JOOX kepada anda!


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MUZIK

0 Comments