PENGALAMAN MENGINAP DI FOUR POINTS BY SHERATON KUALA LUMPUR CHINATOWN







Siapa yang tak suka tidur di hotel bukan? Bila tiap kali merancang percutian, perkara utama harus berada dalam senarai adalah pilihan hotel yang menarik. Jadi sudah pasti pelbagai kriteria di ambil kira sebelum membuat tempahan bilik seperti harga, lokasi dan juga penawaran menarik dalam hotel itu sendiri. Jadi apa keutamaan anda ketika memilih hotel penginapan?

Edisi #HotelHunting kali ini, saya akan berkongsi pengalaman menginap di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown. Terus terang, ini adalah pertama kali saya menginap di rangkaian hotel Four Points by Sheraton dan juga kali pertama saya menginap di kawasan Chinatown Kuala Lumpur. Jadi kenapa saya memilih untuk menginap di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown? Teruskan membaca artikel ini.

Sabagai info, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown baru sahaja dibuka kepada umum pada Disember 2019 yang lalu. Sebagai hotel yang baru dibuka, pastinya hotel ini memberi penawaran menarik dari segi servis dan keselesaan tetamu. Pada saya, menginap di hotel baru cukup mengujakan kerana saya menjadi yang terawal merasai pengalaman menginap disini namun risiko nya adalah samada pengalaman baik atau sebaliknya.

Kenapa saya memilih Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown? Begini kisahnya. Untuk pengetahuan semua, Chinatown Kuala Lumpur atau sesetengah dari kita sering memanggil dengan nama Petaling Street adalah lokasi pelancongan domestik yang terkenal dan ia juga menjadi laluan saya pergi dan pulang kerja. Jadi bila melihat kewujudan bangunan tinggi berwarna coklat tersergam indah di kawasan kejiranan ini, sudah pasti saya tertanya-tanya kepada hotel ini didirikan disini.

Untuk ke sini cukup mudah! Samada anda memandu sendiri dan parkir di dalam bangunan hotel atau menaiki pengangkutan awam, terpulang kepada keselesaan masing-masing. Pada saya,lokasi hotel ini cukup strategik kerana ia berada berhampiran dengan stesen LRT dan MRT Pasar Seni dan juga Monorel Maharajalela. Sebagai nota, parkir di bangunan hotel ini menggunakan mod pembayaran menggunakan Touch n' Go atau kad kredit/debit sahaja.

Melangkah masuk ke dalam bangunan, pematuhan SOP dilakukan iaitu imbasan kod QR MySejahtera dan pengambilan suhu badan. Sebagai info, ruang lobi berada di aras 7 jadi anda perlu menaiki lif untuk mendaftar masuk.







Saat jejak kaki di ruang lobi, saya terkesima. Hiasan dalaman berkonsepkan oriental memenuhi setiap ruang hotel ini. Memukau mata! Di satu sudut, ruang untuk bekerja dimana anda boleh menyewanya untuk tempoh sehari pada kadar serendah RM49/seorang sahaja. Sama aras dengan lobi adalah kemudahan seperti kolam renang dan gimnasium. 





 


   











Urusan daftar masuk cukup lancar dan menepati SOP. Saya menempah bilik jenis Premier. Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown mempunyai 318 buah bilik dengan pilihan bilik jenis Deluxe, Premier, Premier Downtown dan Premier Suite. Hotel ini turut mempunyai 5 bilik mesyuarat bagi anda yang ingin mengadakan sebarang acara. Satu fakta menarik mengenai Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown adalah kesemua bilik ini tidak mempunyai tab mandi. Namun itu bukan satu isu buat saya kerana apa yang menjadi keutamaan saya adalah ruang kamar yang selesa dimana bantal dan tilam haruslah empuk supaya tidur nyenyak. 


Masuk sahaja ke dalam bilik, saya teruja kerana terasa keselesaannya. Mata tertumpu kepada lukisan di dinding dimana saya diberitahu ia telah dilukis oleh pelukis tempatan bernama Loka Made dimana lukisan ini mengambarkan kisah kejiranan di Chinatown KL ini. Bilik saya menghadap pemandangan kota dengan kelihatan jelas bangunan PNB 118 yang sedang rancak dibina. 





















Letak sahaja bagasi, saya terus keluar untuk meneroka kawasan sekitar yang penuh dengan sejarah dan budaya ini. Kelebihan menginap di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown adalah lokasi berhampiran dengan banyak tempat menarik seperti Kwai Chai Hong, pejabat pos lama di Jalan Panggong, Sri Maha Temple, Guan Di Temple. Malah anda boleh teroka pelbagai jenis kafe dan restoran hipster dikawasan kejiranan ini. Panjangkan langkah anda ke Masjid Jamek, River of Life dan Kampung Baru.








Keesokan pagi, saya sempat menikmati sarapan pagi di Quan's Kitchen yang terletak di aras 8 hotel ini. Ia menyediakan sajian semi bufet dengan pilihan makanan tempatan dan antarabangsa. Saya sukakan konsep ala kopitiam yang diterapkan di Quan’s Kitchen ini. Malah disatu sudut, tersedia tempat membuat kopi dan roti bakar yang cukup menggamit nostalgia. Menariknya lagi, dapur di Quan’s Kitchen berkonsepkan dapur terbuka jadi anda boleh melihat sesi memasak sedang dijalankan sambil menikmati sajian. 








   
 








Mereka turut menawarkan sajian makan tengahari disini dengan pilihan menu yang boleh diubah suai mengikut selera anda. Menarik bukan? 






Sebagai info, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown turut mempunyai sebuah bar di aras 7 berhampiran dengan kolam renang bernama Jaan bagi anda yang mahu lepak santai sambil menikmati koktail bersama teman-teman. 







Secara peribadi, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown memberi pengalaman menarik buat saya. Hiasan dalaman hotel ini cukup mengujakan saya kerana penerapan konsep oriental cukup menarik. Malah boleh saya katakan hotel ini cukup insta-worthy! Saya diberitahu bahawa pemilik hotel ini telah membuat permintaan khas daripada pihak pengurusan Marriot untuk konsep oriental ini kerana ia cukup sesuai dengan vibes di kawasan kejiranan ini. Siapa sangka dari hanya sebuah tapak tempat letak kereta 10 tahun yang lalu, ia kini menjadi sebuah bangunan hotel yang gah. Tidak salah untuk saya katakan ia menjadi ikon terbaru di Chinatown Kuala Lumpur. Servis dan hospitaliti yang diberikan harus diberi pujian. Kualiti rasa masakan di restoran dalam hotel ini tidak mengecewakan saya. Masih terngiang rasa kopi susu bersama koti bakar disini. Enak bangat!

Saya tahu dan maklum masih ada segelintir dari anda yang agak skeptikal mengenai kawasan Petaling Street, barangkali Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown bisa membuka mata anda betapa indahnya kejiranan ini. Banyak permata tersembunyi berada disini yang menarik untuk diteroka seperti kafe, tarikan seni dan budaya yang memberi nadi kepada kawasan ini.


LOKASI FOUR POINTS BY SHERATON KUALA LUMPUR CHINATOWN 
NO 2, JALAN BALAI POLIS, 
5000 KUALA LUMPUR. 

-


TELEFON: +60 3-2035 7333 

-



LAMAN SESAWANG RASMI 



LAMAN FACEBOOK RASMI 



LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THEREVIVALCHINATOWN #LUCKYEXPLORERS #FOURPOINTSCHINATOWN

2 Comments

  1. Cantik dan kontemporari... Agak2 berapa semalam ye kalau nak menginap di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tengah murah tau..tak sampai RM200/malam.

      Delete