KULIM (MALAYSIA) BERHAD RAI ULANG TAHUN KE-88, BAKAL PENERAJU AGRIBISNES MENJELANG 2025

KULIM (MALAYSIA) BERHAD RAI ULANG TAHUN KE-88, BAKAL PENERAJU AGRIBISNES MENJELANG 2025


Kulim (Malaysia) Berhad Rai Ulang Tahun Ke-88, Bakal Peneraju Agribisnes Menjelang 2025 | Bermula pada tahun 1933 ketika Kulim Rubber Plantations Ltd diperbadankan di United Kingdom, kini menjadi Kulim (Malaysia) Berhad, sebuah anak syarikat Johor Corporation (JCorp) menjadi peneraju dalam penghasilan minyak sawit lestari serta berkembang sebagai syarikat perladangan berjaya. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan kawasan penanaman kelapa sawit milik syarikat ini telah meningkat menjadi 63,509 hektar pada akhir tahun 2020 merangkumi Malaysia dan Indonesia.


Tahun ini, Kulim (Malaysia) Berhad meraikan ulang tahun ke-88 dan bersempena dengan itu juga, pihak Kulim memperkenalkan pelan transformasi selama lima tahun untuk menjadi peneraju agribisnes. Antara intipati pelan transformasi ini, Kulim mensasarkan untuk memperkukuhkan perniagaan terasnyanya, mewujudkan pertumbuhan baru, meningkatkan kecemerlangan operasi di seluruh Kumpulannya, dan membuat persediaan untuk Tawaran Awam Awal (IPO) pada tahun 2024.


Pada sidang media secara maya yang telah diadakan baru-baru ini, Mohd Faris Adli Shukery selaku Pengarah Urusan Kulim berkata antara tugas pertamanya di Kulim sejak menyandang jawatan tersebut pada Oktober tahun lalu adalah untuk menyelaraskan haluan strategik syarikat secara holistik. Pada masa sama, beliau mahu memperkukuhkan kedudukan Kulim sebagai peneraju agribisnes dan mewujudkan legasi yang mampan juga organisasi yang menguntungkan yang dibina berdasarkan kepercayaan dan asas yang tepat untuk generasi akan datang.



KULIM (MALAYSIA) BERHAD RAI ULANG TAHUN KE-88, BAKAL PENERAJU AGRIBISNES MENJELANG 2025



Mohd Faris turut menambah bahawa pengemasan struktur perniagaan merangkumi pelupusan perniagaan dan aset bukan teras, syarikat yang dorman atau tidak aktif, dan penambahbaikan kepada struktur organisasi, yang dijangka selesai pada hujung tahun.


Disamping mengembangkan perniagaan Huluan, tanaman bernilai tinggi dan kawasan pertumbuhan baharu - khususnya pertanian pintar atau bersepadu dan pengurusan ternakan, Kulim juga meneroka hiliran yang akan menyumbang kepada margin keseluruhan rantai nilai.


KULIM (MALAYSIA) BERHAD RAI ULANG TAHUN KE-88, BAKAL PENERAJU AGRIBISNES MENJELANG 2025



"Walaupun menghadapi cabaran pandemik COVID-19, Kulim berjaya mencatat peningkatan hasil sebanyak 17% dari RM1.21 bilion pada 2019 menjadi RM1.41 bilion pada 2020," kata Mohd Faris, sambil menambah bahawa peningkatan ini adalah hasil tenaga kerja Kulim yang kental, dibantu oleh program digitalisasi di bawah rancangan transformasi.


"Kami menerapkan sistem baharu untuk meningkatkan sistem pengurusan, operasi, tadbir urus dan perakaunan, serta meningkatkan lagi penjenteraan dan automasi dengan melabur lebih banyak untuk jentera," kata Mohd Faris.



KULIM (MALAYSIA) BERHAD RAI ULANG TAHUN KE-88, BAKAL PENERAJU AGRIBISNES MENJELANG 2025

KULIM (MALAYSIA) BERHAD RAI ULANG TAHUN KE-88, BAKAL PENERAJU AGRIBISNES MENJELANG 2025



Beliau berkata kunci kejayaan transformasi adalah dengan menghargai usaha pekerja-pekerjanya, dibantu oleh digitalisasi dan mekanisasi untuk meningkatkan produktiviti. Dalam pada itu, Kulim tetap komited terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (ESG) dan menyedari kepentingan ESG di seluruh organisasinya.


“Kami tetap komited terhadap pensijilan RSPO dan MSPO, melabur dalam inisiatif Tenaga Diperbaharui dan bekerjasama dengan kumpulan biodiversiti untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu alam sekitar. Kulim juga melaksanakan inisiatif pembangunan masyarakat melalui institusi dan program untuk masyarakat, kanak-kanak dan pendidikan, kebajikan masyarakat, infrastruktur, budaya dan agama. Syarikat juga komited terhadap integriti, apabila Kulim telah berjaya mendapat pengiktirafan dengan Sistem Pengurusan Pencegahan Rasuah ISO 37001: 2016 (ABMS) oleh SIRIM pada 4 Jun 2021,”ujar Mohd Faris.



KULIM (MALAYSIA) BERHAD RAI ULANG TAHUN KE-88, BAKAL PENERAJU AGRIBISNES MENJELANG 2025



Pada acara sama, Mohd Faris turut merasmikan logo dan video korporat baru Kulim sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan semula untuk menggambarkan Kulim yang lebih kukuh dan menonjol sebagai sebahagian daripada Korporat Malaysia.



KULIM (MALAYSIA) BERHAD RAI ULANG TAHUN KE-88, BAKAL PENERAJU AGRIBISNES MENJELANG 2025



Majlis turut diserikan dengan pelancarkan kempen #kulim88 dan #kulimpeduli bagi membantu mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Kempen #kulim88 berakhir pada 29 Ogos sementara #kulimpeduli bermula bulan ini hingga akhir Disember. Kempen ini diadakan bertujuan untuk membantu 1,500 penerima di Malaysia. Kedua-dua inisiatif ini turut mendapat kerjasama pelbagai pertubuhan iaitu Yayasan Jcorp, MyFundAction, dan agensi strategik lokal Johor yang lain. Layari www.kulim.com.my untuk informasi lanjut.

Kepada Kulim (Malaysia) Berhad, selamat ulang tahun ke-88!




#KULIMCELEBRATES #KULIM88 #KULIMPEDULI #MAKEADIFFERENCE

0 Comments