BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?

Berbaloikah Menonton Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan? | Sudah lama kedengaran tentang pembikinan filem ini namun sejak akhir-akhir ini ia menjadi perbualan hangat di media sosial. Bermula dengan pengenalan poster rasmi filem pada 13 Mei 2022 sebagai iklan acah, disusuli dengan treler rasmi pada 16 Jun 2022, jadi terjawab bahawa filem Mat Kilau sudah bersedia menemui penonton. Bayangkan hampir 4 tahun berhadapan dengan pelbagai kesulitan termasuk pandemik, filem epik yang mengangkat kisah tokoh pahlawan Mat Kilau ini berjaya dilunaskan.

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?

Mendapat sentuhan Pengarah Terbaik Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-57, Syamsul Yusof, ramai yang sudah teruja untuk ke panggung kerana pengarah berprolifik ini sering tampil dengan naskhah hebat.

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?

Karya terbaharu produksi Studio Kembara yang berkisar sejarah perjuangan Mat Kilau disifatkan amat berharga bukan sekadar untuk mencipta gemilang dalam indutsri perfileman, tetapi ingin menyuntik semangat jati diri dan perjuangan kepada generasi masa kini. Ia mengisahkan seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British ini menelan belanja RM8 juta dan menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan dihasilkan dalam suasana tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu. Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British. Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?
DATO' ADI PUTRA SEBAGAI MAT KILAU

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?
FATTAH AMIN SEBAGAI AWANG

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?
BETO KUSYAIRY SEBAGAI WAHID

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?
GEOFF ANDRE FEYAERTS SEBAGAI KAPTEN SYERS

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?
YAYAN RUHIAN SEBAGAI TOGA

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?
WAN HANAFI SU SEBAGAI TOK GAJAH

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?
ELLIE SURIATY SEBAGAI IBU YASSIN

“Filem arahan Syamsul Yusof ini akan membawa kita kembali ke zaman tersebut, merasai kepayahan, keberanian, pengorbanan dan jiwa kepahlawanan yang ada dalam memperjuangkan tanah air kita. Ini adalah sebuah sejarah yang sangat memberi inspirasi,” kata penerbitnya, Shahruddin Dali.

Aktor Dato Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau dan beliau kemudian dibantu dengan barisan pelakon yang bukan calang calang. Ini termasuklah Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga. Filem ini diperkasa lagi dengan dengan barisan aktor dan aktres terbaik tanah air seperti Dato’ Jalaluddin Hassan (Hj. Muhammad), Datuk Rahim Razali (Imam Bottoqh), Namron, (Hj. Sulong), Shaharuddin Thamby (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty (Ibu Yassin).


PENERBIT FILEM MAT KILAU TERHARU SOKONGAN PIHAK FINAS DAN MEDIA

Usai tayangan perdana filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Tuan Haji Abdul Rahman Mt Dali selaku Pengarah Urusan dan Penerbit Studio Kembara merakamkan jutaan terima kasih dan rasa bersyukur di atas sambutan yang diberikan kepada filem terbitan Studio Kembara ini.

Menurutnya, “Pihak Studio Kembara berasa sangat bersyukur serta terharu di atas respon-respon positif dan sangat mengalakkan yang diterima dari pelbagai pihak termasuk media dan para tetamu jemputan yang hadir pada tayangan perdana baru-baru ini.”

Jelas beliau lagi, setelah sekian lama berusaha gigih untuk menghasilkan filem yang membangunkan kecintaan tanahair ini, ia telah disambut dengan begitu baik. Malah kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ke acara tersebut turut menunjukkan bahawa hasil kerja anak tempatan mendapat perhatian dari pelbagai pihak.

“Saya ingin merakamkan rasa dan penghargaan terima kasih khas kepada pihak Finas kerana menyokong dan membantu menjayakan projek filem ini dari awal lagi sehingga akhir. Kehadiran Pengerusi Finas, YB Senator Datuk Seri Hajah Zurainah bt. Musa dan Ketua Eksekutif Finas, YBRS Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim terus membuktikan komitmen pihak Finas untuk membantu memajukan industry perfileman negara.

“Filem yang baik boleh menjadi medium membangunkan malah mampu mengharumkan nama negara. Studio Kembara bersedia bersama membantu mengangkat agenda nasional di masa akan datang dengan penghasilan produk-produk yang menambil nilai rakyat Malaysia,” katanya dalam rasa terharu.

Filem berjudul Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang akan ditayangkan mulai 23 Jun ini diharap dan dijangka akan mendapat sambutan hangat serta menjadi penerobos psikologi yang mencetus keyakinan baru kepada pemain industri hiburan tempatan dan seterusnya melangkah lebih maju ke depan.

Studio Kembara memilih untuk menghasilkan filem inspirasi dari kisah benar ini untuk menonjolkan ketokohan watak yang dicatatkan oleh sejarah. Terdapat banyak catatan sejarah kebijaksanaan dan keberanian beliau. Terdapat juga catatan-catatan pihak British yang ditemui mengakui pengaruh besar beliau kepada masyarakat zaman itu dalam membangkitkan semangat mempertahankan maruah bangsa melayu dan kedaulatan bumi Pahang. Ramai yang tidak mengetahui ada rekod pihak British yang merakamkan gerakan besar yang dipimpin Mat Kilau telah menyebabkan kemusnahan dan kerugian besar kepada British.

Mat Kilau menampil contoh sifat kelelakian yang sentiasa diperlukan pada setiap zaman. Seorang pemimpin yang kuat berpegang kepada agama, budaya Melayu, matang, berakhlak baik, cinta tanahair, berani dan sedia berkorban untuk mempertahankan watannya dari sebarang bentuk pencerobohan. Beliau juga diiktiraf sebagai tokoh negara.


ULASAN PERIBADI FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN

Peluang menghadiri tayangan gala filem ini cukup mengujakan saya. Ini kerana saya mahu lihat bagaimana filem yang mengangkat tokoh pahlawan digarap kerana bukan mudah untuk menghasilkan filem genre sebegini. Bila tiba di perkarangan acara, saya terpukau dengan selautan manusia yang datang memberi sokongan pada sesi tayangan gala ini. Kehadiran Tun Mahathir membuatkan saya terfikir bahawa filem ini pasti lain daripada yang lain kerana bukan calang-calang figura seperti Tun M turut datang menyaksikan Mat Kilau.

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?

BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?

Secara peribadi, saya merasakan bagi anda yang sukakan filem epik, kisah sejarah dan pada masa sama filem yang sarat dengan aksi, anda boleh menonton filem ini. Ingin saya tekankan disini bahawa filem ini 100 peratus filem serius, jadi jika anda menantikan atau mengharapkan ada sedikit elemen jenaka, penantian anda sia-sia sahaja. Filem ini bukanlah 100% kisah benar kerana telah ditambah dengan elemen fiksyen jadi jangan pula terkejut bila menonton kelak.

Saat bermulanya babak filem ini hingga akhir, saya disuapkan dengan adegan aksi diselang seli dengan permainan emosi. Saya puji sinematografi dan audio filem terutama pada babak aksi yang membuatkan saya terlalu asyik menonton hingga akhir. Filem ini juga memberi runtun jiwa pada saya dimana babak yang paling memberi kesan pada saya adalah apabila Rokiah (lakonan Zarina Zainoordin) bersama Beto Kusyairy ketika rumahnya ditawan pihak British. Mengalir air mata secara automatik.

Dibarisi ramai pelakon hebat baik muda dan veteran dan bertaraf gred A antaranya Wan Hanafi Su, Dato’ Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Mubarak Majid, Shaharuddin Thamby, Namron, A. Galak, Ellie Suriaty, Khir Rahman dan ramai lagi. Filem ini juga membawa pelakon dari seberang Yayan Ruhian yang berjaya mencipta nama di Hollywood untuk turut sama dalam menjayakan Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan. Gempak!

Walaupun teraju utama filem ini adalah Dato Adi Putra, tetapi saya boleh lihat pengarah filem cuba mengimbangi penyembangan setiap watak selari dan tidak memberi jurang ketara. Setiap karaktor khususnya lakonan Beto Kusyairi, Fattah Amin, Johan As’ari, Yayan Ruhian ditonjolkan secara adil dan saksama.

Namun ada beberapa perkara yang saya rasa jika ia tidak ada pasti filem ini sempurna. Saya kurang pasti pada era Mat Kilau wanita Melayu sudah mengenakan inner tudung. Penggunan bahasa dalam filem seperti bercampur-campur antara zaman dahulu dan sekarang. Barangkali mahu penonton lebih selesa menonton.

Namun, pendapat saya sekadar pendapat peribadi dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Pada saya, tindakan pihak produksi yang mahu mengangkat sejarah Mat Kilau adalah cukup berani dan berisiko. Namun, melihat kepada kejayaan beberapa filem epik Malaysia terdahulu seperti Puteri Gunung Ledang dan Hikayat Merong Mahawangsa telah membuka mata banyak pihak bahawa Malaysia juga mampu menghasilkan genre filem sebegini walaupun bajet tidak sebesar produksi Hollywood.

Adalah berbaloi menonton filem Mat Kilau ini? Sudah pasti! Buah tangan terbaru Syamsul Yusof kali ini tidak mengecewakan dan berjaya mengangkat mutu filem epik penuh aksi tempatan. Anda boleh saksikan filem Mat Kilau di seluruh pawagam tanah air bermula 23 Jun 2022 ini.

IKUTI FILEM MAT KILAU DI FACEBOOK | INSTAGRAM | TIKTOK | YOUTUBE


BERBALOIKAH MENONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN?

#FILEM #MATKILAU #KEBANGKITANPAHLAWAN #JAGABANGSAJAGAAGAMA

0 Comments