DJ LIN SURIA FM DIKECAM GARA-GARA DODOL TAK BERGULA

DJ LIN SURIA FM DIKECAM GARA-GARA DODOL TAK BERGULA

DJ Lin dikecam Gara-Gara Dodol Tak Bergula | Penyampai Radio popular, DJ Lin memang dikenali sebagai figura yang cukup lemah-lembut dan baik budi pekerti. Segmen Suria Cinta yang berkumandang setiap Ahad hingga Jumaat dari jam 8. 00 hingga 1.00 pagi cukup dekat di hati pendengar dan menjadi antara segmen radio paling popular di Malaysia. Mendengar suara pemenang bagi kategori Penyampai Radio Popular Berita Harian yang ke-33 di corong radio membuatkan ramai yang cair!

Baru-baru ini, DJ Lin di kecam teruk dek gara-gara Dodol Tak Bergula. Jangan salah faham! Kecaman ini adalah disebabkan watak anatagonis yang dibawakan DJ Lin dalam drama raya khas Suria FM yang berjudul Dodol Tak Bergula. Menariknya, drama Dodol Tak Bergula yang ditaja Quran Humaira ini menjadi sohor kini (trending) di Youtube.

Drama Dodol Tak Bergula yang diarahkan oleh Shahimi Ismail dibarisi oleh seluruh penyampai radio Suria FM iaitu Tyzo Xander, Rara, Ajak, Fizi Ali, Suraya Borhan, Feeya Iskandar dan Anna J serta menampilkan pelakon hebat tanah air, Wan Maimunah yang memegang watak utama sebagai Mak Leha. Bagi anda yang rindukan lakonan hebat penuh air mata Wan Maimunah, jangan lupa untuk menonton drama raya Dodol Tak Bergula di laman Youtube rasmi Suria TV.


Selain tayangan drama raya pendek raya Dodol Tak Bergula, Suria FM turut memperkenalkan lagu raya terbaru berjudul Pelukan Aidilfitri. Lagu Pelukan Aidilfitri ini dicipta Adhoi Floor 88 dan Oja disampaikan oleh seluruh penyampai radia Suria FM pastinya akan memeriahkan suasana raya anda tahun ini. Anda juga boleh saksikan muzik video Pelukan Aidilfitri yang turut menampilkan pelakon hebat, Wan Maimunah di laman Youtube Rasmi Suria TV. 


Untuk pengetahuan semua, Suria mencatatkan peningkatan jumlah pendengar sebanyak 11% atau 350,000 pendengar menurut kaji selidik GFK terbaru bagi pengukuran pendengar radio Wave 1, 2022 berbanding kaji selidik Wave 2, 2021. Suria FM berjaya mencatatkan jumlah pendengar mingguan hampir 3.5 juta. Ini pastikan satu berita yang membanggakan!


ANTARA SELEKSI PROGRAM MENARIK SURIA FM SEMPENA RAYA 2022

Selain drama raya pendek Dodol Tak Bergula dan lagu raya Pelukan Aidilfitri, Suria FM turut memperkenalkan beberapa program hiburan menarik sempena Hari Raya 2022 bertemakan Nikmati Bersama seperti Team Pagi Suria Raya, Takbir Raya Suria 2022 dan Carta Suria Top 40 Raya.


SURIA FM AGIH KOTAK INFAK SURIA

Suria FM menerusi tanda pagar #KumpulPahala tidak melupakan insan yang kurang bernasib baik dengan melancarakan Kotak Infak Suria. Sejak ia dilancarkan pada 8 April 2022 hingga 28 April 2022, hampir 200 kotak infak berjaya dijual dan hasil jualan akan disalurkan kepada golongan mualaf dan anak-anak Asrama Darul Falah dibawah jagaan organisasi Perkim. Kotak Infak Suria dijual pada harga RM55 mengandungi pelbagai barangan seperti sejadah, minyak wangi mesra wuduk, pelitup muka dan sanitasi tangan.

DJ LIN SURIA FM DIKECAM GARA-GARA DODOL TAK BERGULA

Layari laman sesawang rasmi Suria FM di www.suria.my dan media sosial Suria FM serta muat turun aplikasi Surian Malaysia untuk maklumat lanjut.


IKUTI SURIA FM DI FACEBOOK | INSTAGRAM | YOUTUBE

DJ LIN SURIA FM DIKECAM GARA-GARA DODOL TAK BERGULA


#BERITA #HIBURAN #NIKMATIBERSAMA #RAIKANBERSAMA #SURIAMALAYSIA

0 Comments