PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)



Promosi Bufet Ramadan 2021 Perdana Kuala Lumpur City Centre (Perdana KLCC) |
Salam Ramadan buat semua! Pantas masa berlalu kerana kini kita dipertemukan sekali lagi untuk meraikan bulan Ramadan pada tahun 2021 ini. Syukur kerana diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa di bulan mulia dan penuh berkat ini. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air, jadi sambil kita menjalani rukun Islam ke-3 ini, mungkin ada dikalangan anda yang mencari lokasi berbuka puasa sebagai ganjaran setelah menahan lapar dan dahaga sepanjang hari. Keliru untuk pilih bufet Ramadan hotel mana yang berbaloi? Mungkin anda boleh melihat promosi bufet Ramadan 2021 di Perdana Kuala Lumpur City Centre (Perdana KLCC).



PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)



Sebagai informasi, hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre dahulunya dikenali dengan nama PNB Perdana Hotel & Suites On The Park. Kini, setelah menjalani penjenamaan semula, Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre (Perdana KLCC) telah berubah wajah menjadi lebih segar. Lokasi yang cukup strategik kerana berada di tengah-tengah pusat Kuala Lumpur menjadikan Perdana Kuala Lumpur City Centre menjadi pilihan sebagai hotel penginapan terbaik di Kuala Lumpur. Hotel ini mempunyai sekitar 338 pilihan bilik pelbagai jenis dengan dekorasi elegen dan moden. Untuk info tambahan, Perdana Kuala Lumpur City Centre telah dibuka pada bulan Jun 2000 dan dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta diuruskan oleh Attana Hotels & Resorts Sdn Bhd.


Pilihan pengangkutan untuk ke hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre ini sama ada menaiki kenderaan sendiri dengan kemudahan ruang parkir tersedia di bawah bangunan, menaiki kenderaan pandu-seru (e-hailing) atau menggunakan LRT kerana hotel ini cuma berjarak kurang 5 minit berjalan kaki dengan stesen LRT Ampang Park. Jom kita lihat promosi yang ditawarkan oleh Perdana Kuala Lumpur City Centre untuk bufet Ramadan 2021.



BUFET RAMADAN 2021 ANGKAT TEMA AIR TANGAN BONDA

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)



Saya pernah berbuka puasa di Perdana Kuala Lumpur City Centre beberapa tahun lepas dimana ketika itu promosi bufet Ramadan diadakan di restoran 10 Binjai. Tidak dinafikan, bufet Ramadan disini adalah yang berada dalam senarai pilihan saya di sekitar Kuala Lumpur. Tahun ini, disebabkan restoran 10 Binjai masih dalam proses pengubahsuaian, legasi bufet Ramadan 2021 Perdana Kuala Lumpur City Centre diteruskan di The 39 Restaurant yang terletak di aras 39 bangunan hotel ini.



PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)



Bermula 15 April 2021 hingga 9 Mei 2021, bufet Ramadan 2021 Perdana Kuala Lumpur City Centre bertemakan Air Tangan Bonda dimana ia menawarkan 150 pilihan juadah berbuka puasa termasuk variasi resipi warisan dan hidangan tempatan yang diperkenalkan oleh Chef hasil inspirasi ibunda beliau yang pastinya bakal membawa anda kembali mengimbau memori lama dan membangkitkan nostalgia masakan ibunda serta beberapa resepi rahsia yang pasti memikat hati. Sedikit sebanyak anda dapat mengubati kerinduan masakan ibu tersayang yang jauh di kampung halaman.



PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)



Antara menu wajib cuba di bufet Ramadan 2021 Perdana Kuala Lumpur City Centre adalah Kari Kepala Ikan, Rendang Paru & Hati, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ketam Goreng Bercili, Udang Sambal Petai, Sotong Sumbat Percik, Kambing Bakar, Murtabak, Roti John, Satay serta Teh Tarik yang merupakan minuman ikonik rakyat Malaysia. Tidak dilupakan, menu pencuci mulut seperti kuih-muih Melayu dan aneka bubur antara juadah wajib berbuka puasa tersedia disini.



PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)



Status Halal pastinya menjadi perhatian utama bagi pengunjung Muslim untuk berbuka puasa di hotel dan ini menjadi keutamaan pihak Perdana Kuala Lumpur City Centre dimana restoran di hotel ini telah mendapat sijil Halal bersesuaian dengan konsep syariah Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007. Selain dari tempat berbuka puasa yang selesa, kemudahan surau juga turut disediakan di tingkat 5 untuk para tetamu menunaikan solat Maghrib dan Tarawih.



HARGA BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC

Sudah mula terliur untuk menjamu selera di bufet Ramadan 2021 Perdana Kuala Lumpur City Centre ‘Air Tangan Bonda’? Jangan risau tentang harga kerana tawaran harga dibawah RM100 disini cukup berbaloi! Harga bufet Ramadan 2021 Perdana Kuala Lumpur City Centre adalah RM88 net seorang (harga sama untuk dewasa & kanak-kanak) sahaja.



PROMOSI PENGINAPAN SEMPENA RAMADAN 2021 DI PERDANA KLCC

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)



Perdana Kuala Lumpur City Centre turut menawarkan promosi penginapan sepanjang Ramadan 2021 ini. Dengan Ramadan Ekstra, Promo Ekstra! Anda boleh nikmati penginapan pada harga bilik bermula daripada RM165* serta nikmati diskaun 10% untuk berbuka puasa.



Jadi, apa tunggu lagi! Raikan momen berbuka puasa bersama keluarga dan rakan taulan di Perdana Kuala Lumpur City Centre kerana pastinya tawaran bufet Ramadan pada tahun ini cukup berbaloi dan mampu milik. Hubungi 03 – 7490 3939 / 03-74903481 atau Whatsapp di 019-8791413 untuk tempahan dan layari https://perdana.attanahotels.com/perdana-klcc untuk mendapatkan informasi lanjut. Selamat berbuka puasa!


IKUTI PERDANA KLCC DI FACEBOOK | INSTAGRAM


PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC)


LOKASI PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE
(PERDANA KLCC)

10, JLN BINJAI, 50450 KUALA LUMPUR.


TELEFON: 03-7490 3333




#BUFETRAMADAN2021 #PERDANAKLCC #AIRTANGANBONDA #ATTANAHOTELS

0 Comments