D’JOY PLUS BANTU MASALAH SEMBELIT DAN KETIDAKHADAMAN PERUT

D’JOY PLUS BANTU MASALAH SEMBELIT DAN KETIDAKHADAMAN PERUT

D’Joy Plus Bantu Masalah Sembelit Dan Ketidakhadaman Perut
| Seawal pagi sudah bangkit dari katil dan bersiap-siap untuk mencari rezeki. Tiba di pejabat terus menyudahkan kerja yang tidak pernah surut. Usai kerja pejabat, urusan peribadi perlu dibereskan pula. Jadual makan tak usah cakap lah selalu terganggu. Pulang ke rumah, matahari pun sudah lama terbenam. Perancangan mahu bersenam dan amal gaya hidup sihat masih terbantut. Rutin harian yang tidak menentu boleh menyebabkan sistem tubuh badan sering terganggu. Badan tak cukup tidur dan rehat, makan tak menentu masa, gaya hidup yang tidak sihat antara punca pelbagai masalah timbul seperti jerawat, badan lesu, sembelit. Bicara soal sembelit, gejala ini memang sering berlaku pada saya. Lagi teruk bila waktu saya melancong, memang stres! Bila perut penuh dengan ‘toksik’, kepala mulalah sakit. Bila sakit, mood melancong terus ke laut! Tak boleh dibiarkan kalau berterusan begini. Jadi saya mulalah mencari info dan solusi mengenai sembelit.


APA ITU SEMBELIT? 

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik. Setiap orang mungkin mengalami gejala-gejala yang berbeza namun kebiasaanya gelaja-gejala sembelit adalah seperti:

  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  • Pengubatan.
  • Susu.
  • Sindrom gangguan usus (irritable bowel syndrome).
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan melancong (berjalan jauh).
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik tanpa sebab).
  • Gaya hidup yang sibuk.
  • Tekanan
  • Dehidrasi

Ya, saya tidak malu untuk menyatakan bahawa saya adalah salah seorang yang sering mengalami masalah sembelit. Seringkali terjadi bila saya kurang tidur, rutin makan sering berubah-ubah dan melakukan aktiviti melancong. Seksanya jangan cakap lah! Bila tiga hari tidak ‘membuang’, sakit kepala pun muncul dan badan sering lesu dan mengantuk. Akhirnya saya temui solusi produk minuman tambahan yang dapat membantu saya mengatasi masalah sembelit ini iaitu produk D’Joy Plus, campuran minuman botani buah-buahan dan sayur-sayuran dengan enzim.


KEBAIKAN D’JOY PLUS

D’JOY PLUS BANTU MASALAH SEMBELIT DAN KETIDAKHADAMAN PERUT

Produk D’Joy Plus merupakan formulasi minuman diet yang tinggi serat dari Perancis. Ia bukan sahaja kaya dengan serat buah-buahan dan sayur-sayuran, ia diperkuatkan lagi dengan DigesSEB PRO™ iaitu gabungan 17 jenis enzim antaranya menggalakkan antioksidan, pelangsingan dan detoksifikasi. D’Joy Jus juga mengandungi Fibersol-2, sejenis prebiotik yang membantu mengekalkan persekitaran usus yang sihat dan mengelakkan masalah blood sugar spike up selepas makan. Fibersol-2 merupakan serat diet mudah larut yang dihasilkan daripada ekstrak jagung telah dilabelkan sebagai GRAS (Generally Recognized As Safe) dan diluluskan oleh kerajaan Jepun. Selain itu, D’Joy Plus ini mengandungi Isomaltooligosac Charide (IMO), campuran karbohidrat rantai pendek yang mempunyai sifat tahan penghadaman. Ia membantu memulihkan keseimbangan bakteria dalam usus dan seterusnya mengelak daripada gejala sembelit. D’Joy Plus juga mengandungi Rumput Gandum Organik yang berkesan dalam mengeluarkan logam berat dari badan dan menggalakkan pertumbuhan sel serta penyembuhan luka. Ia diperkaya dengan klorofil, magnesium, zat besi dan zink yang berkuasa sebagai agen anti-radang.

D’JOY PLUS BANTU MASALAH SEMBELIT DAN KETIDAKHADAMAN PERUT
 

D’JOY PLUS BANTU MASALAH SEMBELIT DAN KETIDAKHADAMAN PERUT

Bahan-bahan lain yang terkandung di dalam D’Joy Plus adalah buah kiwi, buah epal, rumput gandum organik, anggur merah & putih, buah oren, limau gedang, beri biru, betik, nanas, strawberi,apricot, ceri, blackcurrant, teh hijau, brokoli, kubis hijau, bawang merah, bawang putih, zaitun, timun, asparagus, buah tomato, lobak merah, psyllium husk,dan Vitamin C.

Ternyata D’Joy Plus bukan sekadar minuman berkhasiat yang lazat dan mudah rasa kenyang, malah ia membantu melindungi sel badan daripada radikal bebas dan melambatkan proses penuaan dengan kandungan ekstrak pelbagai sayur dan buah. Barulah tampak sihat dan awet muda bukan!

Melihat kepada senarai bahan terkandung dalam D’Joy Plus ini membuatkan saya teruja untuk mencubanya. Bayangkan ekstrak daripada makanan sebenar lengkap dengan 7 warna sayur-sayuran dan buah-buahan membantu dan menggalakkan detoksifikasi 7 organ utama badan.

Ia secara tidak langsung dapat menggalakkan metabolisme badan, enzim yang komprehensif membantu penghadaman, menggalakkan pergerakan usus, mengatasi masalah sembelit, mengimbangi pertumbuhan bakteria usus, mengawal berat badan dan seterusnya mencegah obesiti.



SIAPA YANG PERLU MINUM D’JOY PLUS?

D’JOY PLUS BANTU MASALAH SEMBELIT DAN KETIDAKHADAMAN PERUT

Sudah pasti saya antara yang perlukan D’Joy Plus setiap hari. Sejak pengambilan produk minuman botani yang tinggi serat ini, masalah sembelit saya berjaya di atasi. Malah badan saya lebih bertenaga untuk meneruskan urusan harian yang padat. Selain saya, siapa kah yang patut mengamalkan D’Joy Plus ini?

  • Mempunyai najis kering dan masalah sembelit.
  • Kembung dan senak perut.
  • Mempunyai perut buncit, gemuk air dan obesiti.
  • Glukosa darah postprandial yang tidak stabil selepas makan.
  • Jarang makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Pengambilan makanan yang tidak teratur.
  • Sentiasa berjaga malam.
  • Jenis suka makan di luar.
  • Kaki melancong dan kerap bekerja di luar kawasan (badan kurang rehat).
  • Mereka yang mengalami kulit kusam, berjerawat dan liang pori membesar.


CARA PENGAMBILAN D’JOY PLUS

D’JOY PLUS BANTU MASALAH SEMBELIT DAN KETIDAKHADAMAN PERUT

Nak amalkan dan minum D’Joy Plus ini senang saja! Hanya campurkan 1 paket (10g) D’Joy Plus dengan 150ml air, goncang atau kacau hingga larut dan terus minum. Amalkan minum 2 kali sehari secara konsisten dan minum banyak air mineral untuk kesan yang lebih baik.

D’JOY PLUS BANTU MASALAH SEMBELIT DAN KETIDAKHADAMAN PERUT
 
D’JOY PLUS BANTU MASALAH SEMBELIT DAN KETIDAKHADAMAN PERUT

Saya sudah amalkan pengambilan D’Joy Plus secara konsisten dan ternyata ia memberi kesan positif pada badan saya. Saya sudah tidak sembelit lagi dan badan saya semakin bertenaga sepanjang hari walaupun urusan harian yang padat. Jika dulu asyik terasa lapar sahaja, tetapi kini tidak lagi! Saya juga tidak perlu risau untuk melancong lagi kerana saya sering membawa D’Joy Plus ke mana sahaja saya berada!

D’JOY PLUS BANTU MASALAH SEMBELIT DAN KETIDAKHADAMAN PERUT

Jadi, kepada anda di luar yang mengalami masalah seperti yang saya jelaskan di awal tadi, boleh mencuba D’Joy Plus drink. Layari https://www.mplan.com.my untuk maklumat lanjut. BERITA BAIK! Pembelian secara atas talian menerusi pautan tertera melayakkan anda untuk menikmati diskaun sebanyak RM20. Caranya hanya masukkan kod promo DJ20 pada ruangan kod kupon. Happy shopping, happy tummy and happy life!

IKUTI D’JOY PLUS DI FACEBOOK | INSTAGRAM



#DJOYPLUS #DJOYPLUSFIBRE #DETOX #PRODUK #KESIHATAN #REVIEW

0 Comments