MYLEA LANTIK ROZITA CHE WAN SEBAGAI DUTA PRODUK

MYLEA LANTIK ROZITA CHE WAN SEBAGAI DUTA PRODUK


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Perumpamaan yang cukup sesuai buat pelakon terkenal Malaysia, Rozita Che Wan atau Che Ta. Walaupun usia sudah menghampir 50-an, tetapi susuk tubuh dan wajah Rozita Che Wan tidak dimamah usia. Kecantikan yang dimiliki Che Ta ini menjadikan beliau sentiasa diburu oleh pengasas produk kecantikan yang mahukan beliau sebagai duta. Akhirnya, pembuka tirai 2021 menjadi momen istimewa apabila Mylea berjaya mencuri perhatian Che Ta dan akhirnya beliau bersetuju menjadi duta produk Mylea.


MYLEA LANTIK ROZITA CHE WAN SEBAGAI DUTA PRODUK

MYLEA LANTIK ROZITA CHE WAN SEBAGAI DUTA PRODUK


Upacara menandatangi kontrak diantara Mylea dan Rozita Che Wan sebagai duta produk telah disempurnakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur baru-baru ini. Hadir sama pada majlis bersejarah ini adalah pengasas jenama Mylea, Puan Amylia Farhana bersama suami, Tuan Mohd Fakhrul Razi bin Jamaluddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Amylea Group Sdn. Bhd, suami Rozita Che Wan iaitu Zain Saidin, para media dan agen Mylea dari seluruh negara. Rozita Che Wan akan menggalas tugas sebagai duta Mylea selama 1 tahun.


MYLEA LANTIK ROZITA CHE WAN SEBAGAI DUTA PRODUK
DARI KIRI: TUAN MOHD FAKHRUL, PUAN AMYLIA FARHANA, ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN

PEMILIHAN ROZITA CHE WAN SEBAGAI DUTA MYLEA


MYLEA LANTIK ROZITA CHE WAN SEBAGAI DUTA PRODUK
PUAN AMYLIA FARHANA



Jelas Puan Amylia, pemilihan Rozita Che Wan sebagai duta produk Mylea adalah tepat kerana imej dan karakter beliau yang sesuai dengan jenama Mylea ini. Seiring dengan misi dan visi jenama Mylea yang mahu membantu orang ramai mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik terutamanya bagi mereka yang menghadapi masalah jeragat. Dengan pelantikan Rozita Che Wan sebagai duta Mylea, ia dapat memperkasakan lagi jenama Mylea dan menjadi titik permulaan untuk Mylea mengorak langkah di peringkat lebih tinggi pada tahun 2021.


MYLEA LANTIK ROZITA CHE WAN SEBAGAI DUTA PRODUK
ROZITA CHE WAN


Bagi Rozita Che Wan pula, beliau tidak sewenang-wenangnya bersetuju dengan tawaran menjadi duta Mylea. Beliau sendiri telah mencubanya dan turut menjadikan ibunya sebagai ‘tikus makmal’ untuk menguji keberkesanan produk Mylea dan setelah penggunaan menampakkan hasil, barulah beliau menerima tawaran ini. Jelas Che Ta lagi,


DARI HANYA IMPIAN, KINI MYLEA PRODUK KECANTIKAN KUALITI ANTARABANGSA


MYLEA LANTIK ROZITA CHE WAN SEBAGAI DUTA PRODUK



Sebagai info, Mylea sudah berada dalam pasaran sejak 2012 lagi. Sejarah penubuhan Mylea ini bermula dari impian seorang peniaga kecil di pasar malam untuk mempunyai jenama sendiri, Tuan Mohd Fakhrul sanggup berhempas pulas dan berhujan panas menguruskan perniagaan demi keselesaaan keluarga di masa hadapan. Pada masa sama, Puan Amylia yang ketika itu bekerja di dalam bidang jualan dan pemasaran di sektor perhotelan mengambil keputusan untuk berhenti kerja semata-mata untuk merealisasikan impian mempunyai produk jenama sendiri. Walaupun menerima pelbagai rintangan termasuk pernah dicabar oleh majikan sebelum ini yang mana beliau tidak akan berjaya dengan berniaga di bawah jenama sendiri, Puan Amylia bersama Tuan Mohd Fakhrul bangkit untuk membuktikan bahawa penubuhan Mylea dibawah syarikat Amylea Group Sdn. Bhd. bukan angan-angan kosong. Kini, Puan Amylia dan Tuan Mohd Fakhrul bukan sahaja telah membantu orang ramai menyelesaikan masalah kulit wajah terutamanya jeragat, tetapi telah berjaya melahirkan ramai usahawan yang menjana pendapatan dibawah jenama Mylea. Kejayaan Mylea menembusi pasaran luar antaranya Singapura, Brunei, Indonesia dan Arab Saudi membuka mata orang ramai bahawa produk tempatan dibawah syarikat Bumiputera mampu bersaing di peringkat antarabangsa.


Dengan slogan Your Beauty Our Responsibilty, produk Mylea kini telah menjadi produk yang dipercayai ramai terutamanya dalam merawat masalah jeragat. Lebih membanggakan lagi, Mylea telah berjaya merangkul anugerah Super Health Brand Asia Pacific Award sejak 2018 hingga kini dan yang terbaru SME Awards 2020 meletakkan prestij jenama Mylea di aras lebih tinggi. Produk jenama Mylea juga telah melepasi piawaian SIRIM.

Sehingga ini, Mylea telah menghasilkan variasi produk antaranya Mylea Freckles Serum, Mylea Freckles Bar, Mylea Treatment Foundation, Mylea Moisturizing Lipmatte, Mylea Pore Invisible Primer dan Mylea Lip Scrub.


Jika anda yang mahu cantik seperti Rozita Che Wan, boleh mendapatkan produk Mylea dipasaran menerusi agen Mylea yang sah. Layari laman sesawang atau media social rasmi Mylea bagi mendapatlkan maklumat lanjut.


MYLEA LANTIK ROZITA CHE WAN SEBAGAI DUTA PRODUK



LAMAN SESAWANG RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI



#MYLEASKINCARE #MYLEA #PRODUK #KECANTIKAN

0 Comments