APA YANG MENARIK TENTANG NEW.BIE SKINCARE

APA YANG MENARIK TENTANG NEW.BIE SKINCARE



Bicara soal penjagaan kulit wajah ini, salah satu isu/masalah yang selalu saya hadapi adalah mencari produk penjagaan kulit muka/wajah yang sesuai. Saya pasti bukan saya sahaja tetapi kebanyakan orang mengalami situasi ini.


Ada yang kata, orang lelaki tak perlu nak concern sangat tentang penjagaan wajah ini. Siapa kata lelaki tak perlu jaga kulit muka? Baik wanita atau lelaki, penjagaan kulit wajah adalah penting bagi memastikan ia sentiasa sihat dan bebas dari cela.


Masalah kulit saya adalah ia selalu nampak kusam tak bermaya. Satu hari, sedang rancak berbual dengan teman baik, saya teruja melihat kulit wajah beliau yang nampak berseri dan sihat. Sempat juga saya bertanya apa rahsia kulit cantik dan sihat. Beliau terus berkongsi dengan produk New.bie Skincare. Jelasnya walaupun ramai yang skeptikal tentang produk tempatan, tetapi beliau menjelaskan bahawa New.bie Skincare bukan produk timbang kilo. 


New.bie Skincare telah berada dalam pasaran sejak Ogos 2020 dan visi jenama ini menghasilkan produk berkualiti tinggi, berkesan, dan hanya menggunakan bahan-bahan yang telah diperakui oleh sains. Senang kata, mereka menjalankan proses pembangunan dan penyelidikan (R&D). Sasaran New.bie adalah untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menggunakan produk kecantikan berkualiti tinggi pada harga mampu milik dan pada masa sama mendidik pengguna dengan ilmu pengetahuan mengenai produk kecantikan supaya dapat mencapai struktur kulit idaman.


Buat masa ini, New.bie Skincare hanya mengeluarkan dua produk iaitu New.bie Hydrating Glow Essence dan Hydrating Everyday Sunshield (dahulu dikenali dengan Hydrating Calamine Sunshield) . Jom kita kenali 2 produk ini sebelum saya kongsi testimoni selepas penggunaan.



NEW.BIE HYDRATING EVERYDAY SUNSHIELD


APA YANG MENARIK TENTANG NEW.BIE SKINCARE



Sebelum itu, anda perlu tahu kenapa kita wajib memakai pelindung cahaya matahari (sunblock/sunscreen). Matahari memancarkan sinar UVA dan UVB. Sinar UVA boleh menyebabkan kulit wajah berkedut, kulit menjadi tua sebelum usia. Manakala UVB boleh menyebabkan kulit kita terbakar (sunburn). Malah tanpa pelindungan ke atas kulit wajah, akan timbul jeragat dan jeragat ini sukar untuk dihilangkan jika ia muncul. Nak beli produk sunscreen/sunblock yang mana satu? Anda perlu pilih yang beri pelindungan penuh atau full protection kerana ada sesetengan produk hanya melindungi dari sinar UVA atau UVB sahaja. Sebab itu ada sesetengah yang menggunakan sunscreen tetapi muka tetap burn.




New.bie Hydrating Everyday Sunshield mengandungi Zinc Oxide yang memberi perlindungan penuh terhadap UVA dan UVB. Selain itu ia mengandungi Titanium Dioxide dan Iron Oxide. Gabungan zinc oxide dan iron oxide membentuk calamine dan bahan ini terkandung sebanyak 8% dan 8% titanium dioxide di dalam New.bie Hydrating Everyday Sunshield. Calamine ini mampu memberi kelegaan dan sebagai agen anti-keradangan manakala iron oxide berupaya melindungi kulit daripada melasma. Kulit anda akan rasa sejuk apabila mengenakan New.bie Hydrating Everyday Sunshield ini dan ini akan membantu menyejukkan kulit daripada haba dari cahaya matahari.




Dengan kandungan SPF 50/PA++++, New.bie Hydrating Everyday Sunshield amat sesuai digunakan sebagai pelindung kulit sewaktu di luar rumah. Dengan formula kalis air, ia sesuai digunakan ketika anda sedang melakukan sebarang aktiviti kerana walaupun kulit terkena air, ia masih kekal di di kulit wajah. Ia sesuai digunakan oleh seisi keluarga.




New.bie Hydrating Everyday Sunshield didatangkan dalam dua saiz iaitu 50ml (pek normal) berharga RM69 (WM) dan RM72 (EM) manakala pek15 ml (pek percubaan) berharga RM29 (WM) dan RM32 (EM).




NEW.BIE HYDRATING GLOW ESSENCE


APA YANG MENARIK TENTANG NEW.BIE SKINCARE



Hydrating Glow Essence dengan AHA adalah pati mikro yang lembut untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dan keratin untuk hasil kulit yang lebih jelas dan bercahaya tanpa menyebabkan kerengsaan. Serum ini bebas alkohol. Info menarik tentang New.bie Hydrating Glow Essence adalah ia adalah produk pengelupasan (exfoliatior) yang berbeza dari produk lain di pasaran kerana ia menggunakan 3 jenis asid iaitu asid lactic, glycolic dan citric serta 7 jenis humectants (bahan yang berfungsi melembapkan kulit dengan menarik air seperti magnet sehingga mengunci kelembapan itu).



APA YANG MENARIK TENTANG NEW.BIE SKINCARE

APA YANG MENARIK TENTANG NEW.BIE SKINCARE



Asid sitrik dalam produk ini bukan berfungsi sebagai preservative tapi memang berfungsi sebagai asid. Ia boleh dikategori sebagai AHA dan BHA. Jadi dia berupaya membuang sel kulit mati, mencerah, ia juga mampu matikan jerawat dengan membersihkan liang pori. Jangan risau walaupun ia asid tetapi ia tidak bahaya kepada kulit kerana apabila anda letakkan pada kulit wajah, ia akan meningkatkan hidrasi kulit.


Perbezaan New.bie Hydrating Glow Essence dengan produk AHA lain?


  • Ia menggunakan encapsulation, jadi tiada masalah iritasi.
  • Super-duper hydrating.
  • Hasil segera.
  • Efektif dalam membantu mencerahkan kulit, dan mengurangkan jerawat dan jeragat.



Biasanya apabila kita mendengar mengenai pengelupasan, kita jadi takut akan kesan selepasnya seperti kulit kering, gatal, menyengat, dan pecah. Jadi dengan New.bie Hydrating Glow Essence ini, ia menggunakan teknologi yang berbeza berbanding jenama lain dengan memasukkan asid untuk mengurangkan kerengsaan dengan kesan sengatan dan pengeringan yang minimum. Saranan pemakaian adalah 2-3 kali seminggu. Hasil penggunakan New.bie Hydrating Glow Essence secara konsisten membantu mengurangkan hyperpigmentation, parut jerawat, tona warna tidak sekata , kedutan halus dan liang pori besar. Harga yang ditawarkan untuk botol bersaiz 7ml ini adalah RM29 (WM) dan RM32 (EM).




TESTIMONI MENGGUNAKAN PRODUK NEW.BIE


APA YANG MENARIK TENTANG NEW.BIE SKINCARE



Selama 1 minggu menggunakan kedua-dua produk New.bie Skincare ini, saya dapati kesan positif ke atas kulit wajah saya. Jika dulu tampak kusam dan tak bermaya, setelah mengamalkan seperti yang disarankan, jelas kulit wajah semakin berseri dan sihat. Sebelum itu, kita kembali ke saat saya menerima produk New.bie ini. First impression saya, ini produk lokal ke produk luar negara? Nice packaging dia! Kotak lengkap dengan informasi. Bukan apa, kebanyakkan pembungkusan produk tempatan ini jarang menitikberat tentang informasi penting pada kotak sedangkan itulah antara benda wajib ada pada sesuatu produk. Kemudian saya juga kagum dengan usaha pengasas produk yang begitu teliti dalam meletakkan bahan kandungan dalam produk New.bie agar setanding dengan produk antarabangsa namun pada harga mampu milik. Saya dapat tahu yang produk New.bie menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebelum terjadinya produk ini.




Kembali kepada kesan penggunaan produk New.bie. Saya sukakan tekstur kedua-dua produk ini. Tekstur yang ringan, tidak melekit dan mudah serap ke dalam kulit. Malah sepanjang menggunakan New.bie Hyrdating Glow Essence dan New.bie Hydrating Everyday Sunshield, tiada masalah yang timbul di muka saya seperti timbul jerawat atau keradangan. Jelas perubahan pada kulit wajah walaupun penggunaan baru seminggu. I love it! Tak sia-sia membeli dan terima kasih kepada rakan saya yang memperkenalkan saya kepada produk hebat ini.



Saya percaya produk New.bie mampu pergi jauh dalam dunia kecantikan kerana produk berkualiti setanding produk antarabangsa adalah antara tarikan New.bie Skincare. Walaupun kualiti kelas tinggi, harga yang ditawarkan adalah cukup berpatutan. Pada saya, ini adalah sesuatu yang kebanyakan dari kita nantikan kerana tidak semua berduit untuk cantik. Jadi sekurang-kurangnya New.bie memberi sinar kepada orang ramai untuk jaga kulit wajah tetapi tidak membebankan kewangan. 




Teruja untuk mendapatkan produk New.bie Skincare ini? Anda boleh layan media sosial New.bie Skincare untuk membeli atau mendapatkan informasi lanjut.



IKUTI NEW.BIE SKINCARE DI FACEBOOK | INSTAGRAM



*Keberkesanan produk adalah berbeza untuk setiap individu.






#PRODUK #KECANTIKAN #NEWBIESKINCARE

0 Comments