SAMBUT MERDEKA DI 828 REALME FANS FESTIVAL BERTEMPAT DI REALME DESIGN STUDIO BERSAMA REALME MALAYSIA!






Sudah merancang pengisian hujung minggu ini? Jika belum, apa kata luangkan masa anda untuk bersama-sama realme Malaysia dengan hadir ke 828 realme Fans Festival pada 28, 29 dan 30 Ogos 2020 ini. Siapa yang tidak mengenali realme, jenama telefon pintar yang semakin meningkat naik di pasaran dunia. Terkenal dengan slogan Dare To Leap, festival khusus buat peminat setia jenama ini bukan sahaja meriah dengan pelbagai aktiviti menarik, malah anda akan dihidangkan dengan persembahan muzik daripada penyanyi terkenal tanahair antaranya Bungaisme, Sophia Liana, Noki ft Loca B, Yonnyboi, IamNeeta, SOG (Sekumpulan Orang Gila), Sufian Suhaimi, Floor88, Insomniacks dan Zynakal menerusi realme Fan Festival Concert.








Acara realme 828 realme Fans Festival akan berlangsung pada 28, 29 Ogos mulai jam 11.30 pagi sehingga 10.00 malam dan 30 Ogos dari 11.30 pagi hingga 12.00 tengah malam sempena Hari Merdeka di realme Design Studio yang baru sahaja dibuka secara rasmi di Jalan Sungai Penchala Kuala Lumpur.

Pada acara ini, realme akan bekerjasama dengan jenama terkemuka di kalangan belia Malaysia seperti Laneige, Sunway Lagoon, Lazada, Shopee, Nene Chicken, Nerdunit, Eggette Lab, BaWangChaJi dan Dissy bagi menyemarakkan penganjuran festival ini. Malah, para peminat juga berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah menarik seperti baucar tunai, kupon makanan percuma dan banyak lagi. Acara realme 828 Fans Festival ini akan diserikan dengan aktiviti menarik seperti halangan tali, aktiviti melukis cawan, roda berputar, The Chicken Spy, Bengkel DIY Eggette, pameran karya seni patung, selfie check-in, Wonderful Wallet RM1 dan cabaran Tiktok. 



















Sempena dengan sambutan realme 828 Fans Festival ini juga, realme Malaysia turut menawarkan diskaun sebanyak 33% untuk produk realme terpilih menerusi portal membeli-belah Lazada pada 28 Ogos 2020.


Bukan itu sahaja! Pada tarikh sama, portal membeli-belah Shopee tidak ketinggalan memberi penawaran diskaun sehingga 24% untuk produk realme seperti realme 6i, realme Buds 2, realme Band, realme Watch, realme Buds Air, realme Buds Air Neo, realme Buds Q, realme Powerbank 2, realme Buds Wireless dan realme Powerbank 30W. 






Jika anda mahu menyertai sambutan realme 828 Fans Festival ini, anda perlu membuat pendaftaran menerusi pautan ini: https://forms.gle/8xvBk45yvETwt2Yp7 . Acara gilang-gemilang ini juga boleh disaksikan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi realme Malaysia nanti.



REALME DESIGN STUDIO PERTAMA DI MALAYSIA DILANCAR SECARA RASMI


Semakin agresif realme kini! Bukan sahaja berjaya menempatkan nama sebagai antara jenama telefon pintar terkenal di dunia, malah mereka juga turut melancarkan studio khas, realme Design Studio di Malaysia. Menariknya, studio yang terletak di Jalan Sungai Pechala Kuala Lumpur ini hanya mengambil masa selama 20 hari sahaja untuk disiapkan dan pastinya penubuhan realme Design Studio ini menjadi penghubung diantara realme dengan pereka berbakat besar diserata dunia. Malah, realme berbangga kerana telah berkolaborasi bersama pereka terkenal dunia seperti Naoto Fukasawa dan Jose Levy dalam menghasilkan produk realme yang cukup trendy. 



LOKASI REALME DESIGN STUDIO: 
LOT 58370, JALAN SUNGAI PENCHALA, 
KAMPUNG SUNGAI PENCHALA, 
60000 KUALA LUMPUR.


REALME MALAYSIA LANCAR REALME C12 DAN REALME BUDS CLASSIC






Pada acara sama, realme Malaysia turut melancarkan produk terbaru mereka iaitu realme C12 dan realme Buds Classic. Model terbaru telefon pintar dalam siri realme C ini bakal memberi persaingan sengit kepada segmen telefon pintar dari jenama lain dengan beberapa penawaran spesifikasi menarik. Telefon pintar realme C12 membawakan skrin bersaiz 6.5-inci IPS LCD HD+ bersama rekaan paparan bertakuk kecil. Ia juga menggunakan cip pemproses 64bit MediaTek Helio G35 empat-teras dengan gabungan memori 3GB RAM dan ruang storan 32GB. Sebagai tambahan, ruangan ini boleh dikembangkan sehingga had maksimum 256GB menerusi sokongan kad microSD. Perisian yang digunakan pula adalah Realme UI berasaskan Android 10 terkini. Spesifikasi lain yang terdapat pada realme C12 adalah pengimbas cap jari ultra pantas serta pengesanan wajah.

Untuk tetapan kamera, realme C12 dilengkapi tiga kamera utama dengan konfigurasi 13-Megapixel (f/2.2) + 2-Megapixel (f/2.4) + 2-Megapixel (f/2.4). Kamera swafoto pula adalah sebesar 5-Megapixel (f/2.0). Melengkapi peranti, bateri sebesar 6,000mAh (mampu bertahan selama 57 hari dalam mod sedia) dengan pengecasan 10W menerusi port microUSB. Sebagai info tambahan, realme C12 ini didatangkan dengan dua varian warna baru yang dipanggil Geometric Gradient Design iaitu Marine Blue dan Coral Red.

Bagi realme Buds Classic pula, ia memfokuskan kepada peminat yang masih menyukai fon telinga berwayar namun kelainan yang ditampilkan adalah rekaan terbaru half in-ear bersama 14.2mm drivers. Rekaan ini akan memberi lebih keselesaan di telinga pengguna. Spesifikasi lain mengenai peranti audio terbaru realme ini adalah kualiti bunyi premium dan mikrofon definisi tinggi.

Bagi yang berminat, anda boleh dapat realme C12 pada harga RM529 (3GB + 32GB). Lebih menarik, setiap pembelian akan didatangkan dengan realme Buds Classic (RM59) dengan sejumlah hadiah percuma menarik termasuk Screen Magnifier, kerangka pelindung dan banyak lagi. Anda sudah boleh membeli secara atas talian manakala jualan di premis fizikal pula akan bermula pada 31 Ogos kelak. 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #REALMEFANFESTIVAL #REALMEMALAYSIA


0 Comments