HOTEL AMARI KUALA LUMPUR BAKAL DIBUKA SEPTEMBER 2022!

HOTEL AMARI KUALA LUMPUR BAKAL DIBUKA SEPTEMBER 2022!

Hotel Amari Kuala Lumpur Bakal Dibuka September 2022 |
Dunia kini sudah mula bernafas kembali setelah berperang dengan isu pandemik yang melanda 2 tahun lalu. Mahu atau tidak, kehidupan harus diteruskan dan semangat ini mendorong pelbagai sektor untuk bangkit merancakkan ekonomi setelah terjejas teruk. Antara industri yang terkesan teruk adalah pelancongan dan perhotelan. Kini, kedua-duanya sudah mula memacu dan berada di landasan asal. Lapangan terbang dahulunya suram, kini meriah. Baik pelancong dari dalam dan luar negara sudah mula meneroka hidden gems di bumi Malaysia. Tempahan bilik hotel juga meningkat secara mendadak dek kerana masing-masing mahu melepaskan ‘gian’ bercuti. Ini satu perkembangan positif bagi sektor perhotelan dan pastinya memberi peluang dan harapan kepada lebih banyak pembukaan hotel baru kelak. Antara jenama hotel yang telah mengesahkan pembukaanya adalah Amari Kuala Lumpur.

Sebagai info, Amari merupakan jenama rangkaian hotel dibawah Kumpulan ONYX Hospitality dari negara Thailand. Amari Kuala Lumpur dimiliki oleh S P Setia Berhad, sebuah syarikat senaraian awam yang telah memenangi pelbagai anugerah serta menjadi peneraju pasaran dalam pembangunan hartanah di Malaysia.

Amari Kuala Lumpur yang bakal beroperasi di KL Eco City ini nanti bakal mewarnai landskap bandaraya Kuala Lumpur dan mencari antara lokasi penginapan pilihan terbaik buat anda yang berada di sini.


ANTARA PILIHAN KAMAR DI AMARI KUALA LUMPUR

Mengangkat slogan Brighten Your World (Sinari Duniamu), Amari Kuala Lumpur yang terletak Jalan Bangsar bakal menawarkan 252 buah bilik dengan pilihan kamar jenis Superior, Deluxe, Club Deluxe dan Club One Bedroom Suite. Setiap kamar dilengkapi dengan ruang kerja, kemudahan Wi-Fi dan set katil yang cukup empuk. Amari Kuala Lumpur tidak sekadar menjanjikan penginapan yang selesa dan bertaraf antarabangsa, tetapi pengalaman percutian dengan suntikan budaya tempatan menerusi gabunggan kulinari, kontemporari, seni, reka bentuk, seni bina, kesihatan, perayaan dan keseronokan.

HOTEL AMARI KUALA LUMPUR BAKAL DIBUKA SEPTEMBER 2022!
CLUB ONE BEDROOM SUITE

HOTEL AMARI KUALA LUMPUR BAKAL DIBUKA SEPTEMBER 2022!
CLUB ONE BEDROOM SUITE

HOTEL AMARI KUALA LUMPUR BAKAL DIBUKA SEPTEMBER 2022!
CLUB ONE BEDROOM SUITE

HOTEL AMARI KUALA LUMPUR BAKAL DIBUKA SEPTEMBER 2022!
DELUXE KING ROOM

HOTEL AMARI KUALA LUMPUR BAKAL DIBUKA SEPTEMBER 2022!
DELUXE KING ROOM

HOTEL AMARI KUALA LUMPUR BAKAL DIBUKA SEPTEMBER 2022!
DELUXE KING ROOM

HOTEL AMARI KUALA LUMPUR BAKAL DIBUKA SEPTEMBER 2022!
SUPERIOR ROOM

HOTEL AMARI KUALA LUMPUR BAKAL DIBUKA SEPTEMBER 2022!
SUPERIOR ROOM



KULINARI DI AMARI KUALA LUMPUR

Tidak lengkap penginapan di Amari Kuala Lumpur tanpa menikmati sajian kulinari dari hotel ini. Bakal dibuka kelak, Amari Kuala Lumpur menawarkan beberapa eateries terbaik di Kuala Lumpur.

HOTEL AMARI KUALA LUMPUR BAKAL DIBUKA SEPTEMBER 2022!

AMAYA FOOD GALLERY

Restoran signatur Amari yang diinspirasi oleh gerai penjaja Asia dan interactive street foods bakal menawarkan aneka hidangan tempatan dan Thailand.

CASCADE LOUNGE

Bakal beroperasi di aras lobi, Cascade Lounge yang mempunyai reka bentuk ruang tamu moden dengan konsep minimalis yang inovatif bakal menawarkan rangkaian pilihan teh terpilih, aneka kopi barista dan pastri terbaik.

INFINITY POOL BAR

Mahu suasana santai santai? Disini anda bisa nikmati jus segar bersama kudapan di tepi kolam.

THE CELLAR

Khusus buat pencinta wain, The Cellar adalah ruang paling eksklusif dengan pelbagai pilihan buat pencinta minuman beralkohol. Lokasi terbaik untuk pertemuan bisnes dan sosial.


KEMUDAHAN DAN FASILITI DI AMARI KUALA LUMPUR

Mahu meraikan hari istimewa atau acara korporat? Amari Kuala Lumpur menawarkan ruang acara dan bilik mesyuarat. Tersedia juag buat tetamu pusat kecergasan dan kolam renang infiniti yang pasti memberi seribu satu keseronokan. Tersedia juga ruang parkir yang luas jika anda datang dengan kenderaan sendiri. Lokasi hotel ini yang berhampiran dengan LRT dan stesen Komuter Abdullah Hukum cukup mudah untuk diakses.

HOTEL AMARI KUALA LUMPUR BAKAL DIBUKA SEPTEMBER 2022!

HOTEL AMARI KUALA LUMPUR BAKAL DIBUKA SEPTEMBER 2022!

Amari Kuala Lumpur bakal dibuka secara rasmi kepada umum pada bulan September 2022. Pastinya banyak kali kejutan dan tawaran terbaik untuk anda setelah hotel ini beroperasi sepenuhnya kelak. Layari www.amari.com/kuala-lumpur untuk maklumat lanjut.

IKUTI AMARI KUALA LUMPUR DI FACEBOOK | INSTAGRAM


LOKASI AMARI KUALA LUMPUR
3, JALAN BANGSAR, 
KL ECO CITY, 
59200 KUALA LUMPUR.


TELEFON: 03-23305800

EMEL: reservations.kualalumpur@amari.com


*Sumber gambar dari laman sesawang rasmi Amari Kuala Lumpur

#HOTELHUNTING #AMARIHOTELS #AMARIKUALALUMPUR #BRIGHTENYOURWORLD

0 Comments