KHASIAT DAN KEBAIKAN JUS DARA VOGUE UNTUK KESIHATAN DALAMAN LELAKI

KHASIAT DAN KEBAIKAN JUS DARA VOGUE UNTUK KESIHATAN DALAMAN LELAKI


Peningkatan usia memberi kesan kepada tubuh badan. Ibarat seperti enjin yang setiap hari bergerak, lama-kelamaan ia akan mengalami kerosakan dan memerlukan penyelenggaraan lebih kerap. Begitu juga dengan tubuh badan kita. Seperti saya yang bakal menganjak ke usia 40-an tidak lama lagi, memang terasa perbezaan pada dalam tubuh badan berbanding dulu.

Amalan pemakanan sihat, lebih kerap bersukan, hindari stress adalah antara beberapa cara yang sering saya lakukan bagi menyekalkan kesihatan luar dan dalam. Namun biasalah, ianya tidak dilakukan dengan konsisten kerana kekangan masa serta rutin harian yang padat.

Saya akui kadangkala badan saya sering cepat letih dan tidak bermaya. Jadi makanan tambahan atau supplement adalah solusi terbaik bagi terus kekal cergas dan sihat. Antara produk makanan tambahan yang saya amalkan sekarang adalah Jus Dara Vogue.


KHASIAT DAN KEBAIKAN JUS DARA VOGUE UNTUK KESIHATAN DALAMAN LELAKI



Jangan Terkejut, Jus Dara Vogue Boleh Minum Oleh Lelaki

Sedikit perkongsian cerita bagaimana saya temui Jus Dara Vogue. Semuanya bermula bila beberapa rakan mencadangkan saya mengamalkan Jus Dara Vogue. Pada mulanya, saya gelak kecil. Nama produk ada perkataan ‘dara’, maksudnya produk ini dicipta khusus untuk wanita sahaja, bukankah begitu? Nanti kalau lelaki minum akan timbul kesan sampingan pula. Jika anda anggap begitu, anda silap! 

Ya, saya juga silap ketika itu! Jus Dara Vogue sebenarnya boleh diambil oleh kaum lelaki dan ia memberi khasiat kepada tubun badan lelaki juga sebagaimana ia boleh memberi khasiat kepada tubuh badan wanita.

Sebelum saya membeli Jus Dara Vogue, saya sempat juga membuat sedikit kajian tentang produk ini. Bila saya terlihat di media sosial suami kepada pelakon Lisdawati yang juga seorang pelakon, Fauzi Nawawi juga mengamalkan Jus Dara Vogue, kerana itu saya menjadi lebih yakin untuk membeli dan mencubanya.


Jus Dara Vogue Keluaran Syarikat Tejja Herbs Dengan Kandungan Bahan Yang Bagus

Jus Dara Vogue dikeluarkan oleh syarikat bumiputera tempatan iaitu Tejja Herbs. Owner syarikat ini lebih mesra dikenali sebagai ‘Kak Teh’ dan beliau juga sering muncul di kaca TV Al-hijrah. Cantik manis, kecil molek orangnya.

Dan syarikat Tejja Herbs ini memang sudah agak lama terkenal dengan penghasilan produk menggunakan bahan semulajadi. Sebelum ini ia amat popular dengan produk Dr.Beau, sejenis serum wajah yang elok untuk hilangkan kekeringan dan cela pada kulit.

Kerana itu, tidak mustahil jika di dalam Jus Dara Vogue ini turut mengandungi bahan-bahan yang bagus. Antara ramuan yang terkandung dalam Jus Dara Vogue keluaran Syarikat Teja ini adalah:
  • Madu
  • Delima
  • Kurma
  • Kacip Fatimah
  • Epal
  • Manjakani
  • Akar Serapat
  • Sireh
  • Pegaga
  • Kunyit Hitam
  • Vitamin C
  • Lobata


Jika dilihat dari senarai bahan-bahan yang digunakan dalam Jus Dara Vogue semuanya mempunyai khasiat tersendiri. Contohnya madu dapat meningkatkan kekuatan badan supaya tidak mudah jatuh sakit dan meningkatkan kesuburan baik untuk lelaki atau perempuan. Khasiat delima kepada lelaki dapat mengurangkan penggandaan ukuran perkembangan kanser prostat atau Prostate Specific Antigen (PSA) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kemoterapi atau terapi hormon.

Malah kajian juga menunjukkan jus delima mengandungi dua hingga tiga kali ganda fungsi antioksida jika dibandingkan teh hijau. Kandungan lain yang terdapat dalam Jus Dara Vogue adalah kurma.

Semua tahu bahawa kurma mempunyai pelbagai khasiat kepada badan kita. Antaranya ialah membantu mengatasi masalah pencernaan dalam tubuh, mencegah penyakit jantung dan diabetes, mencegah usus dari bakteria, mencegah osteoporosis, membantu untuk meningkatkan libido dan membantu untuk mengatasi penyakit anemia.



Mudah Minum Dan Boleh Beri Kelebihan Pada Lelaki Jika Diamalkan Selalu

Pengambilan Jus Dara Vogue secara konsisten bagi lelaki boleh bantu membuang angin dalam badan, mengurangkan sakit urat dan sengal badan serta menjadikan badan lebih sihat dan bertenaga. Bukan itu sahaja! Jika anda mengamalkan Jus Dara Vogue, ia dapat membantu mengempiskan perut, merawat keguguran rambut, melambatkan proses penuaan,mengatasi masalah bau badan, membantu mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah. 


KHASIAT DAN KEBAIKAN JUS DARA VOGUE UNTUK KESIHATAN DALAMAN LELAKI


Jus Dara Vogue ini dalam bentuk cecair dan dibungkus dalam bentuk sachet. Jadi ia cukup mudah untuk dibawa ke mana-mana. Hanya amal dua kali sehari iaitu sekali di pagi hari dan sekali di waktu malam. Pastikan juga anda amalkan minum banyak air putih bagi mempercepatkan kesan penggunaan.

Rasa Jus Dara Vogue ini ada rasa masam dan manis dan tidak pahit. Jangan risau kerana Jus Dara Vogue mempunyai nombor notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mendapat sijil halal daripada pihak JAKIM.



Testimoni Pengalaman Guna Jus Dara Vogue, Rasa Sedap Dan Berbaloi Cuba

Sejak saya mengamalkan pengambilan Jus Dara Vogue secara konsisten, saya dapat rasa perubahan pada diri. Badan lebih bertenaga, tidak mudah mengantuk, kurang angin dalam badan dan perut juga semakin kempis. Jadi kepada lelaki di luar sana yang sedang mencari produk makanan tambahan, saya sarankan anda mencuba Jus Dara Vogue ini.

Anda boleh rasa perbezaan pada kesihatan dalaman tubuh badan anda dan InsyaAllah badan lebih sihat. Anda boleh layari laman sesawang dan media sosial rasmi Tejja Herbs untuk mendapatkan informasi lanjut.


KHASIAT DAN KEBAIKAN JUS DARA VOGUE UNTUK KESIHATAN DALAMAN LELAKI


LAMAN SESAWANG RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PRODUK #KESIHATAN #JUSDARAVOGUE

0 Comments